25/08/2026
Menyantuni orang yang dilanda kesusahan merupakan salah satu amalan mulia dalam Islam.
Rasulullah SAW menunjukkan kepentingan mengambil berat tentang mereka yang sedang sakit, termasuk menziarahi, mendoakan kesembuhan dan memberikan kata-kata yang baik.
Dalam perjalanan rawatan kanser, sokongan juga penting bukan sahaja kepada pesakit, tetapi kepada para penjaga yang membantu menguruskan keperluan harian, menemani rawatan dan memberikan sokongan sepanjang proses tersebut.
Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita mengambil teladan daripada akhlak Rasulullah SAW dengan lebih prihatin terhadap mereka yang sedang sakit dan tidak melupakan mereka yang menjaga mereka.
Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).