Syabab Nadi INSANi

Syabab Nadi INSANi Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang beroperasi memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar M

“Bila dah tak nampak, kehidupan terus berubah. Saya tak boleh nak membaca, nak menulis lagi. Terduduk je. Stress, kena a...
17/09/2023

“Bila dah tak nampak, kehidupan terus berubah. Saya tak boleh nak membaca, nak menulis lagi. Terduduk je. Stress, kena anxiety, tak boleh tidur, mimpi ngeri..”

Itu antara pengkongsian Ustaz Fikri semasa menerima tetamu wakil tim Syabab Nadi INSANi (SYABNi) menziarahi semalam. Ustaz Fikri mengalami masalah kesihatan iaitu sakit kencing manis hingga menyebabkan saluran darah merosot dan matanya menjadi kabur hingga tidak nampak. Antara faktor punca penyakit adalah dari keturunan juga. Dahulunya beliau seorang pendakwah yang dahulunya celik, memanfaatkan masa mendidik ummat dengan ilmu kini diuji dengan ujian kesihatan yang berat.

Ketika ini beliau mendapatkan rawatan dialisis dalam seminggu sebanyak 3 atau 4 kali yang memerlukan komitmen sekitar 4 jam dengan berulang alik dari rumah ke pusat rawatan yang mengambil masa hampir setengah jam perjalanan. Selain itu beliau juga mendapatkan rawatan untuk matanya di hospital Selayang daripada doktor pakar, mengikut temujanji yang diberikan hospital. Jika ke Selayang, perlu bermalam di hospital p**a. Pastinya ia memerlukan kos kewangan untuk bergerak.

Sepanjang pertemuan selama 1 jam setengah, kami berbual pelbagai topik. Dan InsyaAllah sekiranya kesihatan ustaz bertambah baik, beliau akan kembali ke medan dakwah. Alhamdulillah kami telah menyampaikan bantuan kutipan infak penderma melalui akaun bank SYABNi sebanyak RM820. Walaupun jumlah kutipan kami tidak banyak mudah-mudahan ia dapat meringankan beban beliau. Sama-sama kita doakan kesembuhan buat ustaz Fikri agar kembali pulih biiznillah.

Kami mendoakan,

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Hilangkanlah penyakitnya wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit.

(HR Bukhari No: 5243)

Syabab Nadi INSANi mengharapkan sumbangan tuan puan untuk bantuan kami yang seterusnya, sekiranya tuan puan berhajat menyumbang bolehlah melakukan sumbangan ke dalam akaun pertubuhan Syabab Nadi INSANi seperti berikut :-

NAMA : PERTUBUHAN SYABAB NADI INSANI (SYABNI)

🏧 NO AKAUN : 564427523215
(MAYBANK ISLAMIC BERHAD)
📝 RUJUKAN : INFAQ PROGRAM

*Sumbangan tuan puan adalah 100% khas untuk program bantuan SYABNI. Terima kasih di atas keperihatinan dan kepercayaan anda kepada kami untuk melaksanakan amanah ini. Sekiranya tuan puan ragu atau mempunyai sebarang soalan, boleh hubungi atau Whatsapp kami untuk maklumat lanjut di talian +601123466700 .

Jumaat mubarak! Hari jumaat yang mulia, Allah suruh kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Rasulullah Sallallahu Alaihi ...
15/09/2023

Jumaat mubarak! Hari jumaat yang mulia, Allah suruh kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Di waktu banyak mustajab doa, jangan lupa doakan saudara kita Ustaz Fikri yang diuji dengan ujian kesihatan. Serta jangan lupa doakan seluruh kaum Muslimin di serata dunia yang sedang menghadapi ujian.

Admin menyeru kalian untuk berkongsi sedikit rezeki yang ada dengan berinfak, mudah-mudahan infak anda menjadi saham pahala pemberat amalan kelak.

Sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun pertubuhan Syabab Nadi INSANi seperti berikut :-

NAMA : PERTUBUHAN SYABAB NADI INSANI (SYABNI)

🏧 NO AKAUN : 564427523215
(MAYBANK ISLAMIC BERHAD)
📝 RUJUKAN : USTAZ FIKRI

*Sumbangan tuan puan adalah 100% khas untuk program bantuan SYABNI. Terima kasih di atas keperihatinan dan kepercayaan anda kepada kami untuk melaksanakan amanah ini. Sekiranya tuan puan ragu atau mempunyai sebarang soalan, boleh hubungi atau Whatsapp kami untuk maklumat lanjut di talian +601123466700 .

Alhamdulillah kutipan semasa Titipan Kasih Untuk Bantuan Ustaz Fikri setakat hari ni berjumlah RM 803, sumbangan dibuka ...
14/09/2023

Alhamdulillah kutipan semasa Titipan Kasih Untuk Bantuan Ustaz Fikri setakat hari ni berjumlah RM 803, sumbangan dibuka sehingga 16hb September ini.

Rasulullah S.A.W bersabda: " Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri " (HR Bukhari & Muslim).

Hari ni kita infakkan harta kita membantu saudara Muslim yang barangkali kita tidak kenal secara rapat namun disisi Allah adalah timbangan iman yang akan memasukkan kita dalam syurga Allah. Sekelumit iman atas amalan mencintai sesama Muslim.

Jika anda berhajat untuk menyumbang, boleh lakukan dengan pemindahan wang ke akaun rasmi Syabab Nadi INSANi . Sumbangan anda 100% untuk program yang dijalankan, tiada penolakan pengurusan dan sebagainya.

Kemaskini semasa Titipan Kasih Bantuan Ustaz Fikri setakat 13 September 2023 ialah RM 500. Jom kita sama-sama menyumbang...
13/09/2023

Kemaskini semasa Titipan Kasih Bantuan Ustaz Fikri setakat 13 September 2023 ialah RM 500. Jom kita sama-sama menyumbang berkongsi sedikit rezeki dengan beliau, mudah-mudahan Allah merahmati amalan kita dan mencatatkan ia sebagai sebuah amalan baik yang dilakukan serta memadamkan dosa yang ada.

Insya-Allah ahad ini Ustaz Fikri sudi menerima tetamu dari wakil dari Syabab Nadi INSANi yang ingin datang ziarah beliau...
12/09/2023

Insya-Allah ahad ini Ustaz Fikri sudi menerima tetamu dari wakil dari Syabab Nadi INSANi yang ingin datang ziarah beliau. Kami juga akan menyerahkan sendiri sumbangan yang ada hasil daripada infak yang disalurkan kalian melalui akan pertubuhan SYABNi. Jika anda berhajat untuk infaq meringankan beban Ustaz Fikri, anda boleh membuat pindahan wang atau imbas kod qr (dalam ruangan komen)bagi pindahan pantas.

Kami mengucapkan Jazakumullahu Khairan kepada penderma dan mendoakan agar ia tercatat dalam buku catatan amalan dan pemberat timbangan kelak.

Sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun pertubuhan Syabab Nadi INSANi seperti berikut :-

NAMA : PERTUBUHAN SYABAB NADI INSANI (SYABNI)

🏧 NO AKAUN : 564427523215
(MAYBANK ISLAMIC BERHAD)
📝 RUJUKAN : USTAZ FIKRI

*Sumbangan tuan puan adalah 100% khas untuk program bantuan yang dilancarkan. Sekiranya tuan puan ragu atau mempunyai sebarang soalan, boleh hubungi atau Whatsapp kami untuk maklumat lanjut di talian +601123466700 .

Insya-Allah Syabab Nadi INSANi akan menyerahkan sedikit sumbangan yang ada melalui dana terkumpul kami berjumlah RM400 k...
11/09/2023

Insya-Allah Syabab Nadi INSANi akan menyerahkan sedikit sumbangan yang ada melalui dana terkumpul kami berjumlah RM400 kepada Ustaz Mohd Fikri bagi meringankan beban yang beliau hadapi.

Oleh kerana akaun bank beliau telah disekat kerana kemasukan duit yang mendadak, InsyaAllah pihak Syabni akan menyerahkan secara tunai kepada beliau dalam rangka ziarah yang akan dilakukan secepat mungkin.

Sesiapa yang berhajat untuk menderma, boleh jadikan platform NGO Syabab Nadi Insani sebagai medium infaq anda. Syabab Nadi Insani tidak mengambil apa-apa komisen dari infaq anda dan seluruh derma akan diberikan terus kepada Ustaz Fikri. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa berkenaan jumlah kutipan dan serahan.

Sekiranya tuan puan berminat untuk menderma, boleh menyumbang ke dalam akaun pertubuhan Syabab Nadi INSANi seperti berikut :-

NAMA : PERTUBUHAN SYABAB NADI INSANI (SYABNI)

🏧 NO AKAUN : 564427523215
(MAYBANK ISLAMIC BERHAD)
📝 RUJUKAN : Ustaz Fikri

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+601123466700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syabab Nadi INSANi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Syabab Nadi INSANi:

Featured

Share