Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur

Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur Persatuan Kor Wanita Kota KL adalah persatuan yang menghimpun kaum wanita sekitar Kuala Lumpur agar bersatu-padu bagi meningkatkan taraf hidup di ibukota.

📍 **MESYUARAT PEGAWAI PERSATUAN KOR WANITA KOTA KUALA LUMPUR (KWK) BIL. 4/2026**📅 *Jumaat, 2 Julai 2026*🕥 *11.00 pagi*📌 ...
04/07/2026

📍 **MESYUARAT PEGAWAI PERSATUAN KOR WANITA KOTA KUALA LUMPUR (KWK) BIL. 4/2026**
📅 *Jumaat, 2 Julai 2026*
🕥 *11.00 pagi*
📌 *Bilik Mesyuarat, Kompleks Wanita Kuala Lumpur*

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan, bacaan doa, diikuti pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Agenda diteruskan dengan pembentangan laporan-laporan dan perancangan program kebajikan & pembangunan wanita yang akan dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2026.

TAQWIM KWK BAGI SUKU KETIGA TAHUN 2026
1) Ogos: Lawatan Seni Budaya & Kraftangan
2) November: Ceramah Perdana "Perjuangan Wanita Bandar"

Semoga KWK terus menjadi wadah perjuangan dalam memperkasakan kaum wanita di ibu kota. 💪🌸

✨ *Menyantuni Ummah, Menjejak Asnaf Dengan Penuh Amanah* ✨Pada 11 Mei 2026, Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur (KWK)...
11/05/2026

✨ *Menyantuni Ummah, Menjejak Asnaf Dengan Penuh Amanah* ✨

Pada 11 Mei 2026, Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur (KWK) telah menerima kehadiran *En. Muhammad Ishak bin Zulkifly*, Penyelaras Skuad Jejak Asnaf MAIWP daripada PAZA Cawangan Ibu Pejabat bagi menyampaikan *Taklimat Jejak Asnaf* kepada seramai 30 orang ahli KWK.

Program yang diselaraskan oleh *Biro Kebajikan KWK* ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan proses pengagihan zakat, kriteria pemilihan penerima asnaf serta kaedah pelaporan yang sistematik dan berintegriti.

Melalui taklimat ini, para ahli KWK akan terus berperanan sebagai *mata dan telinga MAIWP* dalam usaha menjejak golongan asnaf yang memerlukan bantuan, agar tiada insan tercicir daripada menerima hak sewajarnya.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh jaringan sukarelawan komuniti, malah membantu memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan secara lebih telus, berkesan dan sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

Terima kasih kepada pihak MAIWP atas perkongsian ilmu dan kerjasama strategik demi kebajikan ummah. Semoga usaha murni ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan buat masyarakat. 🤍








18.4.2026 Mesyuarat Agung Kwk kali ke 18 disempurnakan dengan baik. Semoga semua ahli berpuashati dengan laporan aktivit...
19/04/2026

18.4.2026 Mesyuarat Agung Kwk kali ke 18 disempurnakan dengan baik.

Semoga semua ahli berpuashati dengan laporan aktiviti dan pengurusan kewangan yang dibentangkan.

Diharap ahli² juga akan terus mengikuti program² yang telah dirancang demi kebaikan bersama.

19/04/2026

18.4.2026 Majlis Hari Raya KWK telah berlangsung dengan meriah.

Pelbagai juadah raya disediakan dan sesi karaoke turut memeriahkan majlis. Banyak bakat² baru timbul diselangseli dengan gelak tawa dan pelukan rindu sesama ahli.

Sokongan dan kehadiran Pengurus DBKL Titiwangsa dan kakitangan, rakan2 strategik dari NGO lain menceriakan lagi suasana. Semoga kerjasama baik ini akan berpanjangan.

Sambutan Aidilfitri KWK
19/04/2026

Sambutan Aidilfitri KWK

18/04/2026
07/03/2026

Semakan Tadarus oleh Pengerusi Biro Agama KWK

07/03/2026

Address

Jalan 3/76C, DESA PANDAN, KAMPUNG PANDAN
Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kor Wanita Kota Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share