Yayasan Rahmah Malaysia

Yayasan Rahmah Malaysia Membangun Malaysia Madani. Rahmah untuk semua

Kenduri SekampungMajlis Tahlil & Doa SelamatSurau Kampung Bangau Parit, Temerloh
14/06/2026

Kenduri Sekampung
Majlis Tahlil & Doa Selamat
Surau Kampung Bangau Parit, Temerloh

Bersiaran langsung dalam segmen Selamat Pagi Malaysia di RTM1 dan melancarkan Program Baja Rahmah, satu lagi program di ...
14/06/2026

Bersiaran langsung dalam segmen Selamat Pagi Malaysia di RTM1 dan melancarkan Program Baja Rahmah, satu lagi program di bawah Inisiatif Payung Rahmah.




BEDAH BUKU BIOGRAFI SALAHUDDIN AYUB: MENELADANI POLITIK NILAI DAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT OLEH YB DATO' SRI DR MUJAHID YUSO...
14/06/2026

BEDAH BUKU BIOGRAFI SALAHUDDIN AYUB: MENELADANI POLITIK NILAI DAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT OLEH YB DATO' SRI DR MUJAHID YUSOF RAWA

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menghadiri dan menjadi panel dalam sesi Bedah Buku Biografi Salahuddin Ayub: Budak Suci di Lembah Siasah yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn sempena Kuala Lumpur International Book Fair 2026.

Buku yang ditulis oleh Dr. Muhaimin Sulam ini merakam perjalanan hidup Almarhum Dato' Seri Salahuddin Ayub, seorang tokoh yang dikenali dengan kesederhanaan, keikhlasan dan komitmen tinggi dalam perjuangan politik serta khidmat kepada rakyat.

Dalam sesi perkongsian tersebut, saya menyentuh bagaimana Almarhum Salahuddin Ayub menjadi contoh seorang pemimpin yang sentiasa merendah diri, menjadikan politik sebagai wadah membawa kebaikan, serta mengutamakan perpaduan dan kebajikan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Sesungguhnya, legasi perjuangan beliau wajar dijadikan pedoman kepada generasi muda dan para pemimpin masa kini. Politik yang berteraskan nilai, akhlak, integriti dan rahmah adalah asas penting dalam membina sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas kesempatan yang diberikan. Semoga buku ini terus menjadi sumber inspirasi dan rujukan kepada masyarakat dalam memahami erti sebenar perjuangan dan kepimpinan.






Kredit FB DS Dr Mujahid Yusof

Kunjungan ke Ketua Umum Nadhdatul Ulamak (NU) Dr. (H.C.) KH. Yahya Cholil Staquf. Delegasi mengambil peluang membicara d...
14/06/2026

Kunjungan ke Ketua Umum Nadhdatul Ulamak (NU) Dr. (H.C.) KH. Yahya Cholil Staquf. Delegasi mengambil peluang membicara dan bertukar pandangan perihal pendidikan, dakwah, ekonomi dan keamanan sejagat. Ini adalah kunjungan ke dua saya ke NU.

Sebagai maklumat tambahan, Nahdlatul Ulama (NU) adalah organisasi Islam terbesar bukan sahaja di Indonesia, bahkan di dunia. Diasaskan 1926 dengan keahlian sekitar 130 juta ahli. Sebuah organisasi yang bukan biasa-biasa di Indonesia.

Mungkin ramai yang terbiasa mendengar nama Pak Gus Dur, mantan Presiden Indonesia atau nama sebenarnya KH. Abdurrahman Wahid. Beliau adalah salah satu ikon terbesar, pemikir utama, sekaligus pemimpin yang mencorakkan hala tuju modernisasi NU. Beliau tidak boleh dipisahkan daripada Nahdlatul Ulama (NU).

Ungkapan yang biasa dari bibir beliau, Islam yang ramah-ramah bukan yang marah-marah!

"Gitu aja kok repot!", itulah tenangnya Pak Gus Dur!... الفاتحه


🌱 *SELAMAT PAGI MALAYSIA - PROGRAM BAJA RAHMAH UNTUK RAKYAT*🌱Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perkongsian ekskl...
13/06/2026

🌱 *SELAMAT PAGI MALAYSIA - PROGRAM BAJA RAHMAH UNTUK RAKYAT*🌱

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perkongsian eksklusif mengenai Program Baja Rahmah Untuk Rakyat, satu inisiatif yang membantu pekebun dan petani mendapatkan baja berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.

Ketahui bagaimana program ini memberi manfaat kepada sektor pertanian negara, membantu meningkatkan produktiviti tanaman serta meringankan kos pengeluaran para pengusaha tani.

📺 Saksikan rakaman siaran langsung bersama panel jemputan khas di slot Selamat Pagi Malaysia, yang akan mengupas pelbagai maklumat penting berkaitan program ini.

✅ Manfaat Program Baja Rahmah
✅ Kesan kepada pekebun dan petani
✅ Baja berkualiti untuk hasil yang lebih optimum
✅ Peranan program dalam memperkukuh sekuriti makanan negara

Tonton video penuh sekarang dan kongsikan kepada keluarga, rakan-rakan serta komuniti pertanian anda.

Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial r...

Sukarelawan Yayasan Rahmah Malaysia turun membantu melaksanakan Ibadah Korban bersama JPKK Teras Jernang, Bangi.
29/05/2026

Sukarelawan Yayasan Rahmah Malaysia turun membantu melaksanakan Ibadah Korban bersama JPKK Teras Jernang, Bangi.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat islam
27/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat islam

Alhamdulillah. Kunjungan ke YBM Fadhlina Sidek di Kementerian Pendidikan. Perbincangan dua hala yang sangat baik dalam m...
29/01/2026

Alhamdulillah. Kunjungan ke YBM Fadhlina Sidek di Kementerian Pendidikan. Perbincangan dua hala yang sangat baik dalam memposisikan YRM berpartisipasi bersama membangun pendidikan negara.

Address

Suite 21-5, Level 21 Menara Centara, No. 360, Jalan Tengku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50100

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Rahmah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share