23/09/2026
PROGRAM KASIH MERDEKA 2026
Alhamdulillah, Program Kasih Merdeka 2026 anjuran Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia (SIAP SIAGA) telah berjaya dilaksanakan melalui dua sesi penyerahan sumbangan bakul makanan pada 27 Ogos 2026 dan 14 September 2026.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mustapa Haji Othman, Pengerusi Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia, dan seramai 250 orang penerima telah menerima manfaat daripada program ini.
Program Kasih Merdeka 2026 dilaksanakan bersempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 sebagai tanda keprihatinan dan usaha bersama untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Sumbangan bakul makanan yang disampaikan bukan sekadar bantuan keperluan asas, malah menjadi simbol bahawa masih ada insan dan organisasi yang prihatin serta bersedia untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Semangat kemerdekaan bukan hanya tentang mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi turut diterjemahkan melalui rasa kepedulian, semangat saling membantu dan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat. Inilah nilai yang ingin disemai melalui Program Kasih Merdeka 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang dan rakan kerjasama yang telah hadir, memberikan sokongan serta sudi bersama-sama menjayakan program ini. Setiap sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga segala kebaikan, keprihatinan dan sumbangan yang dicurahkan menjadi amal jariah serta terus menyuburkan budaya berkongsi rezeki dan membantu sesama insan dalam masyarakat.