03/10/2026
2 OKTOBER 2026 | KUALA LUMPUR
๐ข JELAJAH MEGA PENERANGAN UMNO MALAYSIA๐ข
Hari ini pihak pengurusan UMNO Cawangan telah menghantar dan memberi pendedahan kepada Puan Syazlina Binti Salihudin & Puan Nur Dzalifah Binti Azmi untuk bersama-sama dalam Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia โ Peringkat Wilayah Persekutuan, yang menyentuh tentang peranan bahagian Penerangan UMNO Malaysia di dalam menyebarkan maklumat yang betul kepada ahli UMNO yang lain serta semua masyarakat yang membacanya.
Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Bin Abdullah, YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, bersama barisan kepimpinan tertinggi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Ketua-Ketua Sayap Negeri serta Ketua-Ketua Penerangan Bahagian, selain kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian-Bahagian Wilayah Persekutuan.
Program tersebut mengingatkan tentang peranan ahli-ahli yang lain untuk sentiasa memberikan Like, Komen & Kongsi (Share) ke atas maklumat sahih yang dikongsi untuk meningkatkan โenggagementโ yang boleh menaikkan โpostingโ maklumat tersebut di dalam media sosial.
Program ini juga menjadi ruang untuk sesi penerangan, perkongsian maklumat dan pertemuan bersama warga parti di peringkat Wilayah Persekutuan.