09/10/2026
PEMUDA PAS WANGSA MAJU SERU WARGA JAGA KESIHATAN SUSULAN KEADAAN JEREBU
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju menyeru seluruh warga Wangsa Maju supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan kesihatan susulan keadaan kualiti udara yang kurang baik di Kuala Lumpur.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah, khususnya aktiviti fizikal yang berat, serta memastikan pengambilan air yang mencukupi. Mereka yang mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas, sakit tekak atau ketidakselesaan berkaitan pernafasan hendaklah mendapatkan nasihat dan rawatan perubatan dengan segera.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju turut mengajak masyarakat bersama-sama berdoa agar Allah SWT menurunkan hujan yang membawa rahmat, sekali gus membantu mengurangkan keadaan jerebu dan memperbaiki kualiti udara.
Pada masa yang sama, pihak Pemuda PAS Wangsa Maju berharap agensi dan pihak berkuasa berkaitan terus mengambil langkah segera dan berkesan bagi memantau keadaan kualiti udara, melindungi kesihatan awam serta memaklumkan perkembangan terkini kepada masyarakat.
Kesihatan dan keselamatan rakyat perlu diberikan perhatian sewajarnya, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan.
Semoga Allah SWT mengurniakan hujan yang bermanfaat, menghilangkan jerebu dan memelihara kesihatan seluruh warga Wangsa Maju serta Kuala Lumpur.
USTAZ BEYHAQI BIN RAMLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju