28/07/2026
๐ฃ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐๐ผ๐ป๐๐ฒ๐ป๐๐๐ฒ๐ป ๐ช๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ณ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ต ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ (๐๐ช๐๐) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐๐ด๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ช๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ณ ๐จ๐บ๐บ๐ฎ๐ต
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2026 โ Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) telah menghadiri Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026 yang menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh peranan wakaf sebagai pemacu pembangunan dakwah, pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan ummah.
Konvensyen anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan.
Konvensyen turut menampilkan forum dan sesi perkongsian ilmu oleh tokoh-tokoh wakaf dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Timor-Leste yang membincangkan amalan terbaik, tadbir urus serta model kelestarian institusi wakaf dalam memperkasakan pembangunan ummah.
Antara pengisian utama ialah forum antarabangsa bertemakan โWakaf Global untuk Dakwah: Amalan Terbaik dan Model Kelestarianโ yang menampilkan Presiden Malaysia Relief Agency (MRA), Datoโ Dr. Abdul Razak Kecik, yang juga merupakan Naib Presiden PEYATIM Zon Timur, sebagai salah seorang ahli panel yang berkongsi pandangan mengenai peranan strategik wakaf dalam pembangunan ummah.
Konvensyen turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PERKIM dan beberapa rakan strategik termasuk PEYATIM, yang diwakili oleh Datoโ Haji Bedolah bin Botok, Setiausaha Agung PEYATIM. Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh ekosistem wakaf serta memperluaskan manfaatnya kepada masyarakat.
Sesi pembentangan juga turut disertai oleh Datuk Dr. Haji Mazlan Ahmad, Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM menerusi pembentangan bertajuk โMembentuk Semula Wakaf: Keberkatan, Tadbir Urus dan Kelestarian Pembangunan Ummahโ yang menekankan kepentingan tadbir urus yang berintegriti serta inovasi dalam memperkasakan institusi wakaf.
Konvensyen ini turut dihadiri oleh YM Prof. Datoโ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM, bersama barisan pegawai PEYATIM dan YAWATIM serta Kolej Teknologi Bestari Caw. Ampang. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
PEYATIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM Kebangsaan atas kejayaan menganjurkan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026. Terima kasih juga atas jemputan yang diberikan kepada PEYATIM untuk turut serta dalam konvensyen berprestij ini. Semoga jalinan kerjasama strategik yang terjalin akan terus diperkukuhkan dalam usaha memperkasakan institusi wakaf serta membawa manfaat yang lebih besar kepada pembangunan ummah.