Yayasan Infaq Malaysia

Call Directions Website

Yayasan Infaq Malaysia Kami mempunyai program khusus yang menghubungkan setiap rumah Asnaf sasaran ini. We provide international welfare and education to various countries globally.

Yayasan ditubuhkan bertujuan untuk membantu Asnaf sasaran di bawah umur dewasa bagi membantu mereka untuk mendapatkan kelansungan hidup yang lebih baik dan selesa. Yayasan Infaq Malaysia (871868-H) is a Malaysia non-profit organisation (NGO) which specialise in education and welfare.

01/04/2026

PUASA 6: BONUS SELEPAS RAMADAN! ๐Ÿ“ˆ

Jangan berhenti di garisan penamat Ramadan sahaja. Teruskan momentum ibadah kita dengan Puasa Enam di bulan Syawal.

Ibarat mendapat bonus selepas bekerja keras, puasa 6 hari ini melengkapkan pahala setahun penuh buat kita. Mudah, tapi besar nilainya di sisi Allah SWT.

Sudahkah anda mulakan langkah pertama hari ini? Ayuh, sama-sama kita kejar saham akhirat!

โœจ Ikhlas daripada kami di Yayasan Infaq Malaysia.

"Walaupun beribu batu jauhnya, ukhuwah kita tetap tiada sempadan." ๐ŸŒ™Alhamdulillah, pasukan Yayasan Infaq Malaysia telah ...
27/03/2026

"Walaupun beribu batu jauhnya, ukhuwah kita tetap tiada sempadan." ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, pasukan Yayasan Infaq Malaysia telah berjaya menyantuni saudara seagama kita di Tanzania melalui misi agihan Ramadhan Food Box. ๐Ÿ“ฆ

Di kawasan pedalaman Tanzania, ramai keluarga yang menyambut Ramadhan dalam keadaan serba kekurangan. Ada yang berbuka hanya dengan air kosong dan sedikit bekalan asas yang tersisa. Namun, berkat sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia, hari ini dapur mereka berasap kembali.

Setiap pek makanan yang diagihkan mengandungi keperluan asas untuk memastikan mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang dan bertenaga.
Terima kasih kepada semua penyumbang. Anda bukan sekadar memberi makanan, tetapi anda memberi sinar harapan dan kekuatan buat mereka di sana. ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ฟ๐Ÿค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga setiap butir rezeki yang dikongsi menjadi asbab keberkatan hidup kita di dunia dan akhirat. Amin.

๐ŸŒ™ EID MUBARAK: KEJAYAAN DALAM KETAATAN ๐ŸŒ™Assalamuโ€™alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu A...
20/03/2026

๐ŸŒ™ EID MUBARAK: KEJAYAAN DALAM KETAATAN ๐ŸŒ™

Assalamuโ€™alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Gema takbir yang berkumandang menandakan berakhirnya madrasah Ramadhan dan tibanya hari kemenangan.

Pihak Yayasan Infaq Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada para penyumbang, rakan strategik, dan sukarelawan kami.

Syawal bukan sekadar tentang perayaan, tetapi tentang mengekalkan momentum ketaatan yang telah kita bina. Kami di Yayasan Infaq Malaysia amat terharu dengan sokongan anda semua yang telah menyalurkan infaq, sedekah, dan zakat sepanjang bulan mulia ini.

Setiap sumbangan anda telah membawa sinar kegembiraan buat asnaf dan mereka yang memerlukan.

๐Ÿ“– Ibrah & Dalil Kemenangan
Dalam kegembiraan kita menyambut hari raya, marilah kita merenung firman Allah SWT mengenai kesempurnaan ibadah dan kesyukuran:

"...dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
(Surah Al-Baqarah: 185)

Rasulullah SAW juga mengajar kita bahawa kegembiraan sebenar adalah apabila kita berjaya meraih keampunan Allah. Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata:

"Nabi SAW datang ke Madinah dan mereka mempunyai dua hari untuk bermain (bergembira). Maka Baginda bersabda: 'Sesungguhnya Allah telah menggantikan untukmu dua hari yang lebih baik daripada itu: Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri.'"
(Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1134

Harapan Kami

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat kita (Taqabbalallahu Minna Wa Minkum). Mari kita jadikan Syawal ini sebagai titik permulaan untuk terus istiqamah dalam memberi dan membantu sesama insan.

Satu tangan yang memberi, seribu senyuman terpancar. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar Yayasan Infaq Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Tulus ikhlas daripada Pengurusan & Kakitangan Yayasan Infaq Malaysia.

18/03/2026

SESUATU YANG BESAR BAKAL TIBA!

Adakah anda bersedia untuk menyaksikan anjakan paradigma kerjaya anak muda kita?

Buat julung kalinya, Karnival Kerjaya Mega 2026 akan menghimpunkan 1,000 mutiara ummah daripada kalangan pelajar agama dan tahfiz seluruh Selangor!

Ini bukan sekadar karnival biasa. Ini adalah kolaborasi strategik demi masa depan:
๐Ÿค 17 NGO Islam
๐Ÿค Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
๐Ÿค Bahagian Pendidikan Islam, JAIS

Masa depan mereka, tanggungjawab kita bersama. Nantikan pengumuman penuh tidak lama lagi!

๐Ÿ“ Save the date: 4 Julai 2026

๐Ÿ“ข PANGGILAN KHAS: BAKAL PENDIDIK NEGARA! ๐Ÿ“ขAdakah anda mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pendidikan? Inilah pelua...
10/03/2026

๐Ÿ“ข PANGGILAN KHAS: BAKAL PENDIDIK NEGARA! ๐Ÿ“ข

Adakah anda mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pendidikan? Inilah peluang keemasan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda (Ijazah Pertama) di Indonesia dengan BIASISWA PENUH!

Kami di Yayasan Infaq Malaysia sedang mencari 6 orang calon guru yang berdedikasi dan bersemangat tinggi untuk mengisi slot pengajian dalam bidang-bidang kritikal berikut:

๐Ÿ“š SUBJEK PILIHAN:
- Matematik
- Kimia / Biologi / Fizik /Sains
- Bahasa Inggeris
- IT / ICT

๐Ÿ”ฅ SYARAT UTAMA:
โœ… Mempunyai MINAT YANG TINGGI dan jiwa yang kental untuk bergelar seorang guru/pendidik.
โœ… Komited untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.
โœ… Bersedia untuk berkhidmat demi anak bangsa.

โš ๏ธ TAWARAN ADALAH SANGAT TERHAD! โš ๏ธ
Hanya 6 KEKOSONGAN sahaja tersedia bagi sesi kali ini. Siapa cepat, dia dapat (tertakluk kepada tapisan temuduga).

๐Ÿš€ BAGAIMANA CARA MEMOHON?

Hubungi kami melalui nombor tertera di poster bagi sebarang pertanyaan.

"Membina Ummah Melalui Pendidikan Berkualiti"

๐ŸŒ™ A Heartfelt Thank You to Al Khair Restaurant! ๐ŸŒ™We are incredibly grateful to Mr. Yasser and the team at Al Khair Resta...
09/03/2026

๐ŸŒ™ A Heartfelt Thank You to Al Khair Restaurant! ๐ŸŒ™

We are incredibly grateful to Mr. Yasser and the team at Al Khair Restaurant for their generous sponsorship of our students' Iftar. Your kindness has brought warmth and joy to our community this Ramadhan, ensuring our students can break their fast with a delicious, nourishing meal.

It is through the support of local heroes like Mr. Yasser that our students feel truly supported and valued. JazakAllah Khair!

"Ibu, bila nak masak?"Di sebuah penjuru gelap di Tanzania, seorang ibu terpaksa berbohong demi menenangkan tangisan lapa...
09/03/2026

"Ibu, bila nak masak?"

Di sebuah penjuru gelap di Tanzania, seorang ibu terpaksa berbohong demi menenangkan tangisan lapar anaknya. Di dalam periuk itu bukan nasi, bukan gandum, tapi hanya seketul batu yang direbus dalam air kosong. Ia dipanggil "Helah Periuk Kosong".

Si ibu terus mengacau air itu, menjanjikan makanan yang kononnya akan siap sebentar lagi, dengan satu harapan yang pedih: Moga si anak tertidur sebelum dia sedar bahawa tiada apa-apa untuk dimakan malam ini.

Ramadhan 2026 ini, di saat kita merancang menu berbuka, ada ribuan perut di Tanzania yang hanya "berbuka" dengan air mata. Mata anak-anak ini kian kusam, tenaga mereka hilang kerana kekurangan protein yang kronik.

Jangan biarkan periuk mereka terus berisi batu.
๐Ÿ“ฆ Sumbang RM130 untuk Satu Food Box Ramadhan
Satu kotak yang mampu menukar tangisan lapar kepada senyuman syukur.

Bank YIM : 562731110782 (Nota : Food Box26)

06/03/2026

DAH HABIS SPM, TAPI TAK TAHU NAK KE MANA?

Dunia luar sana luas, jangan sampai tersalah pilih haluan! Sebelum melangkah ke alam IPT atau TVET, jom "kenali" diri anda dulu melalui program Talent Mapping anjuran Yayasan Infaq Malaysia.

Kita tak nak anda sekadar belajar, kita nak anda bina kerjaya ikut minat dan bakat sebenar. Lihat saja kemeriahan sesi pendedahan industri kreatif dan multimedia di KL ni! Memang next level!

Kenapa anda wajib sertai?

Kenali Bakat: Ujian pemetaan bakat yang tepat.

Real-world Experience: Turun padang ke industri (macam dalam video!).

Hala Tuju Jelas: Tentukan pilihan kursus IPT/TVET dengan yakin.

Daftar Sekarang!
WhatsApp "TALENT MAPPING" ke:
๐Ÿ“ฒ 019 9999 468

CUTI SEKOLAH BOSAN? JOM BUAT KERJA "REAL"! ๐Ÿ› ๏ธDah habis SPM tapi tak tahu nak buat apa? Atau nak rasa pengalaman kerja se...
03/03/2026

CUTI SEKOLAH BOSAN? JOM BUAT KERJA "REAL"! ๐Ÿ› ๏ธ

Dah habis SPM tapi tak tahu nak buat apa? Atau nak rasa pengalaman kerja sebenar sebelum masuk U? Inilah masanya!

Kami nak tawarkan Program Latihan Amali PERCUMA selama 2 minggu untuk korang yang minat bidang teknikal. Bukan setakat belajar teori, tapi korang akan dihantar terus ke Syarikat/IPT untuk rasa real life experience!

Bidang: Kejuruteraan, Mekatronik & Automotif.

Tarikh: Bermula 30 Mac 2026.

Lokasi: Kolej Autoprima, Shah Alam.

๐Ÿ”ฅ BEST SEBAB:
โœ… Program Ditaja Sepenuhnya!
โœ… Kelas & Tempat Tinggal Disediakan (Jimat poket!)
โœ… Sijil disediakan.

Slot sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat! ๐Ÿƒ๐Ÿ’จ
https://forms.gle/PZUw34VPYyFBPmFB9

Tarikh Tutup: 13 Mac 2026

Address

Menara 3 Maju Link, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
57200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Infaq Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share