Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat Perubatan Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat Perubatan Malaysia Facebook rasmi ini menjadi medium maklumat, aktiviti dan jaringan sokongan bagi ahli serta masyarakat. none

PPM(P)M komited mengangkat nilai profesionalisme, integriti dan empati demi kesejahteraan pesakit, keluarga dan komuniti.

🎳🏆 KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA YAM PENAUNG TKPM 2026 🏆🎳Alhamdulillah, Kejohanan Tenpin Boling Piala YAM Penaung TKPM t...
03/10/2026

🎳🏆 KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA YAM PENAUNG TKPM 2026 🏆🎳

Alhamdulillah, Kejohanan Tenpin Boling Piala YAM Penaung TKPM telah berlangsung dengan meriah pada hari ini di Wangsa Bowl, Sunway Wangsa Mall.

Kejohanan ini turut mendapat limpah perkenan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, Penaung Diraja Tabung Kebajikan Pesakit Malaysia (TKPM).

Kehadiran YAM Penaung Diraja TKPM telah menambahkan lagi kemeriahan serta semangat kepada para peserta yang menyertai kejohanan ini. 🎳✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, urus setia, pihak penganjur, penaja serta semua yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan kejohanan ini.

Bukan sekadar pertandingan, tetapi medan mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuh kebersamaan dalam menjayakan misi kebajikan TKPM. 🤝❤️

🎳 Strike for Charity, Strike for TKPM!
🏆 Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!

*📢 HEBAHAN PENYERTAAN**🎳 PERTANDINGAN TENPIN BOLING PIALA YAM PENAUNG TKPM 2026*Assalamualaikum dan selamat sejahtera, J...
26/09/2026

*📢 HEBAHAN PENYERTAAN*
*🎳 PERTANDINGAN TENPIN BOLING PIALA YAM PENAUNG TKPM 2026*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Jom sertai Pertandingan Tenpin Boling Piala YAM Penaung TKPM 2026! Ayuh bersama-sama memeriahkan pertandingan dalam suasana santai, mengeratkan ukhuwah dan pada masa yang sama menyokong gaya hidup sihat.

📅 Tarikh: 03 Oktober 2026 | Sabtu
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Wangsa Bowl, Wangsa Walk
🎳 Permainan: 3 game / seorang
👥 Pasukan: 4 orang sepasukan
💳 Yuran: RM50.00 seorang (Terbuka kepada PSKP)
🏆 Kategori Kumpulan: Tempat Pertama – Ketiga
🏅 Kategori Individu: Tempat Pertama – Ketiga (Lelaki & Wanita)
👥 Penyertaan terhad kepada 40 orang sahaja
🎲 Kumpulan akan diundi secara rawak oleh pihak urusetia.
🗓️ Tarikh Tutup Penyertaan: 25 September 2026 | Jumaat

📍Daftar Pertandingan Tenpin Boling Piala YAM Penaung TKPM 2026 https://www.jotform.com/build/262590138135052

📍Peserta juga boleh imbas QR Code pada poster untuk membuat pendaftaran. Sila lengkapkan maklumat peserta dan muat naik bukti pembayaran semasa mendaftar.

📍Maklumat Bayaran:
PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA
CIMB BANK BERHAD
No. Akaun: 8001287654

☎️ Untuk pertanyaan: En. Mohd Hafizu – 013-4487144 | En. Mohd Asyraf – 012-5742566 | Pn. Isjariffa – 012-31111754

🎳 Jom Sertai Kami!

*Urusetia*
Pertandingan Boling Piala YAM Penaung TKPM
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia

24/08/2026
Persatuan mengucapkan tahniah dan syabas kepada team Sekretariat Persidangan PKSP Ke 29 Zon Timur yang telah berjaya men...
05/08/2026

Persatuan mengucapkan tahniah dan syabas kepada team Sekretariat Persidangan PKSP Ke 29 Zon Timur yang telah berjaya menganjurkan persidangan dengan lancar dan jayanya di bantu penggunaan kaedah AI. Moga bertemu di persidangan akan datang di Zon Tengah - Presiden PPPM(P)M

Hari Ketiga : Sesi Ceramah & Majlis Penutupan Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan ke 29 telah disempurnakan oleh ...
04/08/2026

Hari Ketiga : Sesi Ceramah & Majlis Penutupan Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan ke 29 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Dr Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia

03/08/2026

Majlis Perasmian Persidangan PKSP ke 29 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hari Kedua : Pembentangan Saintifik & Ceramah
03/08/2026

Hari Kedua : Pembentangan Saintifik & Ceramah

Sedang berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat Perubatan Malaysia ke 29
02/08/2026

Sedang berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat Perubatan Malaysia ke 29

Hari Pertama : Sedang berlangsung Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan ke-29 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelanta...
02/08/2026

Hari Pertama : Sedang berlangsung Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan ke-29 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh delegasi yang...
02/08/2026

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh delegasi yang menghadiri Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia Ke-29.

Semoga persidangan yang berlangsung pada 2–4 Ogos 2026 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan berjalan dengan lancar serta menjadi medan memperkukuh profesionalisme, mempererat ukhuwah dan memperkasakan perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Malaysia.

Selamat Bersidang kepada semua delegasi!

Address

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia 58-3, Blok H, Platinum Walk No. 2, Jalan Langkawi
Kuala Lumpur
53300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat Perubatan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat Perubatan Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share