08/08/2026
Alhamdulillah kita berjaya menawan DUN N.04 Klawang.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengundi saya untuk menjadi wakil rakyat anda. Tahniah juga kepada pihak lawan yang menegakkan demokrasi dalam pemilihan ini. Saya sekarang bukan sahaja wakil rakyat utk mereka yg undi saya, tapi untuk semua. Mari sama-sama kita majukan Klawang.
Terima kasih juga kepada semua jentera dan petugas-petugas yang telah mengorbankan masa dan tenaga utk menjayakan pergerakan kita setiap hari. Pengarah pilihan raya, team core, media, team bendera, pengiring dan keselamatan, backroom staff dan ramai lagi. Hanya Allah SWT tahu betapa saya menghargainya.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan kita dari Barisan Nasional yang memastikan kita bergerak sepasukan. Penyelaras DUN, Ketua-keua Cawangan dan ketua-ketua Wanita, Pemuda dan pasti team JR yang sentiasa ceria tapi main peranan yg cukup penting untuk memenangi hati penduduk kampung. Saya harap keluarga besar kita ini dapat dikekalkan.
Juga kepada jentera MCA dan Gerakan yg bantu meraikan undi cina, dan MIC yang memastikan undi memihak ke kita.
Seharusnya tak dilupakan jasa dan persahabatan orang asli. Semua Tok Batin telah memberi sokongan padu kepada kita.
Akhir sekali, syukur Alhamdulillah kerana saya dikurniakan dengan keluarga yang tidak pernah putus asa menyokong saya dan memberi kata-kata semangat bila keadaan menjadi sukar. Papa, Mama, adik beradik ku, I love you all so much.
Sekarang mulanya khidmat kita kepada rakyat. InsyAllah saya akan menggalas tugas ini sebaik mungkin. Terima kasih atas kepercayaan yang telah diberi, dan perlu saya buktikan kemampuan kita.
YB Danni Rais
ADUN Klawang