1. Menyediakan khidmat kebajikan kepada Ahli yang menyertai PKPEBkls, sebagai contoh penubuhan khairat kematian, dan sumbangan musibah.
2. Menyelidik, Mengenal dan Melaksanakan khidmat pemantapan pemanduan kepada Ahli-ahli pertubuhan PKPEBkls agar mengikut landasan undang undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia
3. Melaksanakan, menganjur program serta aktiviti-aktiviti yang difikirkan sesuai dan bermanfaat seperti riadah, kesihatan, rekreasi, senamrobik, bersukan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, untuk pembangunan masyarakat dan ahli ahlinya
4. Melaksanakan program aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan dan juga Menjalankan kerja-kerja amal serta Berkerjasama dengan agensi agensi yang dapat meningkatkan taraf hidup Ahli-Ahli untuk mencapai matlamat pertubuhan.
5. Mengumpul dan menyebarkan hakikat persaudaraan yang sebenarnya kepada seluruh pemandu pemandu e-hailing bumiputera yang merangkumi pelbagai aspek kebajikan kemasyarakatan serta menjadi contoh dan garis panduan kepada persatuan atau pertubuhan ehailing yang lain
6. Melatih, dan menyediakan latihan-latihan yang sewajarnya kepada ahli.
OBJEKTIF
Menjadi salah satu pertubuhan yang mampu memacu industri pengangkutan awam yang berdaya saing serta Juga mengeratkan hubungan semua pemandu dan menjalankan Aktiviti yang merangkumi perbagai aspek kemasyarakatan dan kebajikan dan bermamfaat untuk ahlinya
MISI
Menjadikan PKPEBkls tempat kebajikan pemandu perkhidmatan ehailing , juga masyarakat sekeliling serta menjadi penganjurkan kegiatan yang memberi manfaat bersama berlandaskan kepada “maqasid syariah”, penerapan nilai-nilai kemasyarakatan dan perikemanusiaan serta mengeratkan hubungan siratulrahim.
VISI
Berupaya menjadi sebuah pertubuhan sebagai rujukan institusi lain dalam melaksanakan kegiatan kerohanian dan kebajikan dengan konsep kebersamaan dan penerapan nilai-nilai murni kehidupan sebagai tunjang dan matlamat utama PKPEBkls
RANCANGAN MASA HADAPAN
Ø Mewujudkan pejabat pertanyaan PKPEBKLS sebagai perantaraan antara pemandu ehailing bumiputera dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan pelbagai isu dan masalah pemandu ehailing bumiputera.
Ø Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan JPJ, APAD, PDRM dan penguatkuasa di Seluruh kuala lumpur dan selangor.
Ø Membantu golongan Warga Emas,OKU, Anaka-anak Yatim atau orang miskin dan lain lain di kuala Lumpur dan selangor.
Ø Membantu dan berkerjasama dengan pihak Kerajaan, Penguatkuasa dan Masyarakat dalam melaksanakan kerja kerja amal seperti bantuan Bencana, kebakaran, tanah runtuh, banjir, kemalangan jalan raya, gotong royong dan sebagainya.
Ø Melaksanakan khairat kematian kepada Ahli
Ø Melaksanakan ransangan ekonomi untuk ahli
Penutup
Pertubuhan Kebajikan Pemandu Pemandu Ehailing Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor (PKPEBKLS) Yang bergiat aktif dalam perbagai Bidang sosial, kebajikan, ekonomi, Perkhidmatan dan sebagainya. PKPEBKLS juga turut membantu Perbagai isu & masalah Pemandu Ehailing seperti mana termaktub di dalam VISI, MISI dan Objektif Pertubuhan. PKPEBKLS juga akan membantu semua pemandu ehailing bumiputera tanpa mengira waktu dan masa dalam hal hal kebajikan.
PKPEBKLS juga di istilahkan sebagai doktor pemandu ehailing bumiputera iaitu menerima apa sahaja aduan pemandu ehailing bumiputera dan akan membantu sedaya upaya dalam menyelesaikan masalah berkaitan sosial, ekonomi, jenayah, perundangan dan lain lain lagi.
PKPEBKLS mengharapkan Kerjasama yang sewajarnya dari Pelbagai pihak berkaitan supaya dapat bersama-sama dengan PKPEBKLS berganding bahu bagi merealisasikan setiap perancangan yang telah ditetapkan demi kepentingan semua