Baitul Abrar Malaysia

Baitul Abrar Malaysia Kami juga TIDAK membuat sebarang kutipan derma dari orang ramai bagi mengelakkan salah faham.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Abrar Malaysia (PPM-015-14-24112016) adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang menyalurkan bantuan keperluan asas awal spt makanan kepada masyarakat yang terputus bekalan makanan dan kewangan. Pertubuhan Kebajikan BAITUL ABRAR Malaysia (PPM-015-14-24112016) ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan sukarela untuk membantu ma

syarakat yang memerlukan. Matlamat utama penubuhan BAITUL ABRAR adalah untuk menyalurkan bantuan keperluan asas awal seperti makanan (Beras, Tepung, Gula, Minyak, Garam dan lain-lain) kepada masyarakat yang terputus bekalan atas apa-apa sebab sama ada kehilangan pekerjaan, bencana alam atau apa-apa yang berkaitan dengan permasalahan kehidupan. Bantuan yang disalurkan oleh BAITUL ABRAR merupakan bantuan awal bagi memastikan penerima dapat bantuan dengan sekadar segera sementara menunggu bantuan lain atau mendapat pekerjaan. Di samping itu, BAITUL ABRAR juga menganjurkan program serta kursus-kursus membina sahsiah diri, motivasi, keagamaan, serta kemahiran yang berkaitan dengan skill pekerjaan.

***Sumber kewangan BAITUL ABRAR adalah melalui PERNIAGAAN seperti penganjuran program, kursus dan jualan amal produk keluaran BAITUL ABRAR. Orang ramai yang ingin membantu kami adalah dengan cara melakukan urusniaga sambil beramal dengan BAITUL ABRAR. Kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh hubungi BAITUL ABRAR melalui m.me/BaitulAbrarMalaysia (KLIK PADA LINK)

===================================

Untuk info terkini segala aktiviti BAITUL ABRAR
Like FB Page fb.me/baitulabrarmalaysia
Dan follow Telegram telegram.me/baitulabrarmalaysia

Address

Jalan Tasik Permaisuri 3, Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60391740401

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baitul Abrar Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Baitul Abrar Malaysia:

Featured

Share