PERTUBUHAN INDUSTRI ALIH SUARA MALAYSIA (suara_dubbers) adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 8hb Mac 2021 bagi menjaga kebajikan ahli & membawa suara warga kerja di dalam Industri Alih Suara Malaysia terdiri dari pelakon alih suara, penterjemah bahasa, pengolah skrip, pemeriksa skrip, jurutera audio, pembantu teknikal, pengarah alih suara, pengarah vokal dan yang terlibat secara langsung
di dalam Industri Alih Suara tempatan. Industri Alih Suara tempatan yang dilihat semakin tidak mendapat perhatian dan tempat di dalam pengalihan suara ke Bahasa Melayu kebelakangan ini telah menyebabkan perkembangan Industri Alih Suara tempatan sedikit terbantut dengan memberi tekanan serta mengakibatkan ramai dikalangan warga kerja profesional Industri Alih Suara ini terkesan dari segi pendapatan,. Malah ramai yang berbakat dan mempunyai mutu kerja yang baik terpaksa meninggalkan industri ini disebabkan permintaan dan keperluan perkhidmatan dalam industri ini semakin berkurangan. Menyedari kemelut dan permasalahan ini, maka Pertubuhan Industri Alih Suara Malaysia perlu diwujudkan bagi memayungi mereka yang berada di dalam industri alih suara dari segi hak kebajikan dan sosial. Halaman ini juga dilancarkan secara rasmi di dalam laman FB ini bagi mengeratkan hubungan diantara mereka yang terlibat dan pernah terlibat di dalam Industri Alih Suara tempatan serta para peminat dan penyokong bidang alih suara di dalam negara Malaysia ini disamping membuka medium perbincangan bagi peminat dan pengemar filem / drama animasi, korea, jepun dan cerita luar yang dialih suarakan ke Bahasa Melayu. Semoga dengan adanya halaman facebook ini akan mengeratkan lagi hubungan diantara kita dalam memperkasakan INDUSTRI ALIH SUARA tempatan dan BAHASA MELAYU. "Jadikan Hari Ini Permulaan Sebuah Perjuangan Demi Memartabatkan Industri Alih Suara Malaysia Dan Bahasa Melayu"
* Sayangi Ummah Antara Redha Allah *