19/08/2026
*LAPORAN RONDAAN SRS KRT PPR PERKASA*
π
Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
π Waktu Rondaan: 10.00 malam β 3.00 pagi
π Tempat Berkumpul: Bilik Gerakan KRT (Pondok)
Ketua Peronda
Mohamad Ameyrull Sakiman
Kekuatan Anggota
- Anggota SRS: 9 orang
- Anggota Polis: 5 orang
Senarai Kehadiran
1. Sjn 133119 Azley (Polis)
2. Kpl 179763 Aedy (Polis)
3. Kpl 182871 Jasmil (Polis)
4. L/Kpl 214152 Muhammad (Polis)
5. L/Kpl 229032 Irfan (Polis)
6. Halim
7. Ahmad Fuad
8. Sahibollah
9. Muhammad Amin
10. Abdul Hanif
11. Ahmad Zulhilmi
12. Wan Amirul Harith
13. Danial Bazli
14. Mohamad Ameyrull
Pada malam ini, *Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT PPR Perkasa* telah mengadakan rondaan bersama pihak *Polis Diraja Malaysia (PDRM)* bagi mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan PPR Perkasa.
Rondaan telah diketuai oleh En. Mohamad Ameyrull Sakiman selaku Ketua Peronda dan turut disertai oleh anggota PDRM serta ahli-ahli SRS KRT.
Hasil pemerhatian sepanjang rondaan adalah seperti berikut:
1. Rondaan telah dijalankan di sekitar *Blok A, Blok B, Blok C* serta kawasan persekitaran PPR Perkasa. Keadaan keseluruhan didapati *selamat, terkawal dan tiada sebarang kejadian yang mencurigakan.*
2. Tiada aktiviti remaja atau orang dewasa yang menunggang motosikal secara berbahaya atau membaiki motosikal dan kenderaan sehingga mengganggu ketenteraman awam.
3. Tiada aktiviti melepak di sekitar kawasan bawah blok.
4. Tiada kelihatan pasangan lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan di kawasan rondaan.
5. Pemeriksaan turut dijalankan bagi memastikan semua kenderaan diparkir dengan teratur serta tidak menghalang laluan kecemasan dan pengguna jalan raya.
Pihak KRT PPR Perkasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota SRS serta PDRM yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang rondaan dijalankan.
Semoga segala usaha dan pengorbanan dalam menjaga keselamatan komuniti mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Perpaduan Kuala Lumpur
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Wilayah Persekutuan