14/10/2026
SEBAM FUN WALK SATUKAN PENDUDUK SELBOH, MERUA DAN BUKIT CHUPAK DALAM PROGRAM RIADAH PENUH KEMESRAAN
PARIT - Program SEBAM FUN WALK merupakan acara riadah yang menggabungkan tiga buah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), iaitu Selboh, Merua dan Bukit Chupak. Program ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki bersama komuniti.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pusat Khidmat ADUN Belanja di bawah pimpinan YB Dato’ Khairudin Abu Hanipah. Kerjasama ini mencerminkan komitmen dalam menyokong penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang mampu menyatukan penduduk serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
Seramai kira-kira 400 orang peserta telah menyertai acara ini, sekali gus memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung. Setiap check point menyajikan laluan kampung yang menarik, ditambah p**a dengan pemandangan indah kawasan bendang sawah yang menghijau. Keunikan suasana desa ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para peserta, malah turut menyerlahkan keindahan alam semula jadi dan suasana kehidupan kampung.