MASAC - Malaysian Substance Abuse Council

Call Directions Website Contact the organization

MASAC - Malaysian Substance Abuse Council We are here to help. We are Malaysia Substance Abuse Council (MASAC).

🤝 MASAC x McDONALD’S MALAYSIA — MEMBINA PELUANG, MEMULIHKAN KEHIDUPANPada 18 September 2026, Malaysian Substance Abuse C...
18/09/2026

🤝 MASAC x McDONALD’S MALAYSIA — MEMBINA PELUANG, MEMULIHKAN KEHIDUPAN

Pada 18 September 2026, Malaysian Substance Abuse Council (MASAC) telah mengadakan perbincangan bersama McDonald’s Malaysia berkaitan usaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada individu dalam fasa pemulihan dan penjagaan lanjutan (aftercare).

Perbincangan ini memberi fokus kepada bagaimana sektor korporat dapat memainkan peranan dalam membantu individu yang sedang membina semula kehidupan selepas melalui proses rawatan dan pemulihan.

💼 Pekerjaan adalah sebahagian daripada pemulihan.
Ia bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi dapat membantu membina semula keyakinan diri, disiplin, kemahiran sosial, kestabilan hidup serta mengukuhkan proses reintegrasi ke dalam masyarakat.

MASAC amat menghargai keterbukaan dan komitmen McDonald’s Malaysia dalam meneroka peluang pekerjaan untuk komuniti pemulihan.

Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa pemulihan memerlukan sokongan daripada seluruh masyarakat — kerajaan, NGO, komuniti dan sektor korporat.

Beri peluang. Bina harapan. Sokong pemulihan.

❤️
🤝
💪
💼
🌱
🇲🇾

15/09/2026
🇲🇾❤️ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ❤️🇲🇾Sempena 16 September, marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebi...
15/09/2026

🇲🇾❤️ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ❤️🇲🇾

Sempena 16 September, marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih sihat, penyayang dan bebas daripada stigma terhadap individu yang sedang melalui proses pemulihan.

Pemulihan bukan tentang menghukum. Pemulihan adalah tentang memberi peluang. 🤝

Setiap individu yang pulih mempunyai potensi untuk kembali kepada keluarga, menyumbang kepada masyarakat dan membina kehidupan yang lebih bermakna.

🇲🇾 Bantu, Jangan Hukum.
🤝 Sokong, Jangan Stigma.
❤️ Rawatan, Pemulihan & Harapan untuk Semua.

“Bersama Dalam Kepelbagaian, Menuju Malaysia Tanpa Dadah.”

📞 Hubungi MASAC untuk bantuan & maklumat berkaitan pemulihan ketagihan:
☎️ 03-6211 5650
📱 WhatsApp: 019-571 6260
🌐 www.masac.my

Malaysian Substance Abuse Council (MASAC)
Pemulihan • Kemanusiaan • Kebersamaan

LAWATAN IPD SENTUL KE MASAC 🤝🇲🇾MASAC amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi IPD Sentul ke Ibu Pejabat Malaysian ...
08/09/2026

LAWATAN IPD SENTUL KE MASAC 🤝🇲🇾

MASAC amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi IPD Sentul ke Ibu Pejabat Malaysian Substance Abuse Council (MASAC).

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara pihak polis dan MASAC dalam usaha pencegahan, intervensi serta pemulihan masalah penyalahgunaan dadah.

Turut dibincangkan adalah permohonan peti lawatan polis di MASAC HQ sebagai salah satu usaha meningkatkan aspek keselamatan dan kerjasama komuniti.

Terima kasih kepada delegasi IPD Sentul atas kunjungan dan komitmen dalam bersama-sama membina masyarakat yang lebih selamat, sihat dan bebas dadah. ❤️

People • Support • Recovery
🇲🇾 MASAC — Bersama Masyarakat Bebas Dadah

Alhamdulillah DONE TODAYCITIFIED RECOVERY COACH 6.0 SIRI 1yang bertempat di Kingston hotel MELAKA...
06/09/2026

Alhamdulillah DONE TODAY
CITIFIED RECOVERY COACH 6.0 SIRI 1
yang bertempat di Kingston hotel MELAKA...

🎓 INTERNSHIP @ MASAC! 🤝Pelajar Kerja Sosial sedang mencari tempat untuk menimba pengalaman sebenar?Jom sertai Malaysian ...
06/09/2026

🎓 INTERNSHIP @ MASAC! 🤝

Pelajar Kerja Sosial sedang mencari tempat untuk menimba pengalaman sebenar?
Jom sertai Malaysian Substance Abuse Council (MASAC)! 🇲🇾

Di MASAC, anda berpeluang belajar dan terlibat secara langsung dalam:
🔹 Pemulihan & kepulihan ketagihan
🔹 Kerja sosial komuniti
🔹 Pengurusan kes
🔹 Pencegahan & advokasi
🔹 Penempatan pekerjaan & penjagaan lanjutan
🔹 Program bersama komuniti dan NGO

💰 Elaun Internship: RM500/bulan

📩 Berminat? Hubungi Faiz Aman Khan
📞 Untuk pertanyaan & permohonan, DM kami!

Bina pengalaman. Bina kemahiran. Bina masa depan bersama MASAC. ❤️

CITIFIED RECOVERY COACH HARI KEDUA DAN KETIGA KEEP IT UP GUYS👉
05/09/2026

CITIFIED RECOVERY COACH
HARI KEDUA DAN KETIGA
KEEP IT UP GUYS👉

Day 1Certified Recovery coach 6.0 siri 1
03/09/2026

Day 1
Certified Recovery coach 6.0 siri 1

Address

3201, Jalan Syers Off Lebuhraya Sultan Iskandar, Bukit Tunku
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MASAC - Malaysian Substance Abuse Council posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MASAC - Malaysian Substance Abuse Council:

Shortcuts

Sponsored

Share