Pertubuhan Prihatin Pantas Kuala Lumpur Selangor

Directions

Pertubuhan Prihatin Pantas Kuala Lumpur Selangor Platform Rasmi Pertubuhan Prihatin Pantas (PANTAS). Misi kami adalah menyantuni komuniti dengan penuh keprihatinan. Insya-Allah, prihatin setiap masa! 💪🏾

Melalui sinergi anak muda, kita mampu lakukan perubahan yang berterusan.

MAJLIS JAMUAN MAKAN SEMPENA KEJAYAAN ATLET MUAY THAI BLACK TURTLEDengan penuh rasa syukur dan bangga, PANTAS melalui Pro...
27/09/2026

MAJLIS JAMUAN MAKAN SEMPENA KEJAYAAN ATLET MUAY THAI BLACK TURTLE

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, PANTAS melalui Program Sukan Angkat PANTAS telah menerima jemputan ke Majlis Jamuan Makan Sempena Kejayaan Atlet Muay Thai Black Turtle.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi (PANTAS) YBhg. En. Mohd Ridzuan bin Mohammad, sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap pencapaian para atlet muda Black Turtle di :

Sukan Tempur Kebangsaan Muaythai 2026
Axiata Arena, Bukit Jalil
3 – 6 September 2026

Selangor Muaythai League 2026 – Valor of Heroes Vol. 4.0
Glorious Fight Club
16 September 2026

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan Black Turtle Muay Thai & Boxing, khususnya para atlet, coach serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan mereka.
Sebagai Program Sukan Angkat PANTAS, kami berbesar hati dapat bersama-sama meraikan kejayaan anak-anak muda ini. Semoga sokongan yang diberikan dapat terus menyemarakkan semangat mereka untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi medan membentuk disiplin, keyakinan, keberanian dan jati diri anak-anak muda.
Teruskan berjuang, teruskan melangkah dan terus mengharumkan nama Black Turtle!

Satu Team | Satu Semangat | Satu Keluarga | Satu Perjuangan








PROGRAM LARIAN MALAYSIA 2.0 🏃‍♀️🇲🇾16 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah, PANTAS berkesempatan untuk turut serta dalam Program L...
20/09/2026

PROGRAM LARIAN MALAYSIA 2.0 🏃‍♀️🇲🇾

16 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah, PANTAS berkesempatan untuk turut serta dalam Program Larian Malaysia 2.0 sebagai tanda sokongan dan kerjasama bersama Masjid Al-Zakirin serta MPP Subzon 5.

Bagi memastikan kelancaran program, PANTAS telah menghantar seramai 10 orang sukarelawan sebagai Marshall untuk membantu mengawal laluan, memberi panduan kepada peserta serta memastikan perjalanan larian berjalan dengan lancar dan selamat.

Terima kasih kepada semua sukarelawan PANTAS yang telah memberikan komitmen dan tenaga dalam menjayakan program ini.

Semoga kerjasama antara PANTAS, Masjid Al-Zakirin dan MPP Subzon 5 terus diperkukuhkan dalam menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang. ❤️

Bersama kita bina komuniti yang aktif, sihat dan prihatin! 🇲🇾








MESYUARAT PENYELARASAN LARIAN HARI MALAYSIA 2.0 Pihak PANTAS di wakili oleh Pengeusi En.Mohd Ridzuan  telah menghadiri M...
12/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN LARIAN HARI MALAYSIA 2.0

Pihak PANTAS di wakili oleh Pengeusi En.Mohd Ridzuan telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan 2.0 bersama semua Ketua Komuniti di Subzon 5, Parlimen Batu.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras gerak kerja, pembahagian tugas serta memastikan setiap persiapan berjalan lancar menjelang program yang akan berlangsung pada 16 September 2026 (Rabu) di Masjid Al-Zakirin.

Kerjasama erat antara PANTAS dan seluruh ketua komuniti amat penting bagi memastikan program "LARIAN HARI MALAYSIA 2.0 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Jom Lari Bersama!






📷RAKAMAN LENSA KAMERA | PROGRAM SIHAT MERDEKA 🇲🇾Sekitar kemeriahan Program SIHAT MERDEKA! Pelbagai aktiviti menarik, gel...
01/09/2026

📷RAKAMAN LENSA KAMERA | PROGRAM SIHAT MERDEKA 🇲🇾

Sekitar kemeriahan Program SIHAT MERDEKA!

Pelbagai aktiviti menarik, gelak tawa, semangat kesukanan dan kebersamaan komuniti dirakam sepanjang program berlangsung.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. Sokongan anda menjadikan SIHAT MERDEKA lebih bermakna! 🇲🇾

Sihat bersama, meriah bersama, komuniti terus perkasa!

Terima kasih kepada Jabatan Penerangan WPKL Atas kesudian bersama kami dalam menjayakan program SIHAT MERDEKA.
01/09/2026

Terima kasih kepada Jabatan Penerangan WPKL
Atas kesudian bersama kami dalam menjayakan program SIHAT MERDEKA.

MESYUARAT PENYELARASAN SIRI 2 | SIHAT MERDEKA.Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Penyelarasan Siri 2 bagi persiapan menjay...
30/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN SIRI 2 | SIHAT MERDEKA.

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Penyelarasan Siri 2 bagi persiapan menjayakan Program SIHAT MERDEKA.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Mohd Ridzuan , Pengerusi PANTAS KL & Selangor, bersama barisan jawatankuasa dan pasukan yang terlibat.

Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan akhir, pembahagian tugasan serta persiapan bagi memastikan program berjalan lancar dan memberi manfaat kepada komuniti. 🤝

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak.
Jumpa anda di program nanti!

🇲🇾 SIHAT MERDEKA
Sihat, Aktif & Bersama Komuniti

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ 12 Rabiulawal 1448HMarilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar N...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ

12 Rabiulawal 1448H

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan mulia yang menjadi contoh teladan terbaik dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan selawat, menghayati sunnah dan ajaran Baginda serta menyemai nilai kasih sayang, kepedulian dan semangat kebersamaan dalam komuniti. 🤍

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.”
(Al-Ahzab: 21)»

Semoga kita semua terus berusaha meneladani akhlak Rasulullah ﷺ dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ,
ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

🌿 Ikhlas daripada

Pertubuhan Prihatin PANTAS Kuala Lumpur & Selangor

PRIHATIN • PEDULI • BERSAMA MEMBINA KOMUNITI

🇲🇾HEBAHAN PROGRAM SIHAT MERDEKA 2026!🇲🇾Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, jom kita bersama-sama memeriahkan SIHAT M...
23/08/2026

🇲🇾HEBAHAN PROGRAM SIHAT MERDEKA 2026!🇲🇾

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, jom kita bersama-sama memeriahkan SIHAT MERDEKA dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga! 🎉

📅 Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
📍 Tempat: Dewan Masyarakat Taman Seri Murni F3

✨ ANTARA AKTIVITI MENARIK:
🤸 Senamrobik
🩺 Pemeriksaan Kesihatan Percuma
🚗 Car Boot Sales
🍽️ Food Fest
🎨 Pertandingan Mewarna
👗 Pertandingan Kostum Merdeka
🎤 Pertandingan Karaoke
🎁 Cabutan Bertuah

🇲🇾 Rakyat Sihat,Negara Hebat!
Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Bukan sahaja memeriahkan sambutan Merdeka, malah kita raikan gaya hidup sihat, semangat perpaduan dan komuniti yang lebih erat! ❤️💙💛

📞 SILA HUBUNGI:
J***t – 019-9603922 (carboot sale)
Tuah – 013-3923811 (carboot sale)
Alang– 011-10825069 (karaoke)
Zuha – 011-40083292 (Baju kebangsaan)
Ghaddafi – 019-3993693 (mewarna)

✨ Jom semarakkan Merdeka dengan semangat, kesihatan dan kebersamaan!

🇲🇾 SIHAT MERDEKA- RAKYAT SIHAT,NEGARA HEBAT!🇲🇾

PANTAS BERSAMA KOMUNITI | GOTONG-ROYONG PERDANA 2.0 Alhamdulillah, PANTAS turut berkesempatan menyertai Program Gotong-R...
23/08/2026

PANTAS BERSAMA KOMUNITI | GOTONG-ROYONG PERDANA 2.0

Alhamdulillah, PANTAS turut berkesempatan menyertai Program Gotong-Royong Perdana 2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Penjaja Taman Seri Murni.

Program ini bukan sekadar aktiviti membersihkan kawasan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kesedaran bersama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran.

Terima kasih kepada pihak penganjur, para sukarelawan dan seluruh komuniti yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini.

Bersatu, Berkhidmat, Prihatin!
PANTAS sentiasa komited untuk bersama komuniti dalam mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan harmoni. 🇲🇾






🤲 ZIARAH KASIH PANTAS BUAT EN. MAHYIDINAlhamdulillah, Pertubuhan Prihatin PANTAS berkesempatan menziarahi En. Mahyidin y...
14/08/2026

🤲 ZIARAH KASIH PANTAS BUAT EN. MAHYIDIN

Alhamdulillah, Pertubuhan Prihatin PANTAS berkesempatan menziarahi En. Mahyidin yang sedang melalui ujian kesihatan dan dalam masa yang sama menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan daripada keluarga besar PANTAS.

Kami memahami bahawa ujian kesihatan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT pasti mempunyai hikmah dan ganjaran yang besar bagi mereka yang sabar dan terus kuat menghadapinya.

Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban En. Mahyidin dan keluarga.

🤲 Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan buat En. Mahyidin, permudahkan segala urusan rawatan beliau, kuatkan semangatnya serta berikan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh keluarga.

Semoga Allah SWT mengangkat kesakitan, menghapuskan segala dosa dan menggantikannya dengan kesihatan yang lebih baik.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

❤️ PANTAS — Prihatin, Peduli & Bersama Masyarakat.






Address

Jalan 1/2B, Taman Sri Murni
Kuala Lumpur
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Prihatin Pantas Kuala Lumpur Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share