Ahsana OKU Center

Call Directions Website Contact the organization

Ahsana OKU Center Persatuan Kebajikan Ahsana KL (PKAKL) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Sijil Pendaftaran Pertubuhan No :
( PPM-001-14-08092021 )

--------------------------------------

Cara Sumbangan Ahsana :

Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur
12270 01001 5371 (Bank Islam)
8604 9261 04(CIMB Bank)

Touch & Go eWallet
https://app.senangpay.my/shop/kebajikanahsana

--------------------------------------

Cancellation & Refund Policy
Donation usually is non-refundable, if any mistake by purpose kindly contact us. Privacy :
Due to Donor Privacy, we do not share any donor information with any 3rd party, and we only share updates of our center status with our donor. Terms & Condition :
Please take note all the donation is used for Ahsana purpose, we provide a place to stay and daily meal to our OKU children, before making any donation kindly contact us for more information.

SALAM TAKZIAH 🤍Pihak Rumah Ahsana ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Ezza iaitu bekas penghu...
16/10/2026

SALAM TAKZIAH 🤍

Pihak Rumah Ahsana ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Ezza iaitu bekas penghuni Ahsana yang telah kembali ke rahmatullah.

Segala kenangan dan momen bersama arwah akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan Ahsana. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampuni segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Berkongsi kebaikan dan mencipta kenangan bersama Insan Istimewa. 🤍🦋🌸Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana ...
15/10/2026

Berkongsi kebaikan dan mencipta kenangan bersama Insan Istimewa. 🤍🦋

🌸Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir menyantuni warga Ahsana di kedua-dua rumah kami.

Semoga pertemuan ini menjadi kenangan manis dan pengalaman yang bermanfaat. Malah memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk bersama menantuni insan yang memerlukan.🥰

12/10/2026

VLOG: Minum petang II Ahsana🤍🦋

Setiap bahan yang diterima, kami pelbagaikan untuk beri II Ahsana merasa.✨seronok mereka, bila kami masuk dapur masak untuk mereka🥰

Terima kasih sentiasa beri sokongan kepada II Ahsana🌸

🩷 HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA | 10 OKTOBER 2026 🩵🌸Kita mungkin tidak tahu apa yang sedang seseorang lalui. Di sebalik ...
10/10/2026

🩷 HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA | 10 OKTOBER 2026 🩵

🌸Kita mungkin tidak tahu apa yang sedang seseorang lalui. Di sebalik senyuman, gurauan dan rutin harian, ada perkara yang mungkin sukar untuk diluahkan.

Kesihatan mental bukan tentang siapa yang kuat atau lemah. Ia tentang memahami bahawa setiap individu mempunyai perjalanan dan cabaran tersendiri.

✨ Dengar tanpa menghakimi. Fahami tanpa membandingkan. Sokong tanpa memaksa.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, marilah kita menjadi masyarakat yang lebih peka, menghormati perasaan orang lain dan tidak mudah membuat andaian.

Kerana kadangkala, perkara kecil yang kita lakukan mampu memberi makna besar kepada seseorang. 🤍🦋

🎂🤍 SAMBUTAN BIRTHDAY DI AHSANA 2 🦋Setiap bulan, kami pasti meraikan hari istimewa mereka sebagai tanda penghargaan dan c...
08/10/2026

🎂🤍 SAMBUTAN BIRTHDAY DI AHSANA 2 🦋

Setiap bulan, kami pasti meraikan hari istimewa mereka sebagai tanda penghargaan dan curahan kasih sayang buat insan-insan yang kami sayangi. 🌷

Walau mereka insan kurang upaya, mereka juga berhak merasai kegembiraan, diraikan dan dihargai. Kadang-kadang, perkara yang sederhana seperti sepotong kek, ucapan “Selamat Hari Lahir” dan perhatian yang diberikan, sudah cukup untuk mencipta senyuman di wajah mereka. 🥹🤍

Kerana bagi kami, kegembiraan mereka adalah kebahagiaan kami. Setiap senyuman, gelak tawa dan wajah ceria mereka menjadi satu kenangan yang sangat bermakna. 🥰

Semoga setiap tahun yang bertambah membawa lebih banyak kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan buat mereka. Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama Ahsana dalam mencipta momen-momen indah buat mereka. 🤍

Mereka mungkin berbeza, tetapi mereka juga ingin disayangi, dihargai dan diraikan seperti kita semua. 🌸

Alhamdulillah, terima kasih berkongsi rezeki dengan II Ahsana🤍🦋, gembira mereka bila ada yang hantar makanan sedap.  ✨Mo...
07/10/2026

Alhamdulillah, terima kasih berkongsi rezeki dengan II Ahsana🤍🦋, gembira mereka bila ada yang hantar makanan sedap. ✨Moga insan yang berkongsi rezeki dengan mereka sentiasa dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki melimpah.🤲

Setiap langkah mungkin berbeza,setiap perjalanan mungkin tidak sama.Namun, setiap usaha tetap bermakna. 🤍Cerebral Palsy ...
06/10/2026

Setiap langkah mungkin berbeza,
setiap perjalanan mungkin tidak sama.
Namun, setiap usaha tetap bermakna. 🤍

Cerebral Palsy mungkin memberi cabaran dalam pergerakan dan koordinasi, tetapi ia bukan ukuran kepada sejauh mana seseorang boleh bermimpi, berkarya dan mencapai sesuatu.🤍🦋

🌸Hari ini, kita bukan sekadar melihat apa yang sukar dilakukan.
Kita memilih untuk melihat apa yang mampu dilakukan, apa yang sedang diusahakan dan apa yang masih boleh dicapai.

✨ Kerana keupayaan tidak semestinya kelihatan dengan cara yang sama.

Selamat Hari Cerebral Palsy Sedunia.
6 Oktober 2026 💗

Setulus penghargaan dan terima kasih buat semua yang sudi hadir, berkongsi rezeki dan menceriakan II Ahsana. 🤍Setiap sum...
05/10/2026

Setulus penghargaan dan terima kasih buat semua yang sudi hadir, berkongsi rezeki dan menceriakan II Ahsana. 🤍

Setiap sumbangan, senyuman dan kehadiran anda amat bermakna buat kami. Semoga segala kebaikan dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang berlipat ganda. 🌷

Terima kasih kerana terus menyokong dan menyantuni Ahsana. 🫶🏻

Jadikan Jumaat ini lebih bermakna.🌸✨Berkongsi rezeki bukan tentang banyak atau sedikit, tetapi tentang keikhlasan untuk ...
02/10/2026

Jadikan Jumaat ini lebih bermakna.🌸✨

Berkongsi rezeki bukan tentang banyak atau sedikit, tetapi tentang keikhlasan untuk memberi dan menghadirkan senyuman kepada insan lain. 🤍

Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan pada hari Jumaat ini menjadi asbab hadirnya lebih banyak keberkatan dalam kehidupan.

Jom berkongsi rezeki, jom sebarkan kebaikan. ✨

Sumbangan/infak boleh sumbangkan melalui akaun bank rasmi Ahsana;
🌟Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur
➡️Bank Islam- 1227 0010 0153 71
➡️CIMB - 8604 9261 04

Semoga setiap kebaikan yang kita hulurkan menjadi bekalan di akhirat dan asbab doa-doa kita dimakbulkan. 🤲

Aktiviti melukis di Ahsana 1 masih berjalan seperti biasa. 🎨🤍Menariknya, setiap kali melihat hasil karya mereka, ada sah...
01/10/2026

Aktiviti melukis di Ahsana 1 masih berjalan seperti biasa. 🎨🤍

Menariknya, setiap kali melihat hasil karya mereka, ada sahaja perkembangan yang dapat dilihat. Dari cara menggunakan warna, menghasilkan bentuk sehinggalah kepada idea dalam setiap lukisan, sedikit demi sedikit, semakin kemas dan semakin yakin.

Apa yang bermula sebagai satu aktiviti, kini menjadi ruang untuk mereka terus mencuba, belajar dan mengasah bakat. Setiap lukisan adalah sebahagian daripada proses dan perkembangan mereka. ✨

Address

2, Jalan 4/153A, Off Jalan Puchong, Taman Puchong Indah
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60377734199

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahsana OKU Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ahsana OKU Center:

Shortcuts

Sponsored

Share