Kelab MIDA-Nita

Kelab MIDA-Nita Welcome to Kelab MIDA-Nita Official Page! CHARISMATIC • COURAGEOUS • COMPASSIONATE

✨Terima kasih kepada semua warga MIDA yang telah hadir memeriahkan Program Bicarawara bersama TVET MARA "Sijil vs Kemahi...
01/08/2026



Terima kasih kepada semua warga MIDA yang telah hadir memeriahkan Program Bicarawara bersama TVET MARA "Sijil vs Kemahiran? Panduan Ibu Bapa Membantu Anak Membina Laluan Kerjaya" pada 24 Julai 2026 di Dewan Bankuasi, MIDA.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Puan Nurul Azimah Mohd Ani, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Usahawan GIATMARA, atas perkongsian yang penuh inspirasi dan membuka perspektif tentang laluan pendidikan serta kerjaya berasaskan kemahiran.

Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi panduan ibu bapa dalam membantu anak-anak merancang masa depan yang terbaik.

✨Pada 11 Jun 2026, ahli-ahli telah berpeluang mengikuti lawatan ke Penjara Wanita Kajang bagi mendapatkan pendedahan dan...
12/06/2026



Pada 11 Jun 2026, ahli-ahli telah berpeluang mengikuti lawatan ke Penjara Wanita Kajang bagi mendapatkan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai sistem pemulihan serta pengurusan institusi penjara di Malaysia.

Lawatan ini bukan sahaja membuka mata peserta terhadap cabaran yang dihadapi oleh penghuni penjara, malah memberi inspirasi tentang pentingnya peluang kedua, pembangunan diri dan sokongan masyarakat dalam proses pemulihan.

Terima kasih kepada pihak Penjara Wanita Kajang atas kesudian menerima kunjungan kami serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna.

COMING SOON🗨️ Something meaningful is coming!Kami bakal mengadakan lawatan ke Penjara Wanita Kajang pada 11 Jun 2026. Sa...
10/06/2026

COMING SOON

🗨️ Something meaningful is coming!

Kami bakal mengadakan lawatan ke Penjara Wanita Kajang pada 11 Jun 2026. Satu peluang untuk kami menimba ilmu, membuka minda dan melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Nantikan perkongsian kami nanti ✨

✨The Journey of Flavor Ajinomoto Cooking Class Experience 7 Mei 2026Terima kasih kepada pihak Ajinomoto Malaysia (En Nor...
08/05/2026


The Journey of Flavor
Ajinomoto Cooking Class Experience
7 Mei 2026

Terima kasih kepada pihak Ajinomoto Malaysia (En Norazmi Mohamad) atas kesudian menerima kehadiran delegasi Kelab MIDA-Nita semalam. Penglibatan aktif peserta sepanjang sesi kelas memasak bersama Cef Arif yang juga tidak lokek berkongsi 𝙩𝙞𝙥𝙨 𝙖𝙣𝙙 𝙩𝙧𝙞𝙘𝙠 dalam penyediaan makanan yang baik dan sihat menjadikan program ini lebih interaktif dan menyeronokkan. Ahli-ahli tidak melepaskan peluang untuk berbelanja di Aji Mart yang menawarkan harga yang istimewa 🤩

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

COMING SOONThe Journey of Flavor Ajinomoto Cooking Class Experience 7 May 2026Something delicious is on the way! 🧑🏻‍🍳🍜✨G...
30/04/2026

COMING SOON

The Journey of Flavor
Ajinomoto Cooking Class Experience
7 May 2026

Something delicious is on the way! 🧑🏻‍🍳🍜✨
Get ready to learn, laugh, and cook together in our upcoming cooking class experience.
Stay tuned - the fun is about to begin!

10/04/2026

✨ 𝑺𝒐𝒎𝒆𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒆𝒙𝒄𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒊𝒔 𝒄𝒐𝒎𝒊𝒏𝒈 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒘𝒂𝒚! ✨

We’re gearing up for an exciting lineup of programmes, filled with fun, learning, and unforgettable experiences 🎉

From a dreamy Japan autumn escape 🍁, to an exclusive Ajinomoto cooking class 👩🏻‍🍳, and even a unique visit to Kajang Prison—there’s something for everyone.

Don't miss out! Be part of the MIDA-Nita community and enjoy access to specially curated experiences designed just for you.

Join us today and be among the first to experience it all. Trust us, you won’t want to miss this 😉

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh ahli Kelab MIDA-Nita 🌙✨Semoga Syawal ini membawa kebahag...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh ahli Kelab MIDA-Nita 🌙✨

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua.

Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman 💛
Berhati-hati di jalan raya, semoga perjalanan dipermudahkan. 💐❤️

13/03/2026

✨ Ceramah Wanita & Ramadan

Alhamdulillah, pada 11 Mac yang lalu telah berlangsung ceramah bertajuk "Peranan dalam Mencipta Jalan ke Syurga" di Dewan Perdana, MIDA anjuran oleh Kelab MIDA-Nita dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Program ini telah disampaikan oleh YBrs. Ustazah Yuhaniz Mohd Yusop dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pengisian rohani sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Wanita Sedunia.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong penganjuran program ini. Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat dan menjadi asbab kita semua melangkah menuju syurga.

✨ Program Asas Pengurusan Jenazah | 6 MacAlhamdulillah, program Asas Pengurusan Jenazah dan demonstrasi telah berlangsun...
09/03/2026

✨ Program Asas Pengurusan Jenazah | 6 Mac

Alhamdulillah, program Asas Pengurusan Jenazah dan demonstrasi telah berlangsung dengan jayanya oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Ustazah Nur Amalina dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Turut hadir YBhg. Datin Norazlina Ramdzan (Penasihat MIDA-Nita) serta Pengurusan MIDA iaitu Pn. Zalina Zainol, Pn. Zuaida Abdullah & Pn. Surayu Susah dan ahli-ahli bagi menimba ilmu fardhu kifayah yang sangat penting ini.

Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan dapat diamalkan apabila diperlukan.

Assalamualaikum & salam sejahtera,Selamat menunaikan ibadah puasa kepada ahli MIDA-Nita yang beragama Islam.Semoga Ramad...
17/02/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada ahli MIDA-Nita yang beragama Islam.
Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan, ketenangan hati, dan diterima segala amal ibadah kita. 🤲🏻

Doa Menyambut Bulan Ramadhan:
Ya Allah, sejahterakanlah kepada kami menghadapi Ramadhan,
Berikanlah kesejahteraan Ramadhan untuk kami,
Dan terimalah ibadah Ramadhan daripada kami (dengan sebenar-benar penerimaan). 🤲🏻📿

Address

KL Sentral
Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60322673633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab MIDA-Nita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab MIDA-Nita:

Shortcuts

Featured

Share