Perkim Datuk Keramat Selangor

Perkim Datuk Keramat Selangor PERKIM CAWANGAN DATUK KERAMAT
No. Pendaftaran ( PPM/WKL 76/61-241 )
No Akaun PERKIM Caw. Datuk Keramat
CIMB: 8600320562

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pen

gurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian. PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian. Di peringkat bahagian p**a wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.

Usahawan Mualaf - Meeting bersama dengan syarikat coffee classic15 June 2022Satu meeting telah diadakan bagi mengembangk...
22/06/2022

Usahawan Mualaf - Meeting bersama dengan syarikat coffee classic
15 June 2022

Satu meeting telah diadakan bagi mengembangkan lagi cawangan untuk usahawan mualaf ke tahap yang lebih tinggi.

Peniagaan ini adalah bertujuuan untuk membantu para mualaf yang ingin merubah hidup meraka kepada yang lebih baik.

Diharapkan agar para mualaf ini dapat berdikari dan dapat membantu para mualaf yang lain pada masa kelak nanti.

"Kalau saya sedekah, apa yang saya dapat sebagai balasan?" Pasti ada di kalangan kita pernah terfikir apa yang kita akan...
17/06/2022

"Kalau saya sedekah, apa yang saya dapat sebagai balasan?"

Pasti ada di kalangan kita pernah terfikir apa yang kita akan dapat jika kita bersedekah.

Selain dapat menghapuskan dosa, sedekah dapat memberi banyak nikmat dan rezeki.

Tahukah anda bersedekah dapat memperbanyakkan rezeki kepada mereka yang bersedekah.

Bahkan bersedekah juga dapat menyembuhkan penyakit dan juga memperkuatkan keimanan kita.

Apa yang saya senaraikan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada faedah dan manfaatnya.

Jadi jika anda berpeluang bersedekah, bersedekahlah demi mendapat keajaiban dan juga manfaat sedekah.

Alhamdulillah kami dari Sedekah Muslim ada di sini untuk memberi peluang kepada anda untuk bersedekah dengan link ini https://perkimdatukkeramat.com/order/form/279

Majlis Bacaan Yaasin dan TahlilIn syaa Allah , kami ingin menjemput anda untuk turut serta bersama kami  membaca Yaasin ...
16/06/2022

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

In syaa Allah , kami ingin menjemput anda untuk turut serta bersama kami membaca Yaasin dan Tahlil mengikut ketetapan yang berikut:

๐Ÿ“Tarikh: 16 Jun 2022
๐Ÿ“Masa: 7.45-8.15 pm
๐Ÿ“Tempat: https://t.me/sedekahmuslim

Untuk itu jika anda berkelapangan, boleh la terus menekan link di atas dan kongsikan juga kepada semua kenalan.

Semoga dengan amalan kecil ini membawa rahmat dan keberkatan dalam hidup kita.

Jangan lupa ya malam ni!

Kelas Pertama Darul Fitrah di Kediaman Baharu7 Jun 2022Prakarsa PERKIM Cawangan Datuk Keramat dalam membentuk insan-insa...
15/06/2022

Kelas Pertama Darul Fitrah di Kediaman Baharu
7 Jun 2022

Prakarsa PERKIM Cawangan Datuk Keramat dalam membentuk insan-insan berilmu di kalangan para mualaf bermula dari tahun lepas. Bermulanya dari hanya idea dan cakap-cakap ringan, penambahan idea dan niat untuk memberikan pendidikan terbaik kepada para mualaf kini menjadi realiti yang indah setelah dapat berpindah ke kediaman yang lebih besar dan selesa.

Kelas tersebut mempunyai 13 orang pelajar, ditambah p**a dengan 2 pelajar baru dan disertai seorang lagi mualaf yang baru saja memeluk Islam pada minggu lepas menjadikan jumlah pelajar sekarang adalah seramai 16 orang di asrama Darul Fitrah. Gambar di bawah merupakan kelas subjek pengajian Iqra diajar oleh Ustaz Fadhlullah Ahmad.

Alhamdulillah, kami sangat gembira dengan kewujudan kelas ini yang mana memberikan pendidikan kepada golongan mualaf dan berharap agar kelas akan bertambah dengan pelajar baru pada masa akan datang, Insya-Allah.

"Lepas Maghrib selalunya tak ada buat apa pon"Haa, anda free la tu kan?Nak tak hari ni, kita isikan masa tu dengan amala...
09/06/2022

"Lepas Maghrib selalunya tak ada buat apa pon"

Haa, anda free la tu kan?

Nak tak hari ni, kita isikan masa tu dengan amalan yang lebih berfaedah?

Buat pengetahuan anda semua, setiap hari Khamis, jam 7:45 malam kami akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin secara live di Channel Telegram SedekahMuslim.com

Jadi, jomlah luangkan masa untuk lakukan amalan "simple" ini. Duduk rumah pun boleh tambah pahala juga tau ๐Ÿ˜

Cepat klik link ini untuk SUBSCRIBE dulu supaya tak terlepas pengisiannya nanti >> https://t.me/sedekahmuslim

Project usahawan mualafAlhamdulillah PERKIM Cawangan Datuk Keramat telah meeting bersama-sama dengan salah satu pengurus...
08/06/2022

Project usahawan mualaf

Alhamdulillah PERKIM Cawangan Datuk Keramat telah meeting bersama-sama dengan salah satu pengurus coffee classic Puan Rozi bagi terus menjayakan program usahawan mualaf.

Project ini bertujuan untuk membantu para mualaf yang dalam kesempitan/susah agar dapat menaik taraf hidup mereka kepada yang lebih baik.

Perkim Cawangan Datuk Keramat mengucap ribuan terima kasih atas sekongan anda.

Bantu kami, untuk kami bantu mereka!Siapa kat sini s**a bantu orang, atau s**a buat kebaikan?Tak kisahlah kebaikan tu ke...
03/06/2022

Bantu kami, untuk kami bantu mereka!

Siapa kat sini s**a bantu orang, atau s**a buat kebaikan?

Tak kisahlah kebaikan tu kecil atau besar, yang penting kita ada buat kebaikan yang dapat beri manfaat pada orang lain.

Orang kata nak buat kebaikan ni, tak perlu tunggu-tunggu. Sebab kita tak tahu kebaikan mana satu yang akan membawa kita ke syurga nanti.

Haa, apa kata kita rebut peluang Jumaat barakah ini untuk buat kebaikan dengan membantu mereka yang memerlukan.

Tak tahu nak bantu macam mana? Mari menyumbang di sini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://perkimdatukkeramat.com/order/form/279

BACAAN YASIN SECARA ONLINEAssalamualaikum dan selamat pagi!Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis bacaan Yasin pada:Ha...
02/06/2022

BACAAN YASIN SECARA ONLINE

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis bacaan Yasin pada:

Hari: Khamis
Tarikh: 2/6/2022
Masa: 7:45 - 8:15 PM

Jadi ayuh ramai-ramai luangkan masa untuk sertainya, di samping kita niatkan bacaan Yasin ini kepada seluruh ahli keluarga yang telah kembali kepada-Nya. Kami tunggu anda malam ni ye ๐Ÿ˜Š

Tekan link ini untuk join bersama ๐Ÿ‘‰ https://t.me/sedekahmuslim

Majlis Pengislaman Seorang Lelaki Berbangsa India(17 Mei 2022)Islam tidak memisahkan warna kulit, keturunan, bangsa, bah...
01/06/2022

Majlis Pengislaman Seorang Lelaki Berbangsa India
(17 Mei 2022)

Islam tidak memisahkan warna kulit, keturunan, bangsa, bahasa dan kedudukan. Islam tidak membezakan yang kaya dengan yang miskin, pangkat dan pingat, keluarga diraja mahupun keluarga biasa. Semuanya menjadi mulia dan diangkat darjatnya jika mereka mengucap syahadah dan lebih mulia darjatnya disisi Allah dengan taqwa.

Alhamdulillah, kami dikunjungi oleh seorang lelaki berbangsa India yang dibawa oleh rakan-rakan dakwah berbangsa Melayu. Beliau menyerahkan diri untuk mengucapkan kalimah agung syahadah di hadapan kami semua. Dengan ikhlas, tenang dan bahagia Muhammad melafazkan kalimah itu dan menjadi saudara kita semua.

Doa kami agar Allah mengekalkan Islam dan iman hingga ke akhir hayatnya dan sekaligus menjadi asbab untuk kami semua mendapat redha dan syurga FirdausNya kelak.

Ziarah Dakwah ke Penjara Sungai BulohKerjasama PERKIM Datuk Keramat / Bahagian Wilayah Persekutuan dan Daie Komuniti Yay...
25/05/2022

Ziarah Dakwah ke Penjara Sungai Buloh
Kerjasama PERKIM Datuk Keramat / Bahagian Wilayah Persekutuan dan Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM)
(18 Mei 2022)

Meluaskan rangkaian dakwah adalah misi dan objektif kami. Golongan mahasiswa di universiti, pesakit kronik di hospital, golongan kelainan upaya (OKU), kelompok maknyah, LGBT, remaja di jalanan, golongan gelandangan, atlit s**an, selebriti dan artis dalam industri hiburan, kini penghuni penjara p**a menjadi mad'u dan sasaran kami.

PERKIM Datuk Keramat dengan kerjasama PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan serta Daie Komuniti YADIM berjaya berkolaborasi menjayakan misi dakwah yang murni ini. 18 Mei 2022, jam 10.30 pagi kami tiba di pintu penjara melaporkan diri bersama 28 orang pendakwah yang ikhlas.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, seramai 100 orang penghuni penjara berjaya disantuni. Pelbagai kisah s**a duka menjadi iktibar dan pelajaran paling berharga, selain pengalaman mahal memasuki ruang penjara.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Program. Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz mewakili PERKIM Datuk Keramat dan WP serta YADIM mengucapkan syukur atas kesempatan pertemuan itu. Sempat beliau menitipkan nasihat agar kita sentiasa kembali kepada Allah yang Maha Penyayang dalam segenap kehidupan kita, kerana Allah satu-satunya tempat bergantung hidup. Beliau juga mengajak semua agar melihat segala perkara yang berlaku sebagai hikmah tersembunyi untuk kita renungi.

Ustaz Suridzal sebagai pentazkirah menyampaikan pesanan supaya menjadikan tembok penjara sebagai tempat pelajaran. Kerana sekolah, madrasah, universiti, amalan perbuatan kita seharian, rumah tangga, pejabat dan tempat kerja, semuanya adalah subjek serta modul pelajaran yang boleh diambil dalam kehidupan.

Program Halaqah bersama Daie Komuniti adalah kesempatan emas buat para daie untuk menyampaikan pesan dakwah selain mendapat perkongsian bermakna. Daripada 10 orang penghuni penjara dalam sebuah halaqah, kesemua mereka menceritakan seribu kisah berwarna-warni yang telah dicoret dalam kanvas kehidupan. Kisah mereka realiti yang sangat bernilai untuk kami muhasabahi dalam syukri dalam hidup.

In Sya Allah, dakwah di penjara akan diteruskan dengan izin Allah SWT di masa hadapan, dengan sokongan dan dukungan masyarakat di luar. Kerana insan di penjara adalah mereka yang terpilih oleh Allah menerima ujian maha besar dan berat untuk ditanggung oleh kita semua.

Gambar sekitar Majlis Pengislaman Muhammad Hamzah(16 Mei 2022)Gambar-gambar ini menjadi saksi hidup dan juga bukti pengi...
18/05/2022

Gambar sekitar Majlis Pengislaman Muhammad Hamzah
(16 Mei 2022)

Gambar-gambar ini menjadi saksi hidup dan juga bukti pengislaman seorang hamba Allah SWT. Muhammad Hamzah memilih Islam setelah hampir seabad usia beliau berkelana mencari agama.

Ternyata Islam adalah penyelesaiannya. Islam juga adalah penyelamat manusia daripada azab dan seksaan Allah dunia dan hari akhirat. Syukur kepada Allah, memilih insan bertuah ini untuk bertuhankan Allah SWT dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita semua ada saham mendapat rahmat, redha dan kemapunan dosa oleh Allah SWT.

Detikan Syahadah: Rahmat dan Hidayah di Akhir RamadanBangunan PERKIM(29 April 2022)Kami ingin panjatkan rasa syukur seti...
11/05/2022

Detikan Syahadah: Rahmat dan Hidayah di Akhir Ramadan
Bangunan PERKIM
(29 April 2022)

Kami ingin panjatkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Penyayang di atas anugerah Taufik dan Hidayah kepada seorang lelaki yang memeluk Islam pada minggu akhir Ramadan yang lepas.

Beliau hadir bersama dengan sepupunya yang sudah memeluk Islam setahun yang lalu. Saudara Kamaruddin memilih Islam sebagai jalan p**ang, setelah puas mengharungi kehidupan tanpa Tuhan.

Syukur Alhamdulillah, Allah SWT memilih insan terbaik-Nya untuk mengucapkan kalimah tauhid pada hari tersebut. Dengan sekali lafaz syahadah, beliau sudah tenang, bahagia dan gembira.

Address

Kuala Lumpur
54000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkim Datuk Keramat Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share