PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAJU SEJAHTERA

Call Directions Contact the organization

PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAJU SEJAHTERA Sumbangan boleh disalurkan melalui:
No. Akaun: 12113010071315 (Bank Islam)

AYUH BERINFAK – RM1 SATU HARIDengan hanya RM1 sehari, kita mampu membantu meringankan beban dan menyokong pelbagai usaha...
03/04/2026

AYUH BERINFAK – RM1 SATU HARI

Dengan hanya RM1 sehari, kita mampu membantu meringankan beban dan menyokong pelbagai usaha kebajikan serta dakwah yang dijalankan oleh Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera.

Sumbangan anda akan digunakan bagi:

I) Membantu keperluan harian golongan asnaf

II) Menyokong kelas pengajian Parol

III) Menjayakan kempen dakwah

IV) Menyediakan kelas tambahan bagi golongan B40 dan M40

V) Menampung kos operasi dan sumber manusia

Setiap ringgit yang diinfakkan adalah tanda keprihatinan dan saham akhirat yang berpanjangan.

Salurkan sumbangan anda melalui:

No. Akaun: 12113010071315 (Bank Islam)
Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera
Rujukan: Infak

Ayuh bersama kita berkongsi rezeki, kecil pada nilai tetapi besar pada manfaat.

PKMS Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Kepada 16 Guru SRITI AnsorullahKUALA LUMPUR — Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera ha...
16/03/2026

PKMS Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Kepada 16 Guru SRITI Ansorullah

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera hari ini telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 16 orang guru dari SRITI Ansorullah Wangsa Maju sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik.

Program kebajikan tersebut dilaksanakan hasil kerjasama antara Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera bersama Yayasan NurRamlah serta beberapa syarikat korporat yang tampil memberikan sokongan bagi menjayakan inisiatif tersebut.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi PKMS, Hakim Al-Hashimi, kepada para guru sebagai penghargaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program tersebut.

“Bagi pihak PKMS, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, termasuk pihak korporat dan individu yang telah memberikan sumbangan melalui PKMS serta Yayasan NurRamlah bagi menjayakan program kebajikan ini,” katanya.

Menurut beliau, sokongan berterusan daripada para penyumbang amat penting dalam memastikan lebih banyak program kebajikan dapat dilaksanakan bagi membantu golongan yang memerlukan, termasuk para pendidik yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan.

Program tersebut diharap dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada para guru dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri di samping mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang pendidikan.

16 Guru PASTI Kg Padang Balang Terima Sumbangan AidilfitriKUALA LUMPUR, 12 Mac — Seramai 16 orang guru dari PASTI Kampun...
12/03/2026

16 Guru PASTI Kg Padang Balang Terima Sumbangan Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Seramai 16 orang guru dari PASTI Kampung Padang Balang menerima Sumbangan Aidilfitri dalam satu program kebajikan yang diadakan bagi menghargai jasa para pendidik yang mendidik generasi muda.

Program tersebut dilaksanakan hasil kerjasama antara Yayasan NurRamlah bersama beberapa syarikat korporat yang tampil menyumbang sebagai tanda sokongan kepada usaha kebajikan dan pendidikan masyarakat.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Beyhaqi Ramli kepada kesemua 16 guru yang berkhidmat di PASTI Kampung Padang Balang sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Hakim Al-Hashimi, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program tersebut.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang termasuk pihak korporat serta individu yang sentiasa menyokong inisiatif kebajikan yang dilaksanakan oleh pertubuhan berkenaan.

Menurut beliau, sokongan berterusan daripada para penyumbang amat penting dalam memastikan lebih banyak program kebajikan dapat dilaksanakan, khususnya bagi membantu golongan pendidik dan masyarakat yang memerlukan.

Program sumbangan Aidilfitri ini diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada para guru PASTI sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam mendidik dan membentuk sahsiah generasi muda di peringkat awal pendidikan.

PKMS Terima Sumbangan 40 Bakul Makanan Daripada Yayasan NurRamlahOleh : BCM KUALA LUMPUR, 03 Mac – Pertubuhan Kebajikan ...
03/03/2026

PKMS Terima Sumbangan 40 Bakul Makanan Daripada Yayasan NurRamlah

Oleh : BCM

KUALA LUMPUR, 03 Mac – Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS) hari ini menerima sumbangan sebanyak 40 bakul makanan daripada Yayasan NurRamlah bagi membantu golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan operasi pertubuhan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Yayasan NurRamlah, Ustaz Hasnil Abu Bakar, kepada Pengerusi PKMS, Hakim Al-Hashimi, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan keprihatinan.

Dalam ucapannya, Ustaz Hasnil Abu Bakar berkata bahawa sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen Yayasan NurRamlah untuk terus menyantuni masyarakat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

“Kami di Yayasan NurRamlah percaya bahawa tanggungjawab membantu golongan kurang berkemampuan adalah amanah bersama. Sumbangan 40 bakul makanan ini diharapkan dapat meringankan beban penerima serta memberi sedikit kelegaan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup masa kini.

"Kami juga merakamkan penghargaan kepada PKMS atas usaha berterusan mereka dalam mengenal pasti dan menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran secara tersusun dan berkesan.”

Beliau turut menyatakan hasrat agar kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat setempat.

Sementara itu, Pengerusi PKMS, Hakim Al-Hashimi, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan keprihatinan yang diberikan oleh Yayasan NurRamlah.

“Bagi pihak PKMS, kami amat berbesar hati dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan. Bantuan ini pastinya memberi impak besar kepada keluarga penerima yang sedang berhadapan dengan kekangan kewangan.

Kami komited untuk memastikan setiap bakul makanan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan.”

Beliau turut menegaskan bahawa PKMS akan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terbela.

Dalam pada itu, PKMS juga mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada orang ramai, syarikat korporat serta badan bukan kerajaan yang ingin bersama-sama menjayakan misi kebaji

Alhamdulillah semalam Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera dengan kerjasama UMMAH PRIHATIN telah melaksanakan program Eda...
28/02/2026

Alhamdulillah semalam Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera dengan kerjasama UMMAH PRIHATIN telah melaksanakan program Edaran Kasih Ramadan 2026 di Bazaria Wangsa Maju.

100 kotak air mineral dah 100 kotak kurma telah disampaikan kepada pengunjung Bazaria.

Terima kasih kepada penyumbang yang telah menginfakkan kewangan kepada Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera untuk program sepanjang ramadan tahun ini.

EDARAN SINGGAH SAHUR 2026Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS) bersama Pertubuhan Kebajikan Ummah Prihatin Selangor...
27/02/2026

EDARAN SINGGAH SAHUR 2026

Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS) bersama Pertubuhan Kebajikan Ummah Prihatin Selangor (Ummah Prihatin) akan menganjurkan program Edaran Singgah Sahur seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 28 Februari 2026 (Sabtu)
🕑 Masa: 2.30 pagi
📍 Tempat: Bazaria Wangsa Maju dan sekitarnya

Program ini bertujuan menyantuni peniaga dan pengunjung serta berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban dan membawa sinar kegembiraan kepada mereka yang disantuni.

Semoga setiap sumbangan dan penglibatan kita menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60124505561

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAJU SEJAHTERA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAJU SEJAHTERA:

Shortcuts

Sponsored

Share