Pespa APM

Call Directions Website Contact the organization

Pespa APM The official page of 'Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam' or PeSPA.

22/8/26 PROGRAM PEMBERSIHAN PUKAT HANTU DI PULAU SEMBLAN PARK PERAk.Program anjuran bersama PeSPA dan Perbadanan Taman N...
23/08/2026

22/8/26 PROGRAM PEMBERSIHAN PUKAT HANTU DI PULAU SEMBLAN PARK PERAk.

Program anjuran bersama PeSPA dan Perbadanan Taman Negeri Perak, serta disokong oleh NOAS, 9 Divers dan APM Perak itu melibatkan seramai 45 orang peserta.

PeSPA juga telah menyerahkan sumbangan sebanyak 10 PeSPA Carepack dan 3 TTCM Carepack kepada MEJ. (PA) NORAZLAN BIN TURIMAN, PPAD APM Manjung. PeSPA Carepack adalah sumbangan barangan dapur kepada anggota sukarelawan APM daripada golongan asnaf.

APM Manjung Triton Tuners Club SAR Scuba

3 Jul 2026 - Pengurusan tertinggi PeSPA telah membuat kunjungan hormat ke Kementerian Komunikasi. Pertemuan pertama adal...
03/07/2026

3 Jul 2026 - Pengurusan tertinggi PeSPA telah membuat kunjungan hormat ke Kementerian Komunikasi. Pertemuan pertama adalah dengan YBhg Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi. Seterusnya pertemuan telah diadakan bersama YBhg Datuk Aminurrahim Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi.

Delegasi PeSPA telah diketuai oleh YBhg Dato’ Mohd Banuri Aris, Presiden PeSPA. Turut bersama adalah Tuan Khamarul Arifin Zainal, Setiausaha Agung PeSPA serta AJK YBhg Dato’ Shazly Wahab dan Tuan Zamri Mohd Zaman Khan. Terima kasih kepada YBhg Datuk Abdul Halim dan YBhg Datuk Aminurrahim atas kesudian menerima kunjungan PeSPA.

PeSPA yang didaftarkan secara rasmi pada 9hb Mei 2023 telah dirasmikan oleh YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Aw...
08/05/2026

PeSPA yang didaftarkan secara rasmi pada 9hb Mei 2023 telah dirasmikan oleh YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika itu, Datuk Aminurrahim bin Mohamed pada 10hb Mei 2023 semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri APM peringkat kebangsaan.

Dengan matlamat utama penubuhannya sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan peringkat kebangsaan, kini PeSPA turut di sokong oleh rakan-rakan strategik di kalangan sektor kerajaan, koprat, NGO serta individu. Layari www.pespa.org.my untuk maklumat lanjut.

6 Mei 2026 - PeSPA telah menjadi pempamer sempena Majlis Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam yang telah dirasmikan ...
07/05/2026

6 Mei 2026 - PeSPA telah menjadi pempamer sempena Majlis Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam yang telah dirasmikan oleh YB Datuk TS. Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili YAB Dato Seri Zahid Hamidi. Diadakan juga Majlis Penyampaian Pingat, Riben dan Sijil di sebelah pagi yang disempurnakan oleh YAS KPj (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya APM. Terima kasih kepada semua pengunjung serta tahniah kepada semua penerima anugerah.

Cyberjaya, 23 Januari 2026 – PeSPA telah menganjurkan Program Komuniti “PeSPA & Friends” bertempat di Lorong Belakang, S...
24/01/2026

Cyberjaya, 23 Januari 2026 – PeSPA telah menganjurkan Program Komuniti “PeSPA & Friends” bertempat di Lorong Belakang, Shaftsbury Square, Cyberjaya, bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 tengah malam.

Program ini dirangka sebagai sebuah platform kolaborasi strategik yang menghimpunkan sektor awam, rakan strategik dan komuniti setempat bagi merakyatkan peranan keselamatan awam, kesiapsiagaan bencana serta inisiatif kemanusiaan melalui pendekatan penglibatan komuniti yang inklusif dan interaktif.

Program PeSPA & Friends menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya pameran dan demonstrasi oleh APM Wilayah Persekutuan, persembahan muzik dan booth jualan artis oleh Briged Seni Kreatif FINAS, pameran dan perkongsian pendidikan oleh CDA FELDA, pameran kenderaan pacuan empat roda oleh Triton Tuners Club Malaysia (TTCM), serta pameran dan permainan e-sukan oleh National Information Dissemination Centre (NADI).

Di majlis yang sama telah diadakan pertukaran Nota Kerjasama di antara PeSPA dan rakan-rakan strategik baru antaranya Briged Seni Kreatif FINAS, Sanggar Suri Malaysia, Sheers Berhad dan MN Bizmart Sdn Bhd. PeSPA juga telah menyampaikan surat lantikan Ahli Lembaga Penasihat PeSPA kepada YBhg. Tuan Abdullah Izhar Mohamed Yusof, Setiausaha Politik kepada YBM Kementerian Komunikasi, YBhg. Dato’ Sri Dr. Teh Chee Teong, Ahli Jawatankuasa FINAS dan YBrs. Puan Izyani Rahim, Pengurus Besar Yayasan FELDA.

Selain itu, turut diadakan cabutan bertuah eksklusif kepada ahli PeSPA dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal elektrik. Briged Seni Kreatif FINAS bersama pelakon / artis jemputan Ezlynn, Shila Amin, Azharina, Serina Redzuawan dan Adam Shah turut hadir dan membuat persembahan.

PeSPA yakin bahawa penganjuran PeSPA & Friends bukan sahaja mampu memberi impak positif kepada komuniti setempat, malah berupaya membina asas kerjasama jangka panjang antara PeSPA, APM dan rakan-rakan strategik dalam menjayakan inisiatif komuniti yang lebih berimpak pada masa hadapan sekaligus memperkasa semangat Komuniti Madani.

23 Jan 2026 - PeSPA telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 3 (MAT) bertempat di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Ahli-...
24/01/2026

23 Jan 2026 - PeSPA telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 3 (MAT) bertempat di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Ahli-ahli PeSPA termasuk daripada luar Lembah Kelang seperti Kelantan, Johor, Sabah telah hadir bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagi ahli.

Perasmian MAT telah di sempurnakan oleh YBhg Datuk Aminurrahim bin Mohamed, Setiausaha Kanan Bahagian, Kementerian Komunikasi merangkap ahli lembaga penasihat PeSPA. Ketibaan beliau disambut mesra oleh YBhg Dato’ Banuri Aris, Presiden PeSPA.
MAT kali ini menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru untuk tempoh 2025-2027.

Selepas majlis perasmian, YBhg Datuk telah dibawa melawat booth pameran rakan-rakan strategik sempena program PeSPA & Friends. PeSPA mengucapkan terima kasih kepada YBhg Datuk Aminurrahim atas kesudian beliau hadir bagi merasmikan MAT. Tidak ketinggalan kepada ahli PeSPA yang telah menghadiri MAT kali ini.

Tahniah YAS Tuan TKPO, YBhg  Dato Banuri Presiden PeSPA dan semua barisan penerima
09/01/2026

Tahniah YAS Tuan TKPO, YBhg Dato Banuri Presiden PeSPA dan semua barisan penerima

Tahniah diucapkan kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi APM atas pengurniaan...
11/12/2025

Tahniah diucapkan kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi APM atas pengurniaan darjah kebesaran oleh KDMM SPB Sultan Selangor.



Sekalung tahniah diucapkan kepada YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2025 (Khamis) bersamaan 20 Jamadilakhir 1447H.

Ucapan ikhlas daripada YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM.

Jabatan Perdana Menteri














**

Terima kasih kepada YAS KPj meluangkan masa menerima kunjungan kami. Semoga membawa manfaat kepada rakyat dan negara.
09/12/2025

Terima kasih kepada YAS KPj meluangkan masa menerima kunjungan kami. Semoga membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Address

Kuala Lumpur
53300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pespa APM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pespa APM:

Shortcuts

Sponsored

Share