Pertubuhan Kebajikan Skuad 1/86 Pulapol, Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Skuad 1/86 Pulapol, Malaysia Untuk Skuad 1/86 PULAPOL, Malaysia

01/05/2026
Menggamit Kenangan - 29/4/2026 . MESY. AJK Pusat PKS 1/86.Tugas dan peranan yg diamanahkan tetap digalas, walau tidak be...
30/04/2026

Menggamit Kenangan - 29/4/2026 . MESY. AJK Pusat PKS 1/86.
Tugas dan peranan yg diamanahkan tetap digalas, walau tidak berat namun masa diberi demi tanggungjawab untuk kebaikan dan kebajikan PKS 1/86.

Terima Kasih DSHI
Terima Kasih Zali KA

Menggamit Kenangan - Sebulan tak ke udara, sebulan kita Berpuasa, Hari ini kita bergumbira bersama keluarga dan sanak sa...
21/03/2026

Menggamit Kenangan - Sebulan tak ke udara, sebulan kita Berpuasa, Hari ini kita bergumbira bersama keluarga dan sanak saudara. Semoga Aidilfitri membawa seribu kenangan dan Kenangan Indah menjadi keutamaan. Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat skuad. Tidak lupa juga kepada Skuad yang tidak dapat menyambutnya atas faktor keuzuran... Jaga diri, jaga kesihatan, jaga ibadah... Maaf zahir dan batin

Menggamit Kenangan - 1 Ramadhan 1447H - Selamat Berpuasa Sahabat Skuad. 🌙✨Ramadan hadir bukan sekadar bulan,tetapi jempu...
19/02/2026

Menggamit Kenangan - 1 Ramadhan 1447H - Selamat Berpuasa Sahabat Skuad.

🌙✨
Ramadan hadir bukan sekadar bulan,
tetapi jemputan Tuhan untuk pulang.
Pulang kepada sujud yang lama ditinggalkan,
pulang kepada doa yang pernah dilupakan.
🌙✨
Di sebalik lapar dan dahaga,
ada air mata yang gugur dalam diam,
memohon ampun atas dosa semalam,
mengharap reda untuk hari mendatang.
🌙✨
Ramadan…
bulan yang melembutkan hati sekeras batu,
menyentuh jiwa yang hampir beku,
dan mengingatkan kita—
hidup ini hanya persinggahan,
akhiratlah destinasi yang kekal.
🌙✨
Andai ini Ramadan terakhir,
biarlah ia dipenuhi taubat,
dipagari sabar,
dan dihiasi doa yang tidak pernah putus.

Menggamit Kenangan - Pulang ke Negeri ABADI - 11 February 2026.Hari ini langit terasa lebih sunyi,kerana seorang sahabat...
11/02/2026

Menggamit Kenangan - Pulang ke Negeri ABADI - 11 February 2026.

Hari ini langit terasa lebih sunyi,
kerana seorang sahabat telah kembali kepada Pencipta-Nya.
Sakitmu telah reda,
namun air mata ini masih belum kering.
Al-Fatihah buatmu, sahabat skuad.
RF 113056 RUSLAN BIN ABD AZIZ - Semoga syurga menjadi rumah abadimu.
Takziah buat seluruh isi keluarga.

07/02/2026

Menggamit Kenangan - 7/2/26 @ 2100hrs... Terserempak skuad kita sedang berhibur dan menghiburkan pengunjung R&R Pagoh...Tahniah skuad... Kepada sahabat skuad Semua jom kita singgah di R&R Pagoh dan setting Reunion di sana.

30/01/2026

I got over 450 reactions on my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

30/01/2026

LAGU: SKUAD SATU LAPAN ENAM

Verse 1

Di Pulapol kami bermula
Langkah pertama penuh harapan
Dilatih tegas, ditempa jiwa
Demi amanah dan pengorbanan

Pelbagai latar, satu tujuan
Berbeza wajah, satu ikrar
Kami berdiri dalam satu barisan
Menjunjung sumpah dan kehormatan

Masa berlalu, jalan berbeza
Namun ikatan tetap terasa
Empat puluh tahun menjadi saksi
Nilai setia tak pernah mati

Chorus #

Skuad Satu Lapan Enam
Kami bersatu sebagai satu
Dalam setia, dalam amanah
Mengawal masa depan bangsa

Skuad Satu Lapan Enam
Walau berbeza latar dan nama
Persaudaraan ini janji kita
Kekal selamanya

Verse 2

Ada yang gugur sebelum senja
Pergi meninggalkan jasa
Nama terukir dalam sejarah
Pengorbanan tidak sia-sia

Kami yang masih terus melangkah
Dengan tanggungjawab bersama
Dalam susah dan juga senang
Kebajikan jadi pegangan

Bukan pangkat jadi ukuran
Bukan harta jadi kebanggaan
Yang menyatu hati dan langkah
Adalah setia dan kepercayaan

Ulang Chorus #

Skuad Satu Lapan Enam
Kami bersatu sebagai satu
Dalam setia, dalam amanah
Mengawal masa depan bangsa

Jika suatu hari kita diuji
Jangan biar seorang sendiri
Tangan dihulur, bahu disandar
Kerana kita keluarga besar

Chorus #

Skuad Satu Lapan Enam
Dari dahulu hingga kini
Persaudaraan ini warisan
Untuk generasi nanti

Pulapol saksi permulaan
Skuad Satu Lapan Enam
kekal dalam ingatan

***
LIRIK: BakalJenazah69
KOMPOSER: Nevin Hiong

Salam Perjuangan PKS 1/86..Izinkan saya menyampaikan mesej buat semua rakan2 Skuad 1/86 Pulapol,KL.PKS 1/86 diwujudkan h...
30/01/2026

Salam Perjuangan PKS 1/86..

Izinkan saya menyampaikan mesej buat semua rakan2 Skuad 1/86 Pulapol,
KL.

PKS 1/86 diwujudkan hanya sebagai wadah kebajikan dan silaturahim kita selepas bersara. Jika berkelapangan dan berkenan, kami AJK Pusat dengan rendah hati mengalu-alukan penyertaan tuan2 tanpa paksaan, sekadar ruang untuk saling menjaga kebajikan. Pada yang ingin dan telah bersama PKS harap dapat buat pembayaran yuran seperti yang di paparkan maklumat di dalam poster di bawah.

Walaupun kita terpisah unit dan negeri, ikatan Skuad 1/86 tetap utuh. Sedikit kewangan PKS 1/86 yang ada, kita kongsikan bersama demi semangat persaudaraan dan seperjuangan.

Ingin saya jelaskan bahawa menjadi ahli PKS 1/86 bukanlah kewajipan, tetapi ianya adalah satu pilihan untuk saling mengambil berat dan mengeratkan ukhwah kita selepas bersara.

Bagi yang sedia, kita sambut...
Bagi yang belum,kita doakan...

Sekian harap maklum.

~ Pengerusi PKS ~

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Skuad 1/86 Pulapol, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Skuad 1/86 Pulapol, Malaysia:

Featured

Share