Kelab Veteran Komando Malaysia WPKL

Call Directions Contact the organization

Kelab Veteran Komando Malaysia WPKL Laman ini rasmi hakmilik Kelab Veteran Komando Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

30/08/2026

🎙️ WAWANCARA BERSAMA SINAR FM

Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) telah diwakili oleh PW 2 (B) Haji Moxtar bin Yunus.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 1957 – 31 Ogos 2026Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Kepimpin...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 1957 – 31 Ogos 2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Kepimpinan Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) bersama seluruh ahli ingin mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa kita, memperkukuhkan perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air tercinta.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾



fans Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan) KELAB Veteran Komando PERAK Kelab Veteran Komando Malaysia Kelab Veteran Komando Malaysia (Zon Utara) KELAB PERSATUAN KOMANDO DAN BEKAS KOMANDO MALAYSIA Kelab Veteran Komando Malaysia - KVKM Terengganu Angkatan Tentera Malaysia X K TEN Consultancy JHEV ATM Malaysia komando KOMANDO MALAYSIA Kelab Veteran Komando Malaysia WPKL @

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026MAssalamualaikum WBT dan Salam Gerak Khas. 🇲🇾🫡Sempena Maul...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026M

Assalamualaikum WBT dan Salam Gerak Khas. 🇲🇾🫡

Sempena Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita menghayati kembali sirah dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi sifat mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Perbanyakkanlah selawat, suburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan eratkanlah ukhuwah sesama kita.

🤲 Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, ketenangan dan rahmat kepada kita semua, serta menghimpunkan kita bersama Rasulullah SAW di syurga-Nya.

fans Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan) Kelab Veteran Komando Malaysia KELAB PERSATUAN KOMANDO DAN BEKAS KOMANDO MALAYSIA Kelab Veteran Komando Malaysia (Zon Utara) KELAB Veteran Komando PERAK Kelab Veteran Komando Malaysia - KVKM Terengganu Angkatan Tentera Malaysia

Assalamualaikum WBT dan Salam Gerak Khas. 🇲🇾🫡Kami, seluruh Veteran Komando, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan...
22/08/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Gerak Khas. 🇲🇾🫡

Kami, seluruh Veteran Komando, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Panglima serta seluruh warga Rejimen Gerak Khas atas penghargaan dan ucapan yang disampaikan kepada kami sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-61.

Sesungguhnya, ucapan dan penghargaan daripada Panglima amat kami hargai. Ia menjadi satu penghormatan serta mengingatkan kami bahawa walaupun telah meninggalkan perkhidmatan, jiwa dan semangat Komando tetap kekal dalam diri.

Kami akan terus menjunjung nama, maruah dan legasi Gerak Khas serta memberikan sokongan kepada generasi yang sedang meneruskan perjuangan.

Sekali Komando, Tetap Komando. 🗡️🔥

Gerak Khas — Berani, Gagah, Setia. 🇲🇾🫡

Terima kasih Panglima.
KOMANDO! 💚🗡️🇲🇾

Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan) KELAB Veteran Komando PERAK Kelab Veteran Komando Malaysia Kelab Veteran Komando Malaysia (Zon Utara) KELAB PERSATUAN KOMANDO DAN BEKAS KOMANDO MALAYSIA Kelab Veteran Komando Malaysia - KVKM Terengganu Angkatan Tentera Malaysia JHEV ATM X K TEN Consultancy Malaysia komando Kelab Veteran Komando Malaysia WPKL

Ucapan TakziahSalam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian insan yang disayangi.Setinggi-tinggi penghargaan dan ...
13/08/2026

Ucapan Takziah

Salam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian insan yang disayangi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Memerintah 11 RGK, Kolonel Mohd Khairun Nadzar bin Abdul Kadir, serta seluruh anggota 11 RGK atas bantuan dan pengurusan dari Hospital Ampang hingga ke pengkebumian di Felda Semenchu, Johor.

Terima kasih juga kepada Presiden KVKM Md Shah, Mangku YDP KVKMWP En. Jamal bin Baharom, ahli KVKM serta bekas atlet sukan lasak Malaysia yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Semoga segala jasa dan bantuan yang diberikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Al-Fatihah. 🤲

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PEJUANG NEGARA 2026 KHOM MALAYSIAPada 5 Ogos 2026, Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) telah ...
05/08/2026

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PEJUANG NEGARA 2026 KHOM MALAYSIA

Pada 5 Ogos 2026, Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) telah menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Pejuang Negara 2026 KHOM Malaysia yang berlangsung di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah disempurnakan sebagai satu inisiatif bagi menghargai serta memperkasakan kebajikan para pejuang negara yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada Malaysia, melibatkan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta bekas atlet negara.

Turut hadir mewakili Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) ialah Presiden KVKM, En. Md Shah bin Yassin, sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dilaksanakan oleh KHOM Malaysia dalam memperkasa agenda kebajikan dan penghargaan kepada para pejuang negara.

Kelab Veteran Komando Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KHOM Malaysia atas penganjuran program ini dan berharap agar inisiatif seumpama ini terus diperkasakan demi kesejahteraan serta kebajikan seluruh warga pejuang negara.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM)

Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan) KELAB Veteran Komando PERAK Kelab Veteran Komando Malaysia Kelab Veteran Komando Malaysia (Zon Utara) KELAB PERSATUAN KOMANDO DAN BEKAS KOMANDO MALAYSIA Kelab Veteran Komando Malaysia - KVKM Terengganu Angkatan Tentera Malaysia JHEV ATM

Sekalung TahniahKelab Veteran Komando Malaysia (KVKM/KL) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Ismail Las...
02/08/2026

Sekalung Tahniah

Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM/KL) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kebijaksanaan dalam memimpin serta terus membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada Negeri Sembilan.

Ikhlas daripada:
Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) 🇲🇾

🇲🇾 SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026 🇲🇾Pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama mengenang keberanian, jasa ...
31/07/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026 🇲🇾

Pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama mengenang keberanian, jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan tanah air.

Semoga semangat patriotisme, keberanian serta pengorbanan mereka terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghargai nikmat keamanan yang kita kecapi dan menyemarakkan rasa cinta kepada negara.

“Jasamu Dikenang, Pengorbananmu Dijulang.”

Selamat Hari Pahlawan
31 Julai 2026

Ikhlas daripada
Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) 🇲🇾

“Hidup Berbakti”



KELAB PERSATUAN KOMANDO DAN BEKAS KOMANDO MALAYSIA KELAB Veteran Komando PERAK Kelab Veteran Komando Malaysia Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan) Kelab Veteran Komando Malaysia (Zon Utara) X K TEN Consultancy Kelab Veteran Komando Malaysia - KVKM TerengganuMalaysia komando JHEV ATM Angkatan Tentera Malaysia

AKTIVITI RASMI KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA (KVKM)25 Julai 2026Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Md Shah...
26/07/2026

AKTIVITI RASMI KELAB VETERAN KOMANDO MALAYSIA (KVKM)
25 Julai 2026

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Md Shah Yassin, bersama delegasi ahli KVKM Wilayah Persekutuan telah menghadiri program People Library: Behind the Mission – Untold Experiences from Our Veterans yang berlangsung di Taman Tugu, Kuala Lumpur.

Program berkenaan menghimpunkan tokoh-tokoh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai panel perkongsian pengalaman berkaitan penglibatan mereka dalam pelbagai misi serta operasi keselamatan negara.

Penyertaan KVKM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan persatuan dalam menghargai jasa dan pengorbanan para veteran, di samping menyokong inisiatif yang memupuk semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memelihara warisan perjuangan pasukan keselamatan negara untuk manfaat generasi masa hadapan.

“Berkhidmat, Berbakti dan Berjuang Demi Agama, Bangsa dan Negara.”

Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Kelab Veteran Komando Malaysia (Kelantan) X K TEN ConsultancyKELAB Veteran Komando PERAK Kelab Veteran Komando Malaysia (Zon Utara) Kelab Veteran Komando Malaysia KELAB PERSATUAN KOMANDO DAN BEKAS KOMANDO MALAYSIA Kelab Veteran Komando Malaysia WPKL

09/06/2026

KENYATAAN PERMOHONAN MAAF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan atas penerbitan poster ucapan berkaitan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah dikongsikan sebelum mendapat pengesahan rasmi sepenuhnya.

Pihak KVKM mengakui kekhilafan ini dan tiada sebarang niat untuk mendahului mana-mana pengumuman rasmi atau melanggar tatacara serta adat istiadat yang berkaitan.

Sebagai tanda hormat, poster tersebut telah ditarik balik serta-merta sementara menunggu maklumat dan pengesahan daripada pihak berautoriti.

KVKM akan lebih berhati-hati dalam setiap hebahan rasmi pada masa akan datang bagi memastikan ketepatan maklumat serta memelihara penghormatan terhadap Institusi Diraja.

Sekali lagi, pihak KVKM dengan penuh rendah hati memohon ampun dan maaf atas kekhilafan ini.

“Beret Hijau Tetap Setia”

Yang menjalankan amanah,
Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM)

Address

JKR 2544/16, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan
Kuala Lumpur
50480

Telephone

+60123166580

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Veteran Komando Malaysia WPKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Veteran Komando Malaysia WPKL:

Shortcuts

Sponsored

Share