Mata Lebah

Mata Lebah Melihat kemanisan dalam liku-liku kehidupan

13/05/2023
العشر الأواخر من شهر رمضان المبارك هي أفضل عشر ليال للعبادة، والعمل الصالحSepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan merupa...
10/04/2023

العشر الأواخر من شهر رمضان المبارك هي أفضل عشر ليال للعبادة، والعمل الصالح

Sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan merupakan sepuluh hari terbaik untuk melakukan ibadah dan amal soleh.

WAKAF PEMBINAAN MASJID SYEIKH KHALIL DI BEEKA, LUBNANPembinaan Masjid Syeikh Khalil di Bekaa, Lubnan merupakan satu usah...
10/04/2023

WAKAF PEMBINAAN MASJID SYEIKH KHALIL DI BEEKA, LUBNAN

Pembinaan Masjid Syeikh Khalil di Bekaa, Lubnan merupakan satu usaha Aman Palestin dalam menyediakan rumah ibadah yang selesa dan kondusif buat penduduk sekitar dan warga pelarian Syria di Bekaa, Lubnan.

Selain sebagai rumah ibadah, masjid ini juga akan berfungsi sebagai pusat komuniti dan tempat kelas pengajian dan hafazan al-Quran yang pastinya sangat bermanfaat buat mereka.

Pembinaan masjid ini akan memberi manfaat buat 10,000 orang penduduk sekitar termasuk 3,000 warga pelarian Syria yang berada di sana.

Di 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, Aman Palestin membuka peluang untuk bersama kita mengajar ganjaran wakaf di bumi Syam yang diberkati. Semoga kita mendapat pahala wakaf 1000 bulan Malam Lailatul Qadar.

Daripada Uthman bin`Affan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga." (Al-Bukhari)

🕌 WAKAF MASJID SYEIKH KHALIL
bit.ly/masjidsyeikhkhalil

Daripada Aisyah RA bahawa beliau berkata, " Sesungguhnya apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan maka Na...
10/04/2023

Daripada Aisyah RA bahawa beliau berkata, " Sesungguhnya apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan maka Nabi SAW akan mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Aisyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW akan bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh hari terakhir ( dari bulan Ramadan) dengan penuh kesungguhan yang tidak berlaku pada hari-hari yang lain." (Hadis Riwayat Muslim)

Inilah gambaran sebenar kesungguhan Baginda Nabi Muhammad SAW menghidupkan malam yang terakhir dalam bulan Ramadan.

Kita usahakan bersama mengikut sunnah baginda ini. Moga Allah izinkan kita semua bertemu dengan malam Al-Qadr.

Moga pada malam-malam terakhir Ramadan tahun ini, Allah rezekikan kita untuk dapat mengagungkan dan membesarkan Allah dengan ikhlas, seterusnya mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT kerana itulah tujuan ibadah seorang hamba.

Jangan tersalah langkah, kerana kesilapan ini boleh menghancurkan masa depan generasi pelapis kepimpinan negara.
08/04/2023

Jangan tersalah langkah, kerana kesilapan ini boleh menghancurkan masa depan generasi pelapis kepimpinan negara.

KENYATAAN I-MEDIK KUALA LUMPUR BERKENAAN ISU PINDAAN AKTA RACUN 1952

I-Medik Kuala Lumpur ingin merujuk kepada Pindaan Terbaru Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 yang secara terbuka meluluskan pengecualian cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun 1952.

Pada hemat kami, perubahan ini sudah tentu memberi petunjuk yang jelas bahawa kerajaan hari ini tidak memikirkan secara serius akan ancaman yang boleh berlaku khususnya generasi muda yang boleh terlibat dalam ketagihan nikotin. Umum mengetahui bahan kimia nikotin ini merupakan antara punca utama ketagihan kepada tabiat merokok.

Jika sebelum ini, nikotin adalah bahan yang tidak dibenarkan untuk dijual secara sah melalui rokok elektronik (v**e), namun melalui pindaan terbaru ini, tiada lagi penghalang bagi pemain industri rokok elektronik untuk memasukkan kandungan nikotin dalam jualan mereka.

Keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini merupakan satu malapetaka buat rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Sudahlah di fasiliti kerajaan disediakan servis klinik berhenti merokok, adakah selepas ini akan disediakan p**a servis klinik berhenti rokok elektronik dek ketagihan?

Sekali lagi, I-Medik KL ingin menzahirkan kekecewaan kami terhadap keputusan Pindaan Akta Racun 2023 ini. Untuk jalan kehadapan, kami menggesa pihak kerajaan untuk menyegerakan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dibentang dan diluluskan dengan kadar segera di parlimen.

Jangan kerana keputusan silap kita hari ini, hancur masa depan anak bangsa kita!



01/04/2023

Ramadan yang special, semoga kita tak biarkan masa-masa emas berlalu begitu sahaja...

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin
28/03/2023

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin

SETIAP kali Ramadan tiba, perkara yang sering dipertontonkan di media cetak dan elektronik kepada masyarakat dunia khususnya di negara-negara Islam seperti Malaysia adalah nasib...

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mata Lebah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share