12/10/2026
🎉🎉 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 - 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗦 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗖𝗙 𝗦𝗨𝗞𝗨 𝗞𝗘-𝟯 (𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶-𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲)
Assalamualaikum wrt wbt 🌸
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.
📖 *Allah berfirman:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”
(Surah Fussilat: 33)
💬 *Nabi ﷺ bersabda
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia."
(HR. Ahmad)
Dua pesanan ini menjadi inspirasi buat kita semua bahawa setiap usaha dalam dakwah, walau sekecil mana sekalipun, tetap bernilai besar di sisi Allah SWT. 🌟
Dengan itu, kami dengan penuh sukacita mengumumkan *pemenang Anugerah Aktivis Cemerlang HCF Suku Ke-3 (Julai-September 2026)*:
🏆 *Kategori Rakan Hidayah (RH) Terbaik*
1. *Tn Hj Hisham Ahmad* (RH Melaka Tengah)
2. *Pn Syatirah Annujma Ismail* (RH Kuching)
3. *Cikgu Norliza Mufti* (RH Ampang Jaya)
🏆 *Kategori Da'ie Terbaik*
1. *Dr Adam Wong* (RH Melaka Tengah)
2. *Pn Mazrina Mokhtar* (RH Ampang Jaya)
3. *Pn Nur Syafiqa Wazien* (RH Kedah Utara)
🏆 *Kategori Mualaf Terbaik*
1. *Pn Rufiah Moguping* (RH Kota Kinabalu)
2. *Pn Kenny Khawla* (RH Keningau)
3. *Pn Nur Ain Abdullah* (RH Kedah Utara)
🏆 *Kategori Pasukan RH Terbaik*
1. *Pasukan RH Kedah Utara*
2. *Pasukan RH Shah Alam*
3. *Pasukan RH Pulau Pinang*
✨ Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Semoga penghargaan ini menjadi pendorong untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah bersama HCF.
HCF amat menghargai setiap titik peluh, pengorbanan dan sumbangan semua Rakan Hidayah. 🌺 Insya-Allah, lebih banyak peluang akan terus dibuka pada masa akan datang untuk RH, duat dan mualaf yang lain menyerlah serta menyumbang dalam medan dakwah.
Teruskan usaha, kerana setiap langkah dalam dakwah ada nilainya di sisi Allah SWT. Semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk menyampaikan Islam dengan hikmah dan memperkasakan komuniti mualaf. 🤲😊
*- Bahagian Outreach dan Mualaf, Hidayah Centre Foundation -*