11/01/2025
PROMOSI PENGAMBILAN ANGGOTA ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS AMANAT TAHUN BARU DATUK BANDAR PETALING JAYA TAHUN 2025
PETALING JAYA, 7 Jan 25 - 51 Kompeni Kor Ordnans Diraja (Askar Wataniah) (51 KOD (AW) ) telah terlibat secara langsung di dalam promosi pengambilan Anggota Askar Wataniah Tahun 2025 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertempat di Dewan Sivik MBPJ. 51KOD (AW) telah menayangkan video promosi sebagai tontonan dan membuka reruai bagi mengedarkan risalah serta membuka pendaftaran kepada para pengunjung di kalangan staf MBPJ.
Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya dan Kapten Rosmartini binti Abd Rahman, Pemangku Pegawai Pemerintah 51 KOD(AW)
Bagi yang berminat menyertai pasukan ini, anda boleh hadir secara ๐ค๐๐๐ ๐๐ di 51 KOD (AW), di Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, 50634, Kuala Lumpur.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Pegawai Tadbir Sukarela Kapt Noor Hasnida binti Mahussin di talian 0123687581 atau En Ahmad Faisal bin Mohamed Rayes di talian 0129135036.
Sekian, terima kasih.
โ๐ฉ๐ฌ๐น๐ฒ๐ฏ๐ฐ๐ซ๐ด๐จ๐ป ๐ผ๐ต๐ป๐ผ๐ฒ ๐ต๐ฌ๐ฎ๐จ๐น๐จ'
(AW)