29/01/2020
Alhamdulilah, terima kasih ya Allah atas rezeki ini.
Bukan mudah, bahkan bila difikirkan ianya sangat mustahil untuk kami laksanakan. Setelah melalui pelbagai ujian dengan pertukaran destinasi daripada Qatar ke Jogja, Jakarta kemudian akhirnya ke Korea. Daripada bilangan yang ramai hinggalah berbaki sedikit. Ya, akhirnya 10 orang sahaja yang tinggal. Agak sukar untuk mencari dana dengan jumlah tenaga yang sedikit ditambah p**a dengan komitmen berbeza setiap individu. Walaupun hampir berputus asa, namun atas kesungguhan dan kerjasama semua serta tiupan semangat yang berterusan daripada rakan-rakan lain untuk berusaha teruskan sehingga berjaya.
Sekalung penghargaan kami berikan buat semua yang membantu baik secara langsung mahupun tidak langsung. Pertama sekali, ucapan terima kasih buat Dr Khadher Ahmad, selaku Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith yang banyak membantu dan memberi nasihat sepanjang proses menjayakan program ini. Seterusnya, sekalung penghargaan buat pihak pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya kerana membantu kami dari sudut pengurusan dengan memberi keizinan untuk program ini dijalankan. Selain itu, ucapan terima kasih kepada Dato Prof. Dr Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff atas sumbangan dan nasihat yang diberikan. Terima kasih juga kepada para pensyarah lain atas setiap doa yang dikirimkan. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi dorongan dengan membeli jualan yang kami jalankan untuk mengumpul dana. Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang yang murah hati memberi sumbangan bagi melancarkan perjalanan program. Sungguh, hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan yang kalian berikan kepada kami. Kelihatan mustahil dimata manusia, tapi tiada yang mustahil bagi Allah. Jika Allah izinkan sesuatu itu berlaku, maka pasti Allah bantu. Biiznillah.