30/12/2025
PENGAMBILAN AHLI BARU SESI 2026
PANGGILAN PERJUANGAN KE ARAH KEBAJIKAN & UKHWAH SILATURRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt..
Sukacita dimaklumkan Pertubuhan Muafakat Malaysia membuka peluang kepada semua orang diluar sana untuk menyertai Pertubuhan Muafakat Malaysia ini. Kami membuka peluang kepada seluruh warganegara Malaysia tidak kira TUA mahupun MUDA yang penting mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi serta tanggungjawab yang cemerlang dalam usahasama dalam menjalankan aktiviti dan program yang bakal dijalankan dari semasa ke semasa.
Pertubuhan Muafakat Malaysia ialah sebuah Pertubuhan NGO yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PPM-013-14-08072013.
Pertubuhan Muafakat Malaysia menjalankan aktiviti amal, kebajikan masyarakat, membantu golongan asnaf, anak yatim dan sewaktu dengannya. Di samping itu, antara tujuan yang lain adalah untuk menjalankan dan menggerakkan kembali sunnah Rasul Allah SAW (Ukhwah Silaturrahim) seperti mengadakan aktiviti gabungan bersama NGO-NGO satu Malaysia dalam erti kata lain menjaga silaturrahim dan berkasih sayang sesama saudara.
.................................
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
1. Warganegara Malaysia
2. Umur 19 tahun ke atas
3. Lelaki dan perempuan
4. Beragama Islam
5. Waras
6. Seorang yang aktif & bersemangat
7. Jujur & Amanah
..............................
Sila nyatakan maklumat yang dipinta seperti dibawah ini ketika berhubung dengan kami
1. Nama Penuh Pemohon.
2. No. Kad Pengenalan.
3. No. Telefon.
4. Tinggal Di Daerah & Kawasan Mana.
5. Nama Majlis/Pertubuhan Yang Pernah Disertai. (Jika Ada)
6. Sebab Minat Dengan Pertubuhan Muafakat Malaysia
.............................
Berminat bersama kami boleh whatsapp salah seorang wakil untuk pendaftaran keahlian
Waktu berurusan
10.00 pagi - 9.00 malam
www.wasap.my/60172233326
(YDH PADUKA MASTER SHAH)
www.wasap.my/60122232260
(YDH AYAHANDA FAISAL)
www.wasap.my/601121158657
(KEKANDA AZMAN)
www.wasap.my/60178635080
(KAK LONG MONA)
www.wasap.my/60175782325
(KAK LONG JUE)
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT