Ninja Society MC Malaysia

Directions

Ninja Society MC Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ninja Society MC Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), Kuala Lumpur.

🦠   | WASPADA INFLUENZA🀧 jangan ambil mudah Influenza.Influenza merupakan jangkitan virus yang menyerang saluran pernafa...
30/09/2026

🦠 | WASPADA INFLUENZA

🀧 jangan ambil mudah Influenza.Influenza merupakan jangkitan virus yang menyerang saluran pernafasan dan mudah merebak, terutamanya di tempat yang sesak.

Kenali tanda-tanda influenza seperti:
🌑️ Demam
🀧 Selesema, batuk dan sakit tekak
πŸ€• Sakit kepala dan badan
😴 Keletihan dan lesu
🫁 Dalam kes serius, boleh menyebabkan radang paru-paru.

⚠️ Golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung serta individu yang mempunyai penyakit kronik atau sistem imun yang lemah.

πŸ›‘οΈ Jaga diri, lindungi keluarga!
Amalkan langkah pencegahan dan sentiasa peka terhadap kesihatan diri serta orang sekeliling.

Kesihatan, Tanggungjawab Bersama.





DAULAT TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57KEBAWA...
29/09/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN MUHAMMAD V
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 29 September 2026, bersamaan 17 Rabiulakhir 1448H.

Patik sekalian dengan penuh takzim menjunjung kasih dan mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam limpahan rahmat, keampunan, kesejahteraan dan keberkatan Allah SWT.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, keafiatan dan kesejahteraan, serta terus dilindungi dan diberkati Allah SWT.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada :
Yang Di Pertua, Ahli Majlis Tertinggi serta seluruh keluarga besar
Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia
(Ninja Malaysia)





INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UNDengan penuh rasa dukacita dan hati yang hiba, Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi...
28/09/2026

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang hiba, Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Ayahanda serta seluruh ahli NINJA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Pemergian seorang tokoh wanita yang begitu besar jasanya kepada negara merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Ketokohan, jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dalam bidang perubatan, pendidikan, kesihatan, kebajikan serta kemasyarakatan akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah dan khazanah negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesalahannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat kehilangan yang amat besar ini.

Al-Fatihah.

PRESIDEN, BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN SELURUH AHLI NINJA MALAYSIA





𝑫𝑨𝑼𝑳𝑨𝑻 𝑻𝑼𝑨𝑡𝑲𝑼Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia ( Ninja Malaysia ) merafak sembah setinggi-tin...
27/09/2026

𝑫𝑨𝑼𝑳𝑨𝑻 𝑻𝑼𝑨𝑡𝑲𝑼

Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia ( Ninja Malaysia ) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (2001–2026).

Sesungguhnya 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menjadi lambang kepimpinan, kewibawaan dan keprihatinan dalam menaungi kesejahteraan serta kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia zaman, melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar terus memayungi negeri Selangor dengan penuh hikmah dan segala kebesarannya.

Ampun tuanku.

Sembah takzim daripada :

Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia ( Ninja Malaysia )

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHKepadaYANG AMAT MULIATUANKU DATO’ SERI NADZARUDDINIBNI ALMARHUM TUANKU ...
17/09/2026

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Kepada

YANG AMAT MULIA
TUANKU DATO’ SERI NADZARUDDIN
IBNI ALMARHUM TUANKU JA’AFAR

atas pemasyhuran sebagai

YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KE-12

Patik sekalian merafak sembah menjunjung kasih serta menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kebijaksanaan serta keberkatan yang berpanjangan kepada Tuanku dalam meneruskan legasi pemerintahan Negeri Sembilan Darul Khusus berlandaskan adat, syarak dan kedaulatan institusi diraja.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

Selamat Hari MalaysiaDi TANAH yang sama,kita hadir dengan WARNA yang BEDA.Tak perlu sama untuk BERSAMA,kerana akhirnya…M...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia

Di TANAH yang sama,

kita hadir dengan WARNA yang BEDA.

Tak perlu sama untuk BERSAMA,

kerana akhirnya…

Malaysia adalah cerita tentang KITA. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Hari Malaysia

16 September 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas diucapkan kepada CP Datuk Mohamad Zainal bin Abdullah atas pelantikan sebagai ...
16/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas diucapkan kepada CP Datuk Mohamad Zainal bin Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam memastikan aspek pengurusan, kebajikan warga pasukan serta kecemerlangan perkhidmatan PDRM terus diperkasakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Semoga CP Datuk Mohamad Zainal bin Abdullah terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga kepimpinan yang berintegriti, profesional dan berteraskan dedikasi terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Kami percaya dengan pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki, semoga perkhidmatan PDRM akan terus cemerlang, dihormati dan sentiasa dekat dengan masyarakat.

Sekali lagi, tahniah dan syabas atas pelantikan ini. Semoga terus sukses dalam menggalas amanah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (Ninja Society Malaysia), Ninja Society MC Malaysia dan CDA Ninja Society.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebag...
15/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam meneruskan usaha memperkukuhkan keselamatan serta ketenteraman awam demi kesejahteraan rakyat dan negara. Semoga dengan pengalaman, kepimpinan, ketegasan serta komitmen yang tinggi, YDH DIG Dato’ Sri terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (Ninja Society Malaysia) mendoakan agar YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan, diberikan kesihatan yang baik serta terus cemerlang dalam memimpin dan berbakti kepada negara.

Semoga terus teguh dalam amanah, cekal dalam perjuangan dan sentiasa menjadi inspirasi dalam menjaga keamanan serta keselamatan Malaysia.

Ikhlas daripada seluruh warga
Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (Ninja Society Malaysia). πŸ‡²πŸ‡Ύ

NinjaSociety

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”YDH Nik Muhammad Hazim Bin Nik Mohamed Hazmi, Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

YDH Nik Muhammad Hazim Bin Nik Mohamed Hazmi, Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (Ninja Malaysia), bersama Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan serta seluruh keluarga besar Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia (Ninja Malaysia) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 16 September menjadi lambang penyatuan, kebersamaan dan kekuatan rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera.

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati kepelbagaian serta berganding bahu memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Walau berbeza negeri, budaya dan latar belakang, kita tetap berdiri di bawah satu Jalur Gemilang dengan satu tekad β€” Malaysia yang bersatu, aman dan makmur.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ: πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πƒπˆππˆπŠπŒπ€π“πˆ






JARI PERLU 'BERAKHLAK'Adakah jari kita masih 'berakhlak' di alam maya? Di sebalik skrin, kata-kata dilontarkan tanpa waj...
15/09/2026

JARI PERLU 'BERAKHLAK'

Adakah jari kita masih 'berakhlak' di alam maya? Di sebalik skrin, kata-kata dilontarkan tanpa wajah, membangkitkan persoalan – adakah kita berkomunikasi dengan manusia atau hanya bayang-bayang digital? Dalam dunia di hujung jari, kejujuran dan keaslian semakin sukar dibezakan.

Di balik papan kekunci, ada yang berlindung, mencipta kekacauan dengan komen dan hantaran tanpa batas. Jari yang sepatutnya menjadi alat kebaikan kini seringkali menjadi senjata tajam yang mencalar emosi dan keharmonian. Akhlak, adab, semuanya seakan dilupakan.

Jadi, di mana letaknya nilai kita? Adakah jari-jari ini akan terus menari di atas papan kekunci tanpa memikirkan kesan?

Jangan biarkan jari anda menjadi punca kerosakan, sebaliknya jadikan ia alat kebaikan. Membuat hantaran yang menyakitkan hati atau jelik di media sosial adalah kesalahan berat yang boleh dihukum undang-undang.

Kesan Undang-Undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998: Anda boleh didakwa di bawah Seksyen 233 jika membuat hantaran bersifat palsu, provokasi, atau berniat menyakitkan hati.

Cara Mengelakkan Diri dari mendapat masalah:

1) Fikir dahulu sebelum kongsi apa-apa maklumat.

2) Jaga sensitiviti masyarakat.

3)Hormati privasi orang lain di internet.

Bersama juga kongsikan artikel ini kepada yang lain agar manfaatnya dapat disebarkan lebih luas lagi.





Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ninja Society MC Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share