Sila isi borang pendaftaran boleh layari laman web ini, https://tinyurl.com/pendaftaranFreeCycleHCTM
2. Setelah pendaftaran berjaya, sertai group FB Free Cycle HTCM di laman web ini,
https://www.facebook.com/groups/freecyclehctm/
Syarat penyertaan:
1. Pemberi dan penerima adalah terdiri daripada warga semua warga HCTM, Fakulti Perubatan UKM KKL dan UMBI buat masa ini.
2. Barangan terpakai yang
diiklankan mestilah barangan yang masih boleh digunakan/berfungsi, dalam keadaan yang baik, dan tidak salah di sisi undang-undang.
3. Barangan baru atau keperluan (seperti makanan, peralatan sekolah) juga digalakkan untuk diberikan di laman ini.
4. Barangan yang diiklankan diberikan secara percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan (kecuali bayaran kos penghantaran sekiranya diperlukan dan dipersetujui oleh penerima).
5. Penerima tidak terikat dengan sebarang syarat lain yang ditetapkan oleh pemberi barangan.
6. Tiada sebarang bentuk aktiviti perniagaan (termasuk iklan atau komen mengenai perniagaan) dibenarkan di laman ini.
7. Hantaran pos atau komen negatif dan berbaur provokatif akan dipadam dan pemilik akaun akan diberikan amaran. Sekiranya berlanjutan, pemilik akaun akan dikenakan tindakan. Pemilik akaun akan dikeluarkan dari laman ini dan laporan kepada Facebook akan dibuat.
8. Penerima dan pemberi bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang akibat (sekiranya berlaku) daripada pertukaran barangan tersebut.
9. Pentadbir tidak akan bertanggungjawab atas sebarang akibat daripada pertukaran barangan.