Darul Hikmah Datuk Keramat

Call Directions Website Contact the organization

Darul Hikmah Datuk Keramat Pusat Pengajian Al-Quran dan Pembangunan Modal Insan

17/09/2026

Rakaman tausiah Ustaz Tariq Jaffri berkenaan 40 Hadith Kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ, yang disampaikan di rumah kedua yang menyertai Program Ihya’ Maulid Rumah ke Rumah pada Khamis, 10 September 2026.

📸 LENSA IHYA’ MAULID RUMAH KE RUMAH ﷺHari Keempat | Selasa, 15 September 2026اللهم صل وسلم على سيدنا محمد ﷺAlhamdulillah...
17/09/2026

📸 LENSA IHYA’ MAULID RUMAH KE RUMAH ﷺ
Hari Keempat | Selasa, 15 September 2026

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد ﷺ

Alhamdulillah, Program Ihya’ Maulid Nabi ﷺ Rumah ke Rumah diteruskan lagi pada hari keempat dengan kunjungan ke tiga buah rumah.

Setiap kunjungan membawa suasana yang tersendiri, namun semuanya disatukan dengan satu tujuan — menghidupkan rumah dengan selawat, bacaan maulid, zikir, doa serta kecintaan kepada Rasulullah ﷺ. Semoga pertemuan yang sederhana ini menjadi sebab hati-hati semakin dekat dengan Baginda ﷺ.

Ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga tuan rumah dan seisi keluarga atas jemputan, sambutan serta layanan yang penuh mesra. Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas oleh Allah SWT dengan rahmat, rezeki yang luas dan keberkatan dalam keluarga.

Moga setiap rumah yang dikunjungi terus menjadi tempat yang subur dengan selawat, ilmu, kasih sayang dan ingatan kepada Allah serta Rasul-Nya ﷺ.

17/09/2026

Rakaman tausiah Ustaz Tariq Jaffri berkenaan 40 Hadith Kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ, yang disampaikan di rumah pertama yang menyertai Program Ihya’ Maulid Rumah ke Rumah pada Khamis, 10 September 2026.

📸 LENSA IHYA’ MAULID RUMAH KE RUMAH ﷺHari Ketiga | Khamis, 10 September 2026اللهم صل وسلم على سيدنا محمد ﷺAlhamdulillah,...
15/09/2026

📸 LENSA IHYA’ MAULID RUMAH KE RUMAH ﷺ
Hari Ketiga | Khamis, 10 September 2026

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد ﷺ

Alhamdulillah, hari ketiga Program Ihya’ Maulid Nabi ﷺ Rumah ke Rumah diteruskan dengan kunjungan ke dua buah rumah.

Syukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk berkumpul dalam suasana penuh mahabbah, menghidupkan rumah dengan selawat, bacaan maulid, zikir, doa serta perkongsian tentang kemuliaan Rasulullah ﷺ.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua tuan rumah dan seluruh ahli keluarga atas kesudian menerima kunjungan kami serta layanan yang begitu baik. Semoga setiap usaha, hidangan dan kebaikan yang diberikan menjadi amal yang diberkati serta dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Semoga majlis-majlis kecil seperti ini menjadi asbab rumah-rumah kita dipenuhi rahmat, keberkatan dan kecintaan yang semakin mendalam kepada Baginda Nabi Muhammad ﷺ.

09/09/2026

Rakaman tausiah Ustaz Tariq Jaffri berkenaan 40 Hadith Kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ, yang disampaikan di rumah ketiga yang menyertai Program Ihya’ Maulid Rumah ke Rumah pada Rabu, 9 September 2026.

Semoga perkongsian ini menambahkan kecintaan dan pengenalan kita terhadap kemuliaan Baginda Rasulullah ﷺ, serta menjadi asbab bertambahnya mahabbah kepada Baginda ﷺ.

09/09/2026

Rakaman tausiah Ustaz Tariq Jaffri berkenaan 40 Hadith Kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ, yang disampaikan di rumah kedua yang menyertai Program Ihya’ Maulid Rumah ke Rumah pada Rabu, 9 September 2026.

Semoga perkongsian ini menambahkan kecintaan dan pengenalan kita terhadap kemuliaan Baginda Rasulullah ﷺ, serta menjadi asbab bertambahnya mahabbah kepada Baginda ﷺ.

📸 LENSA IHYA’ MAULID RUMAH KE RUMAH ﷺHari Kedua | Rabu, 9 September 2026اللهم صل وسلم على سيدنا محمد ﷺAlhamdulillah, har...
09/09/2026

📸 LENSA IHYA’ MAULID RUMAH KE RUMAH ﷺ
Hari Kedua | Rabu, 9 September 2026

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد ﷺ

Alhamdulillah, hari kedua Program Ihya’ Maulid Nabi ﷺ Rumah ke Rumah diteruskan dengan kunjungan ke tiga buah rumah pada hari ini. Suasana setiap rumah dihidupkan dengan selawat, bacaan maulid, zikir, doa serta perkongsian ilmu, dalam menyuburkan rasa cinta dan rindu kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

Jutaan terima kasih kepada ketiga-tiga tuan rumah serta seisi keluarga atas kesudian menjemput, menerima dan melayani kami dengan begitu baik. Semoga setiap kebaikan dan usaha dalam menjayakan majlis ini dikurniakan ganjaran serta keberkatan oleh Allah SWT.

Semoga rumah-rumah yang dikunjungi sentiasa dilimpahi rahmat, sakinah dan keberkatan, serta menjadi rumah yang sentiasa hidup dengan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

08/09/2026

Rakaman Pengajian Bulanan Kitab ‘Aqidatul Mukmin yang disampaikan oleh Ustaz Ammar Adlan pada Selasa, 8 September 2026.

08/09/2026

Rakaman tausiah Ustaz Tariq Jaffri berkenaan 40 Hadith Kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ, yang disampaikan di salah sebuah rumah yang menyertai Program Ihya’ Maulid Rumah ke Rumah pada Selasa, 8 September 2026.

Address

22 Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
54000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Hikmah Datuk Keramat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Darul Hikmah Datuk Keramat:

Shortcuts

Sponsored

Share