14/10/2026
PROGRAM CERAMAH DAN PEMERIKSAAN TELINGA WARGA EMAS PAWE LEMBAH PANTAI BERSAMA EARTISTIC 👂
Alhamdulillah, pada hari ini, Pusat Aktiviti Warga Emas - PAWE Lembah Pantai dengan kerjasama EARTISTIC - Hearing and Balance Centre telah menganjurkan program kesedaran dan pemeriksaan kesihatan telinga khusus untuk warga emas.
Program ini merangkumi sesi ceramah tentang kepentingan menjaga kesihatan telinga serta pemeriksaan telinga secara PERCUMA yang dijalankan oleh pihak Eartistic.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga emas tentang kepentingan penjagaan telinga dan pendengaran, di samping membantu mengenal pasti masalah pendengaran agar tindakan susulan dapat diambil sekiranya diperlukan.
Kesihatan pendengaran amat penting bagi warga emas untuk terus berkomunikasi dengan baik, menjalani kehidupan yang aktif dan menikmati masa bersama keluarga serta komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Eartistic atas kerjasama, perkongsian ilmu dan khidmat pemeriksaan yang diberikan. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua warga emas yang terlibat.
PAWE Lembah Pantai komited untuk terus memperkasa kesejahteraan warga emas melalui program kesihatan, pendidikan dan aktiviti komuniti yang bermanfaat.
Kerana pendengaran yang baik menyumbang kepada kehidupan yang lebih berkualiti!
Majlis telah diakhiri dengan cabutan bertuah.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kementerian Komunikasi
Fahmi Fadzil