Friends of Bukit Dinding

Directions Website Contact the organization

Friends of Bukit Dinding FoBD is a community-led registered organization dedicated to SAVE BUKIT DINDING.

16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Apa beza Hari Merdeka & Hari Malaysia?

31 Ogos โ€” Tanah Melayu merdeka.
16 September โ€” Malaysia dibentuk.

Satu meraikan kemerdekaan.
Satu lagi meraikan pembentukan Malaysia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia!


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Apa beza Hari Merdeka & Hari Malaysia?31 Ogos โ€” Tanah Melayu merdeka.16 September โ€” Malaysia dibentuk.Satu meraikan k...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Apa beza Hari Merdeka & Hari Malaysia?

31 Ogos โ€” Tanah Melayu merdeka.
16 September โ€” Malaysia dibentuk.

Satu meraikan kemerdekaan.
Satu lagi meraikan pembentukan Malaysia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia!


๐ŸŒฟ CHECKPOINTSApa benda CP1 & CP2 ni? ๐Ÿ‘€Checkpoint dalam hutan ni jadi titik rujukan sepanjang laluan. Senang nak tahu kit...
11/09/2026

๐ŸŒฟ CHECKPOINTS
Apa benda CP1 & CP2 ni? ๐Ÿ‘€

Checkpoint dalam hutan ni jadi titik rujukan sepanjang laluan. Senang nak tahu kita kat mana, nak meet up, atau kalau ada emergency.

Yang regular mungkin dah tahu; laluan tarmac Bukit Dinding memang ada 2 checkpoint sebelum sampai ke puncak. Hari ni kita tambah papan tanda baru supaya lebih jelas. ๐ŸŒฟ

So lepas ni kalau member tanya:

โ€œKau kat mana?โ€
โ€œCP1 bro ๐ŸŒฟโ€
โ€œLambat ah. Aku dah CP2 ๐Ÿ˜Žโ€

Ps. Terima kasih untuk semua yg pernah menderma untuk trail maintenance ๐Ÿ™


๐Ÿšจ KL AIR POLLUTION INDEX (API) 176 = SANGAT TAK SIHAT. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จHiking, trail running, riadah luar - tangguh dulu. Bukit Dindi...
07/09/2026

๐Ÿšจ KL AIR POLLUTION INDEX (API) 176 = SANGAT TAK SIHAT. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Hiking, trail running, riadah luar - tangguh dulu. Bukit Dinding boleh tunggu.

Tak pasal-pasal dah lebih seminggu kita hirup asap daripada kebakaran hutan di Kalimantan. Memang geram, tapi dilarang marah. ๐Ÿ˜ท

El Niรฑo memang bagi hutan kering kontang, tapi takkan terbakar sendiri kalau tak ada tangan jahat yang trigger.

Ingat tak tahun 2019 dulu? Beberapa syarikat besar dari Malaysia pernah kantoi terlibat ngan konsesi ladang dorang kat sana? Sekarang p**a Indonesia tengah siasat 19 syarikat, cuma nama belum release lagi.

Jadiโ€ฆ tahun ni Malaysia terlibat lagi ke? ๐Ÿ‘€

Bila dah ada pattern dari sejarah lepas, memang wajarlah untuk kita bertanya dan follow ketat2.

Sambil berdoa hujan cepat turun ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒง๏ธ



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSelamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!Hari ini kita meraikan sebuah negara yang kita ci...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

Hari ini kita meraikan sebuah negara yang kita cintai, iaitu tanah air yang kaya dengan sejarah, budaya dan, yang tidak ternilai, khazanah alam semula jadi yang menjadi warisan kita bersama.

Di Friends of Bukit Dinding (FoBD), kami percaya bahawa mencintai Malaysia bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga menjaga bumi tempat kita berpijak.

Hari Merdeka adalah untuk meraikan kebebasan dan masa untuk kita merenung: Apakah makna patriotisme hari ini? Dan apakah yang akan kita wariskan kepada generasi selepas kita? Kerana tanah air bukan sekadar sempadan di atas peta. Ia ialah ruang yang membentuk sebuah bangsa ; sejarah, budaya, alam, ingatan kolektif dan harapan bersama untuk masa depan.

Ayuh kita terus mencintai Malaysia dengan cara kita sendiri, jaga alam, hargai hutan, hormati hidupan liar dan kekalkan Bukit Dinding hijau untuk selamanya. Bukit Dinding mungkin hanya satu bonggol kecil dalam landskap negara. Namun nilainya kepada kesejahteraan penduduk ibukota tidak kecil. Ini sejarah kita. Ini warisan kita. Ini Malaysia kita.

Ikhlas Daripada,

seluruh warga Friends of Bukit Dinding (FoBD)

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan!


LAPORAN KEBANGSAAN KE-7 (7NR) KEPADA KONVENSYEN KEPELBAGAIAN BIOLOGI (C*D) ๐ŸŒฟ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พLaporan apa benda?Ceritanya, ini ialah lap...
26/08/2026

LAPORAN KEBANGSAAN KE-7 (7NR) KEPADA KONVENSYEN KEPELBAGAIAN BIOLOGI (C*D) ๐ŸŒฟ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Laporan apa benda?

Ceritanya, ini ialah laporan rasmi Malaysia kepada Convention on Biological Diversity (C*D) tentang status biodiversiti negara; apa yang dah dibuat, pencapaian, cabaran dan usaha pemuliharaan yang sedang dijalankan.

Laporan ini juga melihat sejauh mana Malaysia bergerak ke arah sasaran biodiversiti global di bawah Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework.

Jadi bila FoBD dan Bukit Dinding disebut dalam dokumen ini, sebanyak 5 kali ๐Ÿ‘€๐ŸŒณ. Maknanya isu yang kita bawa dari peringkat akar umbi dah sampai ke perbincangan biodiversiti di peringkat nasional.

Secara ringkas, FoBD telah memberi maklumbalas & mencadangkan supaya laporan ini:

๐ŸŒณ Mengiktiraf hutan sekunder bandar seperti Bukit Dinding sebagai aset biodiversiti negara.

๐Ÿค Mengiktiraf peranan komuniti sebagai sebahagian daripada mekanisme pemuliharaan yang berkesan.

๐Ÿ›๏ธ Mengakui jurang tadbir urus dan penguatkuasaan sebagai cabaran yang boleh menjejaskan ekologi dan biodiversiti bandar.

Yang pasti, apa yang berlaku di lapangan perlu diambil kira dalam dasar.

Sejuk hati juga bila suara komuniti sekali-sekala sampai ke peringkat nasional. ๐Ÿฅน๐ŸŒฟ Turut disebut geng2 seperjuangan hutan bandar : Friends Of Bukit Kiara, Shah Alam Community Forest (SACF), Free Tree Society Kuala Lumpur& Alliance Of River Three

Terima kasih Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kerana membuka ruang untuk suara dan pengalaman komuniti dibawa masuk dalam proses ini.

Small forest, big conversation. ๐ŸŒณ
We are not going away. We level up. โ˜๏ธโœจ

Pautan ke laporan: https://www.mybis.gov.my/pb/7365



21/08/2026

Hikers found this little guy injured on the trail. Pull through, little buddy. ๐Ÿ™๐Ÿฆ‰

20/08/2026

Address

Setiawangsa & Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends of Bukit Dinding posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Friends of Bukit Dinding:

Shortcuts

Sponsored

Share