Persatuan Penduduk KKKA Cochrane

Persatuan Penduduk KKKA Cochrane Group ini adalah group rasmi bagi Persatuan Penduduk KKKA Jalan Cochrane.

JEMPUTAN KE  PELANCARAN KUMPULAN MUSLIMAT SURAU AN-NUR.Dengan penuh sukacita, Surau An-Nur menjemput semua muslimah meng...
17/07/2026

JEMPUTAN KE PELANCARAN KUMPULAN MUSLIMAT SURAU AN-NUR.

Dengan penuh sukacita, Surau An-Nur menjemput semua muslimah menghadiri Majlis Pelancaran Kumpulan Muslimat Surau An-Nur yang akan diserikan dengan kuliah sulung Asas Fardhu Ain.

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ•Œ Tempat: Surau An-Nur, KKKA Jalan Cochrane
๐ŸŽ™ Penceramah: Ustazah Wan Norhazilah binti Wan Azeri
๐Ÿ“š Tajuk: Asas Fardhu Ain โ€“ Khusus untuk Wanita

Rasulullah SAW bersabda:
"Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim." (Riwayat Ibn Majah)

โœจ Istimewa untuk anda:-
โœ… Hadiah kehadiran yang menarik menanti para jemaah !!!
โœ… Sarapan pagi disediakan.

๐Ÿค Potluck turut dialu-alukan.
๐Ÿ‘ง Bawalah bersama anak-anak perempuan puan agar mereka turut dibiasakan mencintai majlis ilmu sejak kecil.

PELANCARAN KUMPULAN MUSLIMAT SURAU AN-NUR AKAN MEMPERKENALKAN BEBERAPA AKTIVITI MENARIK YANG BAKAL DILAKSANAKAN KHAS UNTUK MUSLIMAT

Maklumat lanjut akan dikongsikan semasa majlis nanti.

Jommm bersama-sama kita menyemai ilmu, mengeratkan ukhwah dan menghidupkan surau dengan majlis ilmu.

Kehadiran anda amat bermakna.

Surau An-Nur KKKA Cochrane
15 Julai 2026

08/07/2026
08/07/2026

Tidak semua yang mempunyai suara perlu meninggikan suara. Tidak semua yang diberi kedudukan perlu menggunakan kedudukan.

Teguran yang baik tidak lahir daripada ego, tetapi daripada keikhlasan untuk melihat orang lain menjadi lebih baik.

Ia menjaga maruah, memilih waktu yang sesuai dan menggunakan bahasa yang membina.

Apabila menegur, jangan hanya fikir apa yang ingin disampaikan, tetapi fikir juga bagaimana ia akan diterima.

Kata-kata yang tajam mungkin membuat orang akur seketika, namun kata-kata yang berhikmah mampu menyentuh hati dan membawa perubahan yang berkekalan.

Kerana manusia lebih mudah menerima nasihat yang menghormati dirinya daripada teguran yang merendahkan maruahnya.

07/07/2026

Kematian adalah satu kepastian. Bagi setiap muslim, menguruskan jenazah sehingga ke liang lahad bukan sekadar satu kewajipan fardu kifayah, tetapi ia penuh dengan adab, hukum-hakam, dan tertib yang perlu kita fahami.

Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), akan mengupas berkaitan:

๐ŸŽ™๏ธ Topik: URUSAN PENGEBUMIAN & KUBUR
๐Ÿ‘ค Panel Jemputan: YBrs. Tuan Hj Jamali Mohd Adnan
(Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI)

Saksikan siaran langsung:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
๐Ÿ•™ Masa: 10:00 Pagi
๐Ÿ“บ Saluran: TV3 & Strim melalui Tonton MY

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pencerahan mendalam tentang proses yang betul, peranan keluarga, adab di tanah perkuburan, dan perkara-perkara penting lain yang wajib kita ketahui.




05/07/2026

๐ŸŒ™ FORUM HIJRAH AMANAH
Mengimarah Masjid, Membina Ummah

Bersama tiga tokoh yang sedang bergiat aktif menyampaikan mesej dakwah dalam bidang penyelidikan, keilmuan dan pembangunan masyarakat.

๐Ÿ‘ค Ustaz Mohd Lukmanul Hakim bin Mokhtar
โ–ช๏ธ Penolong Pengarah Kanan (JAKIM) yang aktif dalam dakwah masyarakat, kajian dan penyelidikan Islam serta terlibat dalam pembangunan dasar dan pemerkasaan ilmu di peringkat kebangsaan.

๐Ÿ‘ค Ustazah Nazirah binti Abu Bakar
โ–ช๏ธ Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Islam (JAKIM) yang aktif menyampaikan dakwah di seluruh negara, khususnya dalam isu kekeluargaan, wanita dan pembangunan jiwa.

๐ŸŽค Moderator: Ustaz Mohd Rahimi bin P. Ramlee
โ–ช๏ธ Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Islam (JAKIM) yang cukup berpengalaman mengendalikan forum, wacana dan program keilmuan dengan gaya yang santai, interaktif dan mudah difahami di media perdana dan medan awam.

๐Ÿ“… 9 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ข Selepas Solat Fardu Maghrib
๐Ÿ“ Dewan Solat Utama, Masjid Al Imam Ash Shafie, Taman Maluri

JUMPA ANDA 9 JULAI 2026 (KHAMIS) NANTI

30/06/2026

๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€: ๐‹๐€๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐”๐‡ ๐‹๐”๐€๐‘, ๐’๐Ž๐Š๐Ž๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Œ๐„๐–๐€๐€๐ ๐‹๐€๐ˆ๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐“๐„๐‘๐’ ๐€๐“๐€๐” ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‹๐€๐ˆ๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐๐‡

Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM) ingin mengingatkan tentang Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), Pindaan 2002 tentang;

โ€œKesalahan menggunakan pengaruh luar adalah satu pelanggaran tatakelakuan serius bagi penjawat awam. Berdasarkan Peraturan 4(2)(h) di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002), mana-mana pegawai adalah dilarang keras membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung perkhidmatan awam, sama ada untuk diri sendiri atau pegawai lainโ€.

Bersama kita menjaga Integriti Teras Kesejahteraan Negara





PMO Malaysia




Malaysia Government Call Centre

16 Jun 2026 (Selasa)KULIAH KHAS AN-NUR BERTAJUK KITA MULAKAN DENGAN AL-FATIHAH.Kuliah khas Asas Al-Fatihah ini disampaik...
17/06/2026

16 Jun 2026 (Selasa)

KULIAH KHAS AN-NUR BERTAJUK KITA MULAKAN DENGAN AL-FATIHAH.

Kuliah khas Asas Al-Fatihah ini disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Hj. Mohamad Nasirudin bin Aziz Al-Bakri.

Terima kasih kepada semua jemaah warga KKKA Cochrane yang hadir bersama-sama mendengar kuliah.

Didalam kuliah ini, penceramah memaklumkan kepentingan membetulkan bacaan Al-Fatihah di dalam solat kerana ianya adalah rukun. Manakala ketika solat kita perlu menjaga & mengikut rukun tersebut bagi menggelakkan solat kita batal.

Ustaz memulakan penerangan dengan membahagikan rukun solat kepada tiga bahagian:

1. Rukun Qalbi (Hati) - Iaitu niat ketika bertakbir. Lafaz niat seperti usolli hanyalah sunat, yang wajib adalah peringatan niat di dalam hati.

2. Rukun Fi'li (Perbuatan) - Pergerakan anggota badan seperti qiam, rukuk, sujud, dan iktidal.

3. Rukun Qauli (Perkataan) - Lima rukun yang wajib dilafazkan iaitu Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, Tahiyat Akhir, Selawat dalam Tahiyat Akhir, dan Salam.

Perkongsian Amalan Tambahan & Penutup

Doa Keberkatan Makan:

Ustaz mengijazahkan amalan membaca "Bismillah wa 'ala barakatillah" (Dengan nama Allah dan dengan keberkatan Allah) setiap kali sebelum makan. Amalan ini diambil daripada keberkatan mukjizat Nabi SAW yang memerah kantung seekor kambing tua dan kurus milik Ummu Ma'bad ketika peristiwa Hijrah, namun mengeluarkan susu yang sangat banyak.

Pesanan Maal Hijrah:

Jangan sekadar membaca, tetapi berazamlah untuk faham ayat suci Al-Quran. Belilah kitab terjemahan atau tafsir (seperti Tafsir Pimpinan Ar-Rahman) untuk mendalami maknanya.




Surau An Nur KKKA JC
KRT KKKA Cochrane
Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur

17/06/2026

๐“๐„๐Œ๐๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐€๐๐†๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ (๐‘๐๐) ๐ƒ๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐“๐€๐Œ๐” (๐‘๐“) ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐”๐Š๐” ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri akan membuka Sistem Tempahan Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ค๐ฎ ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธTarikh Penginapan : 1 Julai 2026 hingga 30 September 2026
๐Ÿ—“๏ธTarikh Pembukaan Tempahan : ๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐Ÿ•›Masa : ๐Ÿ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข

Semua penjawat awam, pesara Kerajaan dan badan berkanun yang layak adalah dipelawa untuk membuat tempahan melalui sistem yang disediakan bermula pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

JANGAN LUPA!!! SILA MENDAFTAR DI SISTEM PROMIS MELALUI CAPAIAN https://promis.bph.gov.my/ UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MEMBUAT TEMPAHAN RPP, RT DAN MENGGUNAKAN SEMUA PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DI BPH.

Kerjasama dan perhatian Tuan/ Puan diucapkan terima kasih.





PMO Malaysia




Malaysia Government Call Centre

Address

Jalan Cochrane, Cheras
Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk KKKA Cochrane posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk KKKA Cochrane:

Shortcuts

Featured

Share