29/08/2026
Bahang aksi malam tadi masih terasa! β½π₯
β
Bergegar padang Brainy Bunch Islamic Montessori Taman Melawati Sport Park dengan semangat kesukanan yang luar biasa. Walaupun perlawanan mula tepat jam 11 malam, tenaga dan stamina Generasi Belia kita kekal pada tahap maksimum.
β
Perlawanan malam tadi bukan sekadar merebut jaringan. Ini adalah inisiatif berterusan P3GDK bersama pasukan Budak Keramat FC untuk membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti setempat
β
Penghargaan dan terima kasih kepada pasukan lawan, IKEA FC dari cawangan IKEA Cheras kerana sudi menyahut cabaran untuk perlawanan persahabatan ini. Biarpun masing-masing sibuk dengan komitmen tugasan pada siang hari, ukhuwah sukan berjaya menyatukan kita semua di atas satu padang yang sama.
β
Tidak lupa juga sorakan padu dari penyokong sekitar Keramat luar dan penduduk setempat yang turun gelanggang memberi sokongan moral. Kehadiran anda membuktikan sukan adalah medium penyatuan komuniti yang paling ampuh.
β
Rekap Perlawanan:
βοΈ P3GDK + BUDAK KERAMAT FC VS IKEA FC
π
28 Ogos 2026 (Jumaat)
β° 11:00 Malam
ποΈ Brainy Bunch Sport Park
β
β
"Memacu kemajuan belia dan sukan secara holistik untuk memenuhi aspirasi negara." - KBSMalaysiaβ
β
β
β
: Siapa yang ada di padang malam tadi? Kongsikan gambar atau detik aksi terbaik yang anda saksikan di ruangan komen sekarang! Pasukan mana p**a yang patut kita jemput untuk perlawanan seterusnya? π