11/05/2026
SANG PENDITA BAHASA
( Dedikasi buat Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan )
Di pentas budaya kau berbicara
Memugar warisan bangsa tercinta
Bersama pendita dan sasterawan
Menjaga bahasa sepanjang zaman
Nama budayawan terus mekar
Dalam puisi dan lembaran akar
Seperti Usman Awang bersuara jiwa
Dan A. Samad Said penuh makna
Semangat Abdul Ghafar Ibrahim berirama
Menyusun kata membela bangsa
Warisan ilmu takkan hilang
Selagi bahasa terus dijulang
Kau semai cinta pada ilmu
Pada budaya dan tamadun itu
Melayu indah kerana jiwa
Yang kau pupuk penuh setia
Kaulah Mahaguru sejati... luhur pekerti
Membina insan dengan hati
Terima kasih wahai pendita
Engkau abadi dalam jiwa
Wahai mahaguru dan budayawan
Kau tinggalkan obor perjuangan
Awang Sariyan namamu terpahat
Sejarah bangsa hebat
sentiasa tersemat