Madrasah Al-Islah

Madrasah Al-Islah Madrasah Al-Islah adalah surau komuniti yang bertempat di Bandar Baru Sentul. "JOM Imarahkan Rumah Allah"

🕌🕋*20 HARI LAGI MENUJU AIDILADHA*🕌🕋Peluang beribadah korban kembali lagi.Jangan lepaskan peluang untuk menzahirkan rasa ...
10/05/2026

🕌🕋*20 HARI LAGI MENUJU AIDILADHA*🕌🕋

Peluang beribadah korban kembali lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT melalui ibadah korban tahun ini.

📢 Makluman Terkini Slot Korban Madrasah Al-Islah:

🐄 *21 BAHAGIAN* *LEMBU* masih kosong
🐐 *3 EKOR KAMBING* masih tersedia

⏳ Tempat adalah *TERHAD*‼️
Siapa cepat, dia dapat.

💰 Harga Korban:
🐄 1 Bahagian Lembu: *RM 900*
🐐 1 Ekor Kambing: *RM 1500*

🤲 Jadikan korban anda tahun ini sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang Allah berikan.

📞 Tempahan & Pertanyaan:
- En. Haniff – 011-2882 6883
- En. Amir – 017-978 2600
- En. Nizam – 017-776 3650
- Cik. Suraya – 017-247 1163

✨ _Korbanmu, Tanda Syukurmu_

🔥 *JOM REBUT PELUANG QURBAN 1447H / 2026M* 🔥Peluang hanya datang sekali setahun… jangan biarkan ia berlalu tanpa kita me...
27/04/2026

🔥 *JOM REBUT PELUANG QURBAN 1447H / 2026M* 🔥

Peluang hanya datang sekali setahun… jangan biarkan ia berlalu tanpa kita merebut ganjaran besar di sisi Allah.

Sabda Rasulullah ﷺ:
Tiada amalan pada Hari Raya Aidiladha yang lebih dicintai Allah selain ibadah qurban.

✨ *PILIHAN QURBAN:*
🐄 Lembu (1 bahagian) – *RM900*
🐐 Kambing (seekor) – *RM1,500*

💳 *FLEKSIBEL & MUDAH:*
✔ Bayaran *3 kali ansuran*
✔ Tarikh akhir: *25 Mei 2026*

⚠️ *TEMPAT SANGAT TERHAD* – siapa cepat dia dapat!

Belum berpeluang menunaikan Haji?
Qurban tetap menjadi ibadah yang sangat dituntut — peluang untuk mendekatkan diri dan meraih keberkatan.

📞 *DAFTAR SEGERA:*
En. Haniff – 011-2882 6883
En. Amir – 017-978 2600
En. Nizam – 017-776 3650
Cik. Suraya – 017-247 1163

✨ *_Qurban Tanda Syukur, Korbanmu Bukti Keikhlasanmu. Jangan tunggu saat akhir!_*

Bayaran online melalui akaun Bank Islam :

14014010044171
Ref: Qurban Islah 2026

MISI PECUTAN AKHIR RAMADAN 🌙Ramadan hampir sampai ke penghujungnya…Namun 10 malam terakhir inilah peluang paling besar u...
10/03/2026

MISI PECUTAN AKHIR RAMADAN 🌙

Ramadan hampir sampai ke penghujungnya…
Namun 10 malam terakhir inilah peluang paling besar untuk kita menambah bekalan akhirat.

Malam-malam yang mungkin tersimpan Lailatul Qadar —
malam yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan .

Bayangkan…
sedikit sumbangan dari kita hari ini,
boleh menjadi saham pahala yang berterusan di sisi Allah.

Madrasah Al-Islah masih memerlukan RM10,000 bagi menjayakan program dan kebajikan sepanjang Ramadan.

Alhamdulillah setakat ini RM6,500 telah terkumpul .
Masih berbaki sedikit sahaja lagi untuk kita sama-sama cukupkan.

✨ 1 Slot hanya RM10

Mungkin kecil di mata kita,
tetapi besar nilainya di sisi Allah apabila dihimpunkan bersama.

Jom kita tampung kekurangan ini bersama
dan jadikan 10 malam terakhir Ramadan ini sebagai misi menambah amal .

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi
saham akhirat yang berpanjangan .

🤲 Rebut peluang pahala .
🤲 Tambah amal di penghujung Ramadan .
🤲 Moga kita semua dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

🌙 *Ramadhan tidak datang secara mengejut.*Ia hadir dengan isyarat.Rejab, Syaaban… dan kini kita di ambang Ramadhan.Namun...
07/02/2026

🌙 *Ramadhan tidak datang secara mengejut.*

Ia hadir dengan isyarat.
Rejab, Syaaban… dan kini kita di ambang Ramadhan.

Namun sehingga hari ini,
masih berbaki hampir *1,900 slot* Infaq Ihya’ Ramadhan Madrasah Al-Islah
yang belum diisi.

Mungkin *RM25* nampak kecil di mata kita, tetapi ia besar nilainya apabila digabungkan untuk menghidupkan Ramadhan umat ini.

🎯 *RM25 = 1 slot*
📌 *2000 slot disediakan*
⏳ *Slot masih terbuka — peluang masih ada.*

*Ramai bertanya,*
“cukup ke sumbangan aku?”

*Jawapannya:*
cukup bila ia dibuat dengan ikhlas, cukup bila ia dibuat tanpa berlengah.

Kalau hari ini Allah beri rezeki,
jangan biarkan ia berlalu tanpa dimanfaatkan.

📲 *Infaq Ihya’ Ramadhan Madrasah Al-Islah*
*Imbas QR / rujuk poster* 🤍

_Ramadhan semakin dekat. Pahala menunggu langkah pertama kita. 🤲🏼_

🌙✨*PROGRAM KARIAH SEJAHTERA MADRASAH AL-ISLAH*_Persiapan Ramadan Bermula Dari Rumah & Diri_📅 *Ahad | 8 Februari 2026*⏰ *...
07/02/2026

🌙✨*PROGRAM KARIAH SEJAHTERA MADRASAH AL-ISLAH*
_Persiapan Ramadan Bermula Dari Rumah & Diri_

📅 *Ahad | 8 Februari 2026*
⏰ *9.00 pagi – 12.00 tengah hari*
📍 *Madrasah Al-Islah*

Ramadan makin hampir — jom sama-sama buat _check_ kesihatan, kemas rumah & persediaan rohani.

✨ _Satu langkah, pelbagai persediaan menyambut Ramadan_

🌿 *Antara Aktiviti Utama:*

🩺 *Saringan Kesihatan*
– Tekanan darah, gula, konsultasi & pakej istimewa

♻️ *E-Waste : Sampah Jadi Tunai*
– Barangan elektronik lama dibeli bermula RM0.60 – RM7.00
(Kemas rumah, jana duit, bantu alam sekitar!)

📖 *Pemuliaan & Pelupusan Bahan Ayat Al-Quran*
Kami menerima semua bahan yang mengandungi ayat Al-Quran seperti:
✔️ Al-Quran lama / rosak
✔️ Buku sekolah agama / kitab
✔️ Poster & hiasan dinding ayat Quran
✔️ Cover, pelekat & apa jua bahan bercetak berkaitan

💚 *Sumbangan pemuliaan: RM10 / kg*
_(Bagi menampung kos pengurusan & pelupusan secara beradab)_

🛡️ *Pelan Takaful Kemalangan (PA)*
– Serendah RM30 sahaja khas untuk kariah & jemaah
– Sesuai untuk remaja, dewasa & warga emas
– Tanpa medical check-up

✨ Inilah masa terbaik untuk *_“reset”_* sebelum Ramadhan tiba…. jaga kesihatan, bersihkan rumah, muliakan bahan ayat Quran & lindungi keluarga.

📣 Jom hadir beramai-ramai & ajak jiran sekali.

*Kariah Sejahtera, Ramadan Lebih Bermakna*🤍

✨ KULIAH MAGHRIB ISTIMEWA ✨🌙 Meraih Sisa Syaaban, Menyambut Cahaya RamadanPersediaan hati sebelum melangkah ke bulan pen...
03/02/2026

✨ KULIAH MAGHRIB ISTIMEWA ✨

🌙 Meraih Sisa Syaaban, Menyambut Cahaya Ramadan
Persediaan hati sebelum melangkah ke bulan penuh rahmat 🤍

📅 Selasa | 3 Februari 2026
🕰️ Selepas Maghrib
📍 Ruang Solat Utama, Madrasah Al-Islah

🎙️ Bersama:
Ustaz Yusrizal bin Yusoff

🍽️ Makanan disediakan
🤲 Semua muslimin & muslimat dijemput hadir

✨ Dah nak Ramadan…
🌱 Jom back to fitrah
Baiki niat, bersihkan hati, dan kuatkan persediaan rohani bersama-sama.

Sebarkan & ajak keluarga serta sahabat 🌸
Semoga langkah kecil ini jadi permulaan Ramadan yang lebih bermakna 🤲

*Nisfu Syaaban, Wilayah Dalam Doa*🌙✨Madrasah Al-Islah dengan sukacitanya menganjurkan program sempena malam Nisfu Syaaba...
02/02/2026

*Nisfu Syaaban, Wilayah Dalam Doa*🌙✨

Madrasah Al-Islah dengan sukacitanya menganjurkan program sempena malam Nisfu Syaaban yang penuh keberkatan ini. Mari kita bersama-sama mengimarahkan Madrasah melalui ibadah dan ukhuwah.

Sempena Hari Wilayah Persekutuan, kami menjemput seluruh jemaah untuk hadir beramai-ramai berbuka puasa serta berdoa bersama — memohon keampunan, rahmat dan keberkatan Allah SWT buat diri, keluarga serta seluruh warga Wilayah.

✨ 🤲🏼 _Malam doa dan munajat, saat kita memohon rahmat dan keampunan Ilahi._

🗓 *Tarikh:* Isnin, 2 Februari
📍 *Tempat:* Madrasah Al-Islah

*Tentatif Program:*
🕕 Berbuka puasa
🕌 Solat Maghrib berjemaah
📖 Bacaan Yasin
🕌 Solat Isyak berjemaah
🤲 Solat Tasbih
🤲 Solat Hajat
🍽 Jamuan

🍲 Makanan & Juadah Disediakan, Potluck Dialu-Alukan. 😊

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi memeriahkan malam penuh rahmat ini.

*_Ayuh rebut kesempatan ini untuk bermunajat, menguatkan ukhuwah dan memohon doa bagi rahmat dan keberkatan sepanjang tahun._*

✨*JEMPUTAN KULIAH* *MAGHRIB* ✨Mari sama-sama kita menghidupkan malam dengan ilmu dan persediaan rohani menjelang Ramadan...
13/01/2026

✨*JEMPUTAN KULIAH* *MAGHRIB* ✨

Mari sama-sama kita menghidupkan malam dengan ilmu dan persediaan rohani menjelang Ramadan.

📖 Tajuk:
Amalan Rejab & Syaaban Yang Patut Dijaga

🎙 Penceramah:
Ustaz Rakin

🗓 *Tarikh: 13 Januari*
🕋 *Masa: Selepas Solat Maghrib*
📍 *Tempat: Ruang Solat Utama MAI*

Bulan Rejab dan Syaaban adalah medan persiapan sebelum Ramadan. Ketahui amalan yang dianjurkan, perkara yang perlu dijaga serta cara memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

🍽 *Makanan disediakan*
👥 *Muslimin & Muslimat dijemput hadir*

_“Ilmu yang dipelajari menjadi bekal, amalan yang dijaga menjadi penyelamat.”_

*_Ramadhan bakal tiba._**_Rejab masa membentuk jiwa_.**_Jom Sedekah Jumaat_*☺️*_Biar memberi jadi kebiasaan_*
09/01/2026

*_Ramadhan bakal tiba._*

*_Rejab masa membentuk jiwa_.*

*_Jom Sedekah Jumaat_*☺️

*_Biar memberi jadi kebiasaan_*

🌙✨ *KULIAH MAGHRIB BULAN REJAB*_Rejab Waktu Untuk Kembali_Rejab hadir sebagai peringatan.Sebelum Ramadhan menjelma,inila...
05/01/2026

🌙✨ *KULIAH MAGHRIB BULAN REJAB*

_Rejab Waktu Untuk Kembali_

Rejab hadir sebagai peringatan.
Sebelum Ramadhan menjelma,
inilah masanya kita kembali..
kembali kepada Allah, iman dan amal.

📅 *Selasa | 6 Januari*
🕗 *8.00 malam | Lepas Maghrib*
📍 *Ruang Solat Utama, Madrasah Al-Islah*

🎙️ *Disampaikan oleh:*
Ustaz Mohd Saleh bin Hanafi

👥 *Muslimin & Muslimat dijemput hadir*
🍽️ *Makanan disediakan*

Jom kita hidupkan malam Rejab dengan ilmu dan muhasabah.
Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan perubahan besar. 🤲

🕌 *DAFTAR AHLI KARIAH MADRASAH AL-ISLAH 2026*Menjadi ahli kariah bukan sekadar nama dalam senarai – ia jaminan kebajikan...
01/01/2026

🕌 *DAFTAR AHLI KARIAH MADRASAH AL-ISLAH 2026*

Menjadi ahli kariah bukan sekadar nama dalam senarai – ia jaminan kebajikan, tanda kebersamaan, dan tanggungjawab sebagai umat Islam.

✨ *Kenapa Penting?*
- Rekod rasmi penduduk kariah
- ⁠Urusan kematian & bantuan lebih teratur
- ⁠Kemudahan Penerimaan Sumbangan & Bantuan
- ⁠Peluang sertai jawatankuasa kariah

✅ *Siapa Layak?*
- Muslim, warganegara Malaysia
- ⁠18 tahun ke atas
- ⁠Tinggal di kariah ≥3 bulan
- ⁠Balu/janda/duda digalakkan

📄 *Dokumen:* Salinan IC & bukti alamat
📍 *Borang:* Pejabat Pengurusan Madrasah Al-Islah

🗓 *Tarikh Pendaftaran: 1 Januari 2026 – 30 Januari 2026*

📞 Pertanyaan: Tuan Haniff | Tuan P. Roshazli | Puan Norliza | Puan Harlina

🤍 *_Madrasah sedia menjaga & membantu kita. Daftar sekarang untuk diri, keluarga & komuniti._*

Address

Jalan 3/48a, Bandar Baru Sentul
Kuala Lumpur
51000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Al-Islah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Madrasah Al-Islah:

Shortcuts

Featured

Share