Olahraga Malaysia / Malaysia Athletics

Olahraga Malaysia / Malaysia Athletics Olahraga Malaysia (MA)
(2)

Tamat sudah aksi hari pertama buat Team Malaysia di Hong Kong yang diketuai oleh Coach Hisham Mustaza Ibrahim. Esok, per...
13/06/2026

Tamat sudah aksi hari pertama buat Team Malaysia di Hong Kong yang diketuai oleh Coach Hisham Mustaza Ibrahim.

Esok, perjuangan diteruskan dengan wakil tunggal negara, Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar yang bakal beraksi dalam acara 200m lelaki yang dijadualkan jam 9.15 pagi.

Semoga Aiman diberikan kekuatan, keyakinan dan kelancaran untuk mencatatkan prestasi terbaik. Teruskan berjuang dan bawa semangat Malaysia ke garisan penamat. Ayuh Malaysia!

13/06/2026

Tahniah Kuartet 4x100m Wanita Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ₯‡

Pingat emas buat Malaysia menerusi kuartet Azreen Nabila, Izzatul Musfirah, Nurul Wardatul Huwaida dan Nur Aishah Rofina yang mencatat masa 45.63 saat dalam acara 4x100m wanita akhir di The ICTSI Philippines Athletics Open 2026.

Lebih membanggakan, ini merupakan kali pertama gandingan ini beraksi bersama serta kejohanan pertama mereka bagi musim 2026. Namun, mereka berjaya membuktikan keserasian, semangat berpasukan dan potensi besar yang dimiliki dengan menghadiahkan pingat emas buat negara.

Tahniah kepada semua atlet dan barisan jurulatih atas kejayaan yang cukup bermakna ini. Semoga terus konsisten dan melakar lebih banyak kejayaan untuk Malaysia pada kejohanan-kejohanan akan datang.

13/06/2026

Hong Kong Athletics Open 2026

Jadual pertandingan yang padat langsung tidak menghalang Shereen Samson Vallabouy untuk mempamerkan prestasi terbaiknya.

Jika dalam saingan separuh akhir 100m wanita, Shereen mencatat masa 12.00 saat, beliau bangkit dengan aksi lebih bertenaga di pentas final apabila mencatat masa 11.78 saat.

Lebih mengagumkan, catatan tersebut hadir selepas Shereen mengharungi beberapa perlumbaan dalam tempoh yang singkat sepanjang kejohanan ini.

Ia membuktikan tahap kecergasan, ketahanan fizikal dan mental yang tinggi dimiliki Shereen untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Luar biasa, Shereen!

13/06/2026

Hong Kong Athletics Open 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Inilah bukti kesungguhan dan komitmen seorang atlet yang sentiasa meletakkan negara di hadapan.

Tidak sampai sejam selepas beraksi dalam saingan separuh akhir 100m wanita, Shereen Samson Vallabouy sekali lagi turun ke trek dan berjaya menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam acara 200m wanita dengan catatan masa 24.24s

Tanpa banyak masa untuk berehat, Shereen bakal kembali beraksi dalam acara 100m wanita akhir kurang daripada 20 minit dari sekarang.

Dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan, Shereen terus membuktikan semangat juang, disiplin dan komitmennya demi mengibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa.

13/06/2026

Hong Kong Athletics Open 2026

Pingat emas buat Malaysia dari bumi Hong Kong apabila Umar Osman muncul juara acara 400m lelaki dengan catatan masa 45.97 saat.

Sementara itu, Muhammad Aiman Najmi menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan masa 48.30 saat.

Tahniah kepada Umar atas prestasi cemerlang yang dipamerkan selepas kejohanan di Taiwan minggu lalu. Buat Aiman Najmi, teruskan bekerja keras dalam latihan dan jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk tampil lebih kuat pada Malaysia Open nanti.

13/06/2026

Hong Kong Athletics Open 2026

Shereen Samson Vallabouy berjaya melangkah ke final acara 100m wanita selepas mencatat masa 12.00s dalam Separuh Akhir 2. Aksi final dijadualkan berlangsung pada jam 7.20 petang.

13/06/2026

Meremang setiap kali nama Azeem Fahmi disebut oleh pengulas. Walaupun Auburn University tidak berjaya mempertahankan kejuaraan selepas insiden pertukaran baton, aksi Azeem sekali lagi membuktikan bahawa anak Malaysia mampu bersaing di pentas tertinggi.

13/06/2026

Dalam sukan, ada kalanya kemenangan sudah hampir dalam genggaman, namun jika bukan rezeki yang tertulis, ia tidak akan menjadi milik kita. Kesilapan kecil ketika pertukaran baton telah memadamkan peluang Auburn University untuk mempertahankan kejuaraan.

Walau bagaimanapun, pencapaian Azeem sepanjang musim ini tetap membanggakan rakyat Malaysia. Beliau telah mempamerkan prestasi cemerlang di pentas NCAA dan terus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Kini, Azeem Fahmi dijadualkan pulang ke tanah air bagi menghadapi Malaysia Open Athletics Championship 2026 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun. Selamat kembali dan semoga terus melakar kejayaan buat Malaysia.

Credit Video : Travis Miller

Jadual dan Startlist Atlet Malaysia di Hong Kong Athletics Open 2026 | 13 Jun 20261. Separuh Akhir 100m WanitaπŸ•“ 4.45 pet...
13/06/2026

Jadual dan Startlist Atlet Malaysia di Hong Kong Athletics Open 2026 | 13 Jun 2026

1. Separuh Akhir 100m Wanita
πŸ•“ 4.45 petang
β€’ Shereen Samson Vallabouy

2. Final 400m Lelaki
πŸ•” 5.05 petang
β€’ Umar Osman
β€’ Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar

3. Final 200m Wanita
πŸ•  5.25 petang
β€’ Shereen Samson Vallabouy

Selamat maju jaya kepada semua atlet negara. Semoga berjaya mencatat keputusan terbaik dan mengharumkan nama Malaysia di Hong Kong Athletics Open 2026.

12/06/2026

Tahniah kepada Alia Batrisyia Nasaruddin yang berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia selepas mencatat lompatan sejauh 5.76m dalam acara lompat jauh wanita di The ICTSI Philippines Athletics Open 2026.

Syabas dan teruskan perjuangan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa!

Address

Malaysia Athletics Federation (MAF)/Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Suite 2. 8, 2nd Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat
Kuala Lumpur
50150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60320222634

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Olahraga Malaysia / Malaysia Athletics posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Olahraga Malaysia / Malaysia Athletics:

Featured

Share