08/07/2026
PROGRAM PEMELIHARAAN DAN KELESTARIAN SUNGAI BERSAMA ALUMNI UTM PERKUKUH KOMITMEN TERHADAP ALAM SEKITAR
SERENDAH, 20 Jun 2026 – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) dengan kerjasama Sahabat Sungai Selaru (SSS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah berjaya menganjurkan Program Pemeliharaan dan Kelestarian Sungai di Sungai Selaru, Serendah. Program ini menghimpunkan alumni UTM, pelajar UTM serta rakan strategik dalam usaha memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan sumber air dan kelestarian alam sekitar.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (Friends of Rivers Malaysia), Yang Berbahagia Dato' Ir. Hj. Mohamad Khairi bin Ambran, Presiden PAUTM, serta YBrs. Tuan Hj. Dr. Ir. Ts. Mohmad Asari bin Daud, Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA), Pengarah LUAS dan Pengerusi PAUTM Cawangan Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa PAUTM Pusat, alumni serta pelajar UTM.
Antara aktiviti dijalankan termasuk pembersihan kawasan sungai, penanaman pokok dan aktiviti rekreasi yang mengeratkan silaturahim sambil menyemai semangat cintakan alam sekitar.