PUSPANITA Majlis Amanah Rakyat

PUSPANITA Majlis Amanah Rakyat PUSPANITA MARA

Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
Cawangan Kecil MARA

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.

🌸BANTUAN AWAL SEKOLAH (BAS) PUSPANITA MARA 2026🌸26 Januari 2026, Isnin - PUSPANITA MARA telah melakar satu lagi langkah ...
27/01/2026

🌸BANTUAN AWAL SEKOLAH (BAS) PUSPANITA MARA 2026🌸

26 Januari 2026, Isnin - PUSPANITA MARA telah melakar satu lagi langkah bermakna dalam menyantuni kebajikan ahli menerusi Program Bantuan Awal Sekolah (BAS) 2026 yang telah berlangsung pada 26 Januari 2026 (Isnin) bertempat di Tingkat 4, MARA Knowledge Centre, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Program yang julung kali diadakan ini merupakan simbol keprihatinan PUSPANITA MARA terhadap kepentingan pendidikan serta kesejahteraan ahli dan keluarga. Pada tahun ini, seramai 16 orang pelajar telah menerima sumbangan, sebagai usaha meringankan beban persediaan persekolahan awal tahun.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Datin Saiful Munirah binti Md. Ali, Pengerusi PUSPANITA MARA, ianya diharapkan dapat membantu ahli menyediakan kelengkapan persekolahan yang selesa, seterusnya menyokong kesejahteraan emosi anak-anak agar mereka memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat dan yakin.

Inisiatif ini juga mencerminkan semangat kebersamaan, empati dan sokongan berterusan PUSPANITA MARA — bahawa setiap ahli tidak bersendirian dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Biro Kebajikan dan Agama PUSPANITA MARA atas komitmen dan inisiatif dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa hadapan demi manfaat lebih ramai ahli.

✨ PUSPANITA MARA, cakna kebajikan, menyantuni dengan kasih.✨





✨ Kad PUSPANITA = Jimat Setiap Masa! ✨Tahukah anda? Dengan Kad Keahlian PUSPANITA, anda boleh nikmati pelbagai diskaun e...
03/01/2026

✨ Kad PUSPANITA = Jimat Setiap Masa! ✨

Tahukah anda? Dengan Kad Keahlian PUSPANITA, anda boleh nikmati pelbagai diskaun eksklusif di jenama dan hotel terpilih! 🛍️🏨

💖 Antara kelebihan menarik:
🏨 Diskaun penginapan di Royale Chulan Hotel & Resort dan Wyndham Hotel & Resort
👗 10% diskaun barangan Ariani
🧵 20% diskaun barangan JAKEL
🧕 10% diskaun barangan Naelofar
✨ Dan banyak lagi tawaran istimewa untuk ahli PUSPANITA!

📌 Jimat, bergaya & eksklusif — hanya dengan satu kad!

👉 Dapatkan maklumat lanjut dan senarai penuh kelebihan ahli di:
🔗 https://www.puspanita.org.my/kelebihan-ahli/

💐 Belum jadi ahli? Inilah masanya!





Selamat Menyambut Tahun Baru 2026PUSPANITA Cawangan Kecil MARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan ...
31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026

PUSPANITA Cawangan Kecil MARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2025.

Semoga tahun 2026 kita bersama teruskan iltizam, perkukuh kebersamaan, memperkasa Wanita, mencipta kejayaan berterusan ke arah kecemerlangan.

Ikhlas
PUSPANITA
Cawangan Kecil MARA

✨LUNCHEON SESSION PUSPANITA MARA 2025✨Kepimpinan Sehaluan, Aspirasi BersamaSatu sesi bermakna yang menghimpunkan AJK Ter...
24/12/2025

✨LUNCHEON SESSION PUSPANITA MARA 2025✨

Kepimpinan Sehaluan, Aspirasi Bersama

Satu sesi bermakna yang menghimpunkan AJK Tertinggi PUSPANITA MARA dan Floor Representative dalam suasana santai tetapi berimpak tinggi.

📅 12 Disember 2025
📍 IDEAS Hotel, Kuala Lumpur

Program PUSPANITA Luncheon Session ini dianjurkan sebagai platform strategik untuk:
✔️ Memperkukuhkan hubungan kerja dan kerjasama berpasukan
✔️ Menilai prestasi serta pencapaian sepanjang tahun 2025
✔️ Menyelaraskan hala tuju kepimpinan dan aspirasi bersama
✔️ Membina asas yang lebih kukuh bagi pelaksanaan agenda PUSPANITA MARA tahun 2026

Melalui perbincangan yang konstruktif dan keterlibatan semua pihak, program ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian program serta memperkukuh pengurusan organisasi wanita MARA.

🤝 Bersama kita perkukuh kepimpinan. Bersama kita gerakkan aspirasi.





🎉 PUSPANITA MARA DI HARI KELUARGA KKDW 2025 🎉📅 6 Disember 2025 (Sabtu)📍 MAEPS, SerdangHari Keluarga KKDW telah berlangsu...
24/12/2025

🎉 PUSPANITA MARA DI HARI KELUARGA KKDW 2025 🎉

📅 6 Disember 2025 (Sabtu)
📍 MAEPS, Serdang

Hari Keluarga KKDW telah berlangsung dengan penuh keceriaan dan nostalgia bertemakan “Santunan Kasih Keluarga KKDW”. Suasana program semakin meriah apabila para kakitangan hadir dengan pakaian bertemakan retro dan kampung era 60-an hingga 80-an, menghidupkan kembali kenangan lama dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

Lebih 50 orang ahli PUSPANITA MARA telah turut serta memeriahkan Hari Keluarga ini, menjadikan program ini sebagai platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta meraikan nilai kekeluargaan dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Program ini bukan sahaja menceriakan peserta, malah berjaya memperkukuhkan hubungan sesama warga kerja KKDW dan keluarga masing-masing.

💛 Keluarga diraikan, kasih disemai, kenangan tercipta.





🧁 PERTANDINGAN HIASAN CUPCAKE SEMPENA SELANGOR SHOWCASE 2025 🧁📅 5 Disember 2025📍 Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lum...
24/12/2025

🧁 PERTANDINGAN HIASAN CUPCAKE SEMPENA SELANGOR SHOWCASE 2025 🧁

📅 5 Disember 2025
📍 Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur

Sempena penganjuran Selangor Showcase 2025, Pejabat MARA Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Hiasan Cup Cake yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh kreativiti.

Seramai 10 orang ahli PUSPANITA MARA telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan menampilkan pelbagai rekaan cupcake yang menarik, kreatif dan kemas, sekali gus mencerminkan bakat serta sentuhan seni para peserta.

Pertandingan ini telah dinilai oleh Ketua Juri, Datin Saiful Munirah binti Md Ali Pengerusi PUSPANITA MARA,
yang memastikan penilaian dibuat secara adil dan profesional.

Program ini bukan sahaja menceriakan suasana Selangor Showcase 2025, malah menjadi platform santai untuk mengeratkan silaturahim, menggalakkan penglibatan aktif serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli PUSPANITA MARA.

👏 Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, kreativiti dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.





🍢 PERTANDINGAN CUCUK SATE SEMPENA SELANGOR SHOWCASE 2025 🍢📅 5 Disember 2025📍 Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala LumpurS...
24/12/2025

🍢 PERTANDINGAN CUCUK SATE SEMPENA SELANGOR SHOWCASE 2025 🍢

📅 5 Disember 2025
📍 Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur

Sempena Selangor Showcase 2025, Pejabat MARA Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Cucuk Sate yang berlangsung meriah dan penuh semangat kebersamaan.

Seramai 9 orang ahli PUSPANITA MARA telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, yang bukan sahaja menguji ketelitian, kepantasan dan kemahiran tangan, malah menceriakan suasana program dengan aktiviti santai yang interaktif.

Pertandingan ini telah dinilai oleh Ketua Juri, Datin Saiful Munirah binti Md Ali Pengerusi PUSPANITA MARA,
yang memastikan penilaian dibuat secara telus dan profesional.

Program ini berjaya menjadi platform untuk:
✨ Mengukuhkan silaturahim
✨ Menggalakkan penyertaan aktif ahli
✨ Menyemarakkan suasana Selangor Showcase 2025

🎉 Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.





🌸 PERTANDINGAN PUSPAWANGI SEMPENA KUALA LUMPUR SHOWCASE🌸📅 19 November 2025 (Rabu)Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan...
24/12/2025

🌸 PERTANDINGAN PUSPAWANGI SEMPENA KUALA LUMPUR SHOWCASE🌸

📅 19 November 2025 (Rabu)

Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan dengan meriahnya telah menganjurkan Pertandingan Puspawangi sebuah aktiviti santai yang menggabungkan kreativiti, ketelitian dan semangat kebersamaan sempena Kuala Lumpur Showcase 2025

Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada ahli PUSPANITA MARA dan wakil usahawan telah menyertai pertandingan ini. Para peserta diberi cabaran untuk mengasingkan rempah ratus menggunakan kreativiti masing-masing, sekaligus menguji fokus, ketangkasan dan ketelitian wanita di dapur.

Pertandingan ini bukan sekadar aktiviti santai, malah menjadi platform untuk:
✨ Memupuk semangat kebersamaan
✨ Menceriakan suasana program
✨ Menggalakkan penyertaan aktif ahli PUSPANITA MARA

🎉 Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta atas komitmen, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.





✨PERTANDINGAN KEBAYA NYONYA SEMPENA MELAKA SHOWCASE 2025✨27 November 2025 | Ruang Legar Ibu Pejabat MARA Kuala LumpurKea...
01/12/2025

✨PERTANDINGAN KEBAYA NYONYA SEMPENA MELAKA SHOWCASE 2025✨

27 November 2025 | Ruang Legar Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur

Keanggunan warisan Peranakan melatari Ruang Legar Ibu Pejabat MARA hari ini apabila 21 peserta tampil mempamerkan pesona tersendiri dalam Pertandingan Kebaya Nyonya sempena Melaka Showcase 2025.

Setiap peserta menyerlahkan kreativiti, kehalusan seni dan gaya yang memukau, menjadikan pertandingan ini penuh warna serta bermakna dalam usaha mengangkat budaya warisan ke peringkat lebih tinggi.

Pertandingan ini telah diadili oleh tiga juri iaitu:
👑 Datin Saiful Munirah binti Md Ali
Presiden PUSPANITA MARA sebagai Ketua Juri
🌺 Puan Alhamdura binti Mustapha
🌺 Puan Siti Sulfika binti Sulaiman

Tahniah diucapkan kepada tiga pemenang utama yang berjaya memikat hati para juri dengan penampilan yang anggun dan penuh nilai estetika!

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Zulfikri Bin Osman, Ketua Pengarah MARA
diiringi Datin Saiful Munirah binti Md Ali Presiden PUSPANITA MARA dan Encik Shah Zulmizan bin Safar Pengarah MARA Negeri Melaka.

Terima kasih kepada semua peserta dan pengunjung yang memeriahkan acara hari ini. Semoga usaha ini terus mengangkat keunikan budaya dan warisan Malaysia ke persada yang lebih gemilang!




✨MARA Sihat: Sweet Escape Siri 10 ✨Terima kasih kepada semua warga MARA dan PUSPANITA yang memeriahkan sesi Zumba & Poco...
17/11/2025

✨MARA Sihat: Sweet Escape Siri 10 ✨
Terima kasih kepada semua warga MARA dan PUSPANITA yang memeriahkan sesi Zumba & Poco-Poco pada 9 November 2025 jam 7 pagi di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur!

Program yang dianjurkan ini turut dihadiri Datin Saiful Munirah binti Md Ali, Pengerusi PUSPANITA MARA, yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh budaya hidup sihat di MARA.

Semoga momentum kecergasan ini berterusan dan menjadi inspirasi kepada semua untuk kekal aktif dan bertenaga! 💪💙

RISE & CONNECT, PERKUKUH KOMUNIKASI  ANTARA PUSPANITA  DAN MARAKUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025 – Program “RISE & CONNECT: ...
13/10/2025

RISE & CONNECT, PERKUKUH KOMUNIKASI ANTARA PUSPANITA DAN MARA

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025 – Program “RISE & CONNECT: Santai Pagi Bersama Pengarah Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan Presiden NGO MARA” telah berlangsung di Anjung Eksekutif, Ibu Pejabat MARA.

Sesi yang menghimpunkan kepimpinan kesatuan dan persatuan MARA ini menjadi platform penting bagi memperkukuh komunikasi dua hala antara Bahagian Sumber Manusia dan NGO MARA dalam usaha menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga kerja.

Kehadiran YBhg. Datin Saiful Munirah binti Md Ali, Pengerusi PUSPANITA MARA turut menyerikan program ini. Beliau menzahirkan komitmen tinggi PUSPANITA dalam memperkukuh jaringan kolaborasi bersama kepimpinan MARA serta memartabatkan peranan wanita sebagai ejen keharmonian dan kesejahteraan organisasi.

Terima kasih kepada Bahagian Sumber Manusia atas inisiatif berimpak tinggi ini! Semoga semangat kolaborasi antara BSM, NGO MARA dan PUSPANITA terus mekar demi MARA yang lebih sejahtera dan cemerlang.




PERTANDINGAN PUZZLE ICON SEMPENA NISMILAN SHOWCASE 2025Seronok dan penuh warna-warni! Pertandingan Puzzle Icon sempena N...
05/09/2025

PERTANDINGAN PUZZLE ICON SEMPENA NISMILAN SHOWCASE 2025

Seronok dan penuh warna-warni!

Pertandingan Puzzle Icon sempena Nismilan Showcase telah berlangsung meriah di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA pada 2 September 2025.

Seramai 18 orang Ahli PUSPANITA MARA, dari 6 kump**an yang masing-masing dianggotai seramai 3 orang ahli. Yang paling best, semua kump**an berjaya membawa p**ang hadiah!

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah MARA Negeri Sembilan, Puan Rohana binti Jusoff, manakala barisan juri p**a terdiri daripada:

👩‍⚖️ Cik Fatin Zaharudin (Pegwai MARA Daerah Seremban)
👩‍⚖️ Puan Siti Suraya binti Abdul Wahab (Ketua Unit Kawalan Kredit)
👩‍⚖️ Cik Nurashikin binti Mohammad Yusof (Pegawai MARA Daerah Tampin)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat dan kerjasama hebat sepanjang pertandingan!







Address

Kuala Lumpur
50609

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60326132000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA Majlis Amanah Rakyat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSPANITA Majlis Amanah Rakyat:

Featured

Share