17/08/2026
📢 KENYATAAN MEDIA MEH
🇲🇾 *JANGAN HANTAR MESEJ YANG SALAH MENGENAI MALAYSIA SEBAGAI GLOBAL HALAL HUB*
*MEH SOKONG KEBIMBANGAN PPIM MENGENAI ISU BABI DI PORT KLANG*
Majlis Ekonomi Halal (MEH) mengambil serius kebimbangan yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkaitan isu kemasukan dan perdagangan produk babi melalui Port Klang.
MEH berpandangan isu ini perlu dilihat lebih jauh daripada soal perdagangan semata-mata.
PERSOALAN UTAMA
Apakah mesej yang Malaysia mahu hantar kepada dunia jika kita mahu menjadi GLOBAL HALAL HUB, tetapi pada masa yang sama Port Klang dikaitkan dengan cadangan menjadikannya pusat/hab perdagangan atau eksport babi?
PORT KLANG ADALAH ASET STRATEGIK NEGARA
Port Klang ialah antara pintu utama perdagangan antarabangsa Malaysia.
Jika benar terdapat cadangan menjadikan Port Klang sebagai pusat/hab eksport babi, MEH meminta kerajaan memberikan penjelasan rasmi:
• Siapa yang mengemukakan cadangan tersebut?
• Apakah bentuk dan skop cadangan itu?
• Adakah ia melibatkan eksport, transit atau aktiviti logistik?
• Apakah implikasinya kepada Malaysia sebagai Global Halal Hub?
BUKAN SOAL MENGHARAMKAN PERDAGANGAN
MEH menegaskan bahawa pendirian ini BUKAN bertujuan mengharamkan perdagangan yang dibenarkan undang-undang.
Isunya ialah STRATEGIC POSITIONING MALAYSIA.
Malaysia telah mengambil masa puluhan tahun membina kepercayaan dunia terhadap Halal Malaysia.
Pelabuhan, logistik dan rantaian bekalan juga merupakan sebahagian daripada ekosistem ekonomi halal.
APA YANG MEH CADANGKAN?
▪️ Halal-Friendly Port
▪️ Halal Logistics
▪️ Halal Supply Chain
▪️ Infrastruktur perdagangan halal
Jika Malaysia mahu menjadi Global Halal Hub, pembangunan infrastruktur perdagangan strategik negara hendaklah menyokong aspirasi tersebut.
JANGAN KERANA KEPUTUSAN PERDAGANGAN YANG BERSIFAT SEKTORAL, KITA MENGHANTAR MESEJ YANG BERCANGGAH DENGAN BRAND MALAYSIA SEBAGAI GLOBAL HALAL HUB.
“Jika kita mahu Malaysia menjadi Global Halal Hub, jangan kita hantar mesej yang salah kepada dunia.”
MAJLIS EKONOMI HALAL (MEH)
Dr Helmi Ibrahim
Setiausaha Agung MEH
📞 016-366 8948
📧 [email protected]
17 Ogos 2026