13/12/2024
Penjara sehari dan denda RM130,000 (USD29,113) - itulah jumlah penalti yang diberikan mahkamah kepada seorang lelaki warga Malaysia yang ditangkap dengan lebih dari 40 paket daging liar, termasuk dari Kambing Gurun, iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.
Pihak berkuasa turut menemui daging rusa Sambar, kijang dan napuh di dalam peti sejuk beku di rumah lelaki tersebut di Shah Alam, Selangor sewaktu operasi dan penangkapan pada Ogos 2022 lalu. Dia menghadapi 4 pertuduhan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Kambing Gurun menjadi sasaran pemburuan and perdagang haram hidupan liar untuk memenuhi permintaan untuk ubat, penawar tradisional dan sihir antara lainnya.
Pemilikan Kambing Gurun atau bahagiannya secara tidak sah tertakluk kepada hukuman berat di bawah undang-undang.
Dalam kes lain pada Oktober 2024, seorang lagi lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara 19 bulan dan denda RM100,000 kerana memiliki kepala dan bahagian lain Kambing Gurun pada tahun 2019. Dia adalah pesalah berulang: https://shorturl.at/zKQCo
---------------------------------------------------------------------
A day’s jail and RM130,000 (USD29,113) in fines – that’s the total penalties a court gave a Malaysian man caught with over 40 packets of wild meat, including from the totally protected Serow.
In a freezer in the man’s home in Shah Alam, Selangor, authorities also found meat of Sambar deer, barking deer and the greater mousedeer when they nabbed him in August 2022. He faced a total of 4 charges under Malaysia’s Wildlife Conservation Act 2010.
The Serow, a goat-like animal, is heavily targeted by poachers and traffickers to feed the demand for medicine, traditional cures and magic among others.
Illegal possession of a serow or its parts is subject to some of the heaviest penalties under Malaysia’s laws.
Earlier in October, another Malaysian man was sentenced to 19 months in jail and a RM100,000 fine for illegal possession of the head and other parts of a serow in 2019. He was a repeat offender: https://shorturl.at/zKQCo
More about serow: https://shorturl.at/5fhGO