Pertubuhan Bekas Anggota Kumpulan Tabung Haji

Pertubuhan Bekas Anggota Kumpulan Tabung Haji Page ini dibuat khusus untuk semua bekas anggota yang pernah berkhidmat di Lembaga Tabung Haji dan anak-anak syarikat

BERITA KEMATIAN BEKAS ANGGOTA TH{ INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI’UN }Dukacita dimaklumkan bahawa PBAKTH telah menerima b...
21/12/2025

BERITA KEMATIAN BEKAS ANGGOTA TH
{ INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI’UN }

Dukacita dimaklumkan bahawa PBAKTH telah menerima berita kematian TUAN HAJI MISRON BIN TAIB, 64 tahun, bekas anggota TH pada hari Jumaat 19-Disember 2025 jam 4.23 petang di Hospital Ampang, Selangor.

Sebelum itu AJK PBAKTH dan sahabat bekas anggota yang lain berkesempatan menziarahi Allahyarham yang dirawat di Hospital Pakar Al Islam, Kpg Baru [KBMC], Kuala Lumpur berikutan komplikasi hati dan buah pinggang. Allahyarham dipindahkan ke Hospital Ampang dan kemudian menghembuskan nafas terakhir di sana.

Allahyarham meninggalkan isteri, Cikgu Norlita dan 5 orang anak.

Jenazah Allahyarham Haji Misron telah disembahyangkan di Masjid Kpg Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan di kebumikan di tanah perkuburan tempat yang sama.

Semua sahabat bekas anggota TH berharap agar isteri dan anak-anak Allahyarham bersabar dengan ujian pemergian orang tersayang ke hadrat Allah SWT. Allahyarham seorang sahabat yang sangat baik dan berakhlak mulia. Semoga segala kebaikan Allahyarham akan menerima nikmat dan rahmat-Nya di alam barzah dan di akhirat, Aamiin.

17/12/2025
السلام عليكم ورحمةاللهانالله وانااليه راجعونDengan rasa sedih dan penuh hiba, sahabat-sahabat bekas anggota kump**an Tab...
23/06/2025

السلام عليكم ورحمةالله

انالله وانااليه راجعون

Dengan rasa sedih dan penuh hiba, sahabat-sahabat bekas anggota kump**an Tabung Haji di seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian ke rahmatullah YBhg. Dato’ Haji Abdul Latif Mohd Hassan, 83 tahun, pada pagi Jumaat, 20 Jun 2025.

Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dari tahun 1991 hingga 1997, sebelum bersara daripada perkhidmatan. Sepanjang kepimpinan beliau, Allahyarham dikenang sebagai tokoh yang telah membawa Tabung Haji ke era yang lebih dinamik dan progresif.

Antara pencapaian besar dalam era kepimpinan Allahyarham ialah penggubalan dan penguatkuasaan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), yang menggantikan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 (Akta 😎.

Akta baharu ini membuka ruang yang lebih luas kepada Tabung Haji untuk menjalankan operasi perniagaan dan pelaburan secara lebih inovatif, kompetitif, dan mampan, sejajar dengan keperluan pengurusan kos haji yang kian meningkat serta pemberian hibah yang perlu lebih kompetitif kepada para pendeposit.

Semasa Allahyarham menerajui Tabung Haji, organisasi itu telah melalui usia 30 tahun. Sebagai satu bentuk penghargaan terhadap pencapaian dan sejarahnya, Allahyarham telah mempelopori penerbitan buku “Sejarah Perkembangan Tabung Haji 30 Tahun” pada tahun 1993, yang menjadi rujukan penting dalam dokumentasi institusi ini sehingga kini.

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat dunia pengurusan haji dan ekonomi Islam di negara ini. Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai. Semoga segala amal kebajikan Allahyarham menjadi bekalan pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh ganjaran syurga. Aamiin.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UNالسلام عليكمانا لله وانا اليه راجعون .Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Jamaluddin ...
16/04/2025

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN

السلام عليكم
انا لله وانا اليه راجعون .

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Jamaluddin bin Mohd Yusof, bekas Pengurus Keselamatan, Ibu Pejabat TH Kuala Lumpur telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 16 April 2025 jam 7.00 pagi, di Permatang Tok Loba, Seberang Perai Utara, P. Pinang.

Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Jamek Permatang Bogak, SPU selepas solat Zohor pada hari yang sama.

Semoga Allahyarham diampunkan dosa dan dalam kalangan hamba yang beriman serta mendapat rahmat Allah SWT.

Terima kasih.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UNSemakin ramai sahabat bekas anggota TH yang kembali ke rahmatullah, mendahului kita.Pad...
25/06/2024

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN

Semakin ramai sahabat bekas anggota TH yang kembali ke rahmatullah, mendahului kita.

Pada tanggal 24 Jun 2024, sahabat bekas anggota bersedih atas kematian TUAN HAJI ABD GANI BIN HJ JALIL, yang bersara pada tahun 2004. Jenazah beliau telah dikebumikan di Gombak, Kuala Lumpur pada keesokkan hari.

Sebelum ini TUAN HAJI MOHD@YUSOF BIN EMBONG telah meninggal dunia pada 27 Mac 2024 di Rusila, Terengganu. Allahyarham yang bersara pada tahun 2005, sangat dekat dengan sahabat bekas anggota terutama yang sering berkhidmat di Tanah Suci.

Seorang lagi sahabat bekas anggota yang kembali ke hadrat Ilahi ialah TUAN HAJI WAHYUDDIN BIN TAMAMI. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada 18 April 2024. Allahyarham telah dikebumikan di Sabak Bernam, Selangor.

Semoga seluruh keluarga sahabat bekas-bekas anggota yang telah menemui Ilahi, terus bersabar di atas kehilangan ahli keluarga yang dikasihi.

Marilah kita berdoa agar Allahyarham semuanya dihimpunkan sebagai hamba Allah SWT yang beriman dan ditempatkan dalam syurga-Nya nanti..Aamiin.

'SIAPA HENDAK KE MAKKAH? MASIH ADA SATU TEMPAT KOSONG'Bersyukur apabila Allah SWT mentakdirkan sekump**an 31,600 lagi ra...
29/05/2024

'SIAPA HENDAK KE MAKKAH? MASIH ADA SATU TEMPAT KOSONG'

Bersyukur apabila Allah SWT mentakdirkan sekump**an 31,600 lagi rakyat Malaysia dapat menunaikan haji bagi tahun 1445H ini.

Berdasarkan sistem pemilihan Tabung Haji, mereka dijemput oleh Allah SWT selepas mendaftar di Tabung Haji dan menunggu sekian lama.

Ringkasnya, keinginan untuk menunaikan haji tidak mudah direalisasikan dalam masa singkat dan dengan jalan mudah. Niat dan keinginan perlu dimanifestasikan melalui usaha, bersabar dan doa.

Membuka akaun, mendaftar haji dan menyimpan secara konsisten di Tabung Haji adalah jalan awal untuk menyampaikan hasrat murni menjadi tetamu Allah SWT.

Begitulah keadaannya pada masa ini kerana peraturan dan pengurusan haji sentiasa berubah mengikut masa serta merentas zaman.

Leka membaca buku tulisan Yahya Awang, terbitan 2008, tentang kisah masa lalu, bagaimana beliau menunaikan haji menaiki kapal pada tahun 1969 ketika berusia 30 tahun.

Bermula hanya menyertai orang kampung merajut tali tong sahara dan mengisi semua bekalan ke dalamnya di rumah Pak Su beliau semasa bercuti panjang universiti di rumah ibunya. Hanya pakar rajut dan pakar menyusun barang dalam tong sahara sahaja yang diberi tugas demikian.

Riuh rendahlah orang kampung hadir membantu bakal haji yang tidak lama lagi akan belayar. Teh dan bubur kacang disediakan oleh tuan rumah.

Ketika itulah datang seorang berpakaian jubah dan serban yang diperkenalkan sebagai wakil kepada Syeikh Haji Ayub Ibrahim Kedah. Beliaulah yang telah membantu Pak Su beliau untuk ke Tanah Suci. Wakil syeikh tersebut kemudian bersuara,

' Siapa hendak ke Makkah? Masih ada satu tempat kosong. Kalau ada RM1,500 boleh saya urus petang ini. '

' Cikgu pergi la. Nanti kami pergi rajut tong sahara rumah cikgu p**a, ' gurau orang kampung kepada Yahya Awang.

Seketika itu juga menjelma dalam fikirannya keinginan untuk menunaikan haji. Waktu yang sama ligat memikirkan wang RM1,500, hal isteri dan anak-anak yang akan ditinggalkan serta restu ibu.

Kata ejen tersebut, 'Kalau cikgu tak ambil peluang ni, orang lain akan mengambilnya.'

Diringkaskan cerita, beliau membuat keputusan dalam masa setengah jam untuk menunaikan haji pada petang itu juga bagi mengisi kekosongan apabila mendapat restu dan keizinan ibu dan keluarga selepas wakil syeikh mempelawa beliau menyertai Paksunya ke Makkah.

Petang itu juga beliau bersama wakil syeikh pergi ke pejabat daerah untuk mendaftar dan menguruskan pasport serta pemeriksaan kesihatan.

Tiga hari selepas itu, kapal haji Kuala Lumpur berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang untuk membawa beliau, Paksu, Maksu dan jemaah lain ke Jeddah yang mengambil masa 15 hari pelayaran.

Penulis buku 'Kapal Haji Dalam Kenangan' ini menulis, 'Jika seseorang itu dikatakan sampai seru, bermaksud dia diizinkan oleh Allah untuk pergi ke Makkah mengerjakan ibadat haji.'

[Nota: Ibadat haji merupakan rukun Islam, hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu dari segi kesihatan, kewangan, keselamatan dan mempunyai kebenaran untuk menunaikannya].

- Selasa, 29 Mei 2024.

MENYANTUNI ASNAF DAN ANAK YATIMHubungan silaturrahim berterusan antara bekas dan anggota Tabung Haji Negeri Sarawak tela...
29/03/2024

MENYANTUNI ASNAF DAN ANAK YATIM

Hubungan silaturrahim berterusan antara bekas dan anggota Tabung Haji Negeri Sarawak telah mencetuskan inisiatif program memberi sumbangan kepada asnaf dan anak yatim, sempena bulan Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, 29 Mac 2024 di Kompleks Anak Yatim, Kuching, Sarawak.

YBhg. Datuk Hajjah Norlaila Said, Pengarah TH Wilayah, Tuan Haji Zainal Abidin Umar, Pengerusi Bekas Anggota TH Sarawak dan Tuan Haji Amat Kassim Pait, Pengarah TH Negeri serta bekas dan anggota TH Negeri telah menyertai majlis tersebut. Barangan keperluan dapor dan duit raya kepada asnaf dan anak yatim telah disampaikan dalam suasana mesra dan silaturahim.

Penyediaan barangan dan wang tunai dalam program ini adalah sumbangan dari bekas dan anggota TH Negeri Sarawak.

Program kerjasama ini harus terus dijayakan atas rasa kebersamaan semua pihak yang pernah bersama dalam perkhidmatan di TH.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهRAMADHAN kembali membawa bersama rahmat dan kasih sayang Allah. Pintu neraka ditutup, pin...
10/03/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

RAMADHAN kembali membawa bersama rahmat dan kasih sayang Allah.

Pintu neraka ditutup, pintu syurga terbuka luas untuk hamba-Nya.

Pesan murobi, jangan jadikan Ramadhan berlalu pergi tanpa bermujahadah melawan nafsu dan terlepas peluang mendapat keampunan Allah.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kehidupan akhirat kita.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kurniakan rahmat dan kasih sayang-Mu melalui Ramadhan kali ini.

[ Kita berkongsi doa ]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-16Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-16 Pertubuhan Bekas A...
10/03/2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-16

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-16 Pertubuhan Bekas Anggota Kump**an Tabung Haji [ PBAKTH ] pada hari Sabtu, 9 Mac 2024, bertempat di Dewan Besar Menara TH, Jalan Tun Razak, Kuala Kumpur.

Jawatankuasa PBAKTH mengucapkan terima kasih kepada semua bekas anggota kump**an Tabung Haji yang telah hadir ke mesyuarat tersebut.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji kerana meluluskan penggunaan dewan pada hari tersebut, serta para penyumbang yang budiman.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Sheikh Mahmod Ali, Penaung PBAKTH dan telah berlangsung dengan sempurna.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UNDengan rasa sedih dan terharu, PBAKTH menerima perkhabaran YBhg Tan Sri Dato' Haji Hana...
15/01/2024

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN

Dengan rasa sedih dan terharu, PBAKTH menerima perkhabaran YBhg Tan Sri Dato' Haji Hanafiah bin Haji Ahmad, 87 mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, telah kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari 2024, hari Isnin jam 8:45 malam.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saiyidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara pada hari Selasa 16 Januari 2024 jam 10.00 pagi.

PBAKTH dan seluruh bekas anggota Tabung Haji berharap keluarga Allahyarham bersabar di atas kehilangan insan tersayang. Didoakan Allahyarham tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah SWT.

Sumbangan dan jasa Allahyarham kepada Lembaga Tabung Haji sangat besar sehingga menjadi institusi kewangan dan pengurusan haji umat Islam yang telah berkembang maju dan cemerlang.

BERITA KEMATIAN BEKAS ANGGOTA‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‎انا لله وانا اليه راجعونDengan penuh dukacita dimaklumkan ...
09/01/2024

BERITA KEMATIAN BEKAS ANGGOTA

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‎انا لله وانا اليه راجعون

Dengan penuh dukacita dimaklumkan pemergian Tuan Haji Abdul Munir bin Saidin ke rahmatullah pada malam tadi, 9 Januari 2024 jam 11.01 malam.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang- orang yang soleh. Mohon sudi hadiahkan Al Fatihah buat Allahyarham.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ
وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ...............

Maklumat dari anakanda Allahyarham, Usamah bin Abdul Munir, jenazah berada di alamat berikut:

No.39 JLN BRP 7/3 BUKIT RAHMAN PUTRA 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR

Jenazah akan disolatkan di Surau al Ikhwan, Bandar Baru Sungai Buloh, jam 9.30 pagi pada hari ini 10 Jan 2024.

https://maps.app.goo.gl/6MvZMKas2NL2bZy29?g_st=iw

Address

153 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Bekas Anggota Kumpulan Tabung Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share