13/07/2026
PROGRAM CASHLESS SOCIETY
Alhamdulillah, Program Cashless Society yang telah berlangsung pada 12 Julai 2026 (Ahad) di NADI PPR Taman Beringin telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) yang lebih mudah, selamat dan efisien dalam urusan harian.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, agensi yang terlibat serta rakan-rakan sekerja yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang program berlangsung.