23/03/2025
PROGRAM MASAK DAN AGIH BUBUR LAMBUK PENGERUSI BERSAMA AJK DAN ANAK KARIAH SURAU NUR HIDAYAH BALAI POLIS SRI HARTAMAS KUALA LUMPUR.
عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ
Daripada Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba yang qiamullail (bangun beribadat) di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan
Ibadah sedekah p**a adalah pintu kebaikan seorang mukmin yang boleh menjadi penghapus daripada dosa. Hadis Nabi SAW:
اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ
Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (HR Bukhari no 5564) Status: Hadis Sahih
Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk merebut pintu-pintu kebaikan dengan berpuasa, bersedekah dan qiamullail. Semoga semua ibadah ini menjadi pembina perisai diri, menghapuskan dosa.
Wallahu A'lam.