Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad

Directions Website

Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad, Non-Governmental Organization (NGO), No 55, Jalan AU2A/20, Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.

Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA) adalah sebuah yayasan yang memfokuskan tentang sumbangan kepada masyarakat serta mengembangkan seni budaya Melayu, pada waktu yang sama sebagai penjaga (guardian) utama legasi Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Ahmad.

Selamat Hari Malaysia 2026.Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dalam kepelbagaian, memperkukuh perpadu...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dalam kepelbagaian, memperkukuh perpaduan, dan membina negara yang lebih maju, berdaulat serta beradab.

“Malaysia Tanah Airku — Bersatu, Berdaulat, Sejahtera.”


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan MalaysiaKemerdekaan adalah amanah yang perlu dipelihara dan diwariskan kepada generas...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Kemerdekaan adalah amanah yang perlu dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad sentiasa menjunjung nilai ilmu, adab, warisan dan jati diri, sebagai asas dalam membentuk generasi yang menghargai sejarah, mencintai negara dan berpegang teguh kepada prinsip serta nilai murni.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan membina masyarakat yang bersatu, berilmu, beradab dan bertanggungjawab demi masa depan Malaysia.

Merdeka jiwa, teguh prinsip, luhur budi.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Semoga kita terus men...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita terus meneladani akhlak mulia Baginda, memperkukuh kasih kepada Rasulullah SAW serta mengamalkan sunnah dalam kehidupan.


40 TAHUN PEMERGIAN ALMARHUM USTAZ HANAFI AHMAD13 Ogos 1986 – 13 Ogos 2026Empat puluh tahun telah berlalu, namun jasa, il...
12/08/2026

40 TAHUN PEMERGIAN ALMARHUM USTAZ HANAFI AHMAD

13 Ogos 1986 – 13 Ogos 2026

Empat puluh tahun telah berlalu, namun jasa, ilmu dan perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad, Pengasas dan Pemimpin Agong Silat Cekak, tetap hidup dalam ingatan dan terus menjadi pedoman generasi pewaris.

Jasanya dikenang, ilmunya diwarisi, perjuangannya diteruskan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan menempatkannya bersama para solihin.

Al-Fatihah.


Timbalan Ketua Polis Negara,Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay akan menamatkan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia ...
25/07/2026

Timbalan Ketua Polis Negara,Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay akan menamatkan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad ini selepas hampir 35 tahun berkhidmat.

Selamat bersara Tan Sri.Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan terhadap negara Malaysia yang tercinta.


Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.Mulakan pagi ini dengan bersedekah dan banyak kan selawat keatas Nabi Muhammad S...
17/07/2026

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.

Mulakan pagi ini dengan bersedekah dan banyak kan selawat keatas Nabi Muhammad SAW.


Ujian boleh datang tanpa diduga. Kemalangan tidak memilih mangsa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.Atas rasa priha...
08/07/2026

Ujian boleh datang tanpa diduga. Kemalangan tidak memilih mangsa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Atas rasa prihatin dan tanggungjawab sesama insan, Pengasas Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA) Kol Kehormat (PA) YM DR Hj Md Radzi Hj Hanafi
telah berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada seorang tenaga pengajar silat yang mengalami kecederaan dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan untuk turun mengajar.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban yang ditanggung sertakan memberi sedikit semangat dalam menghadapi ujian.

YUHA turut mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera,dipermudahkan segala urusan, dan dapat kembali berbakti kepada masyarakat seperti sediakala.




04 Julai 2026.KERJASAMA STRATEGIK YUHA DAN SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFIAlhamdulillah,Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA...
07/07/2026

04 Julai 2026.

KERJASAMA STRATEGIK YUHA DAN SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Alhamdulillah,Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA) telah berkerjasama dengan Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dalam program Himpunan Pendekar Madani sempena Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak yang berlangsung pada 4 Julai 2026 di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

YUHA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif,Tuan Haji Aminudin Haji Dahlan,yang turut mengadakan pertemuan bersama barisan kepimpinan Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia bagi membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuhkan usaha memelihara dan mengembangkan legasi Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi titik tolak kepada pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi yang menyatukan kekuatan kedua-dua institusi dalam menjunjung amanah legasi Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad demi melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.

YUHA merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan yang diberikan. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin akan terus diperkasakan dan membawa manfaat yang berpanjangan.


KENYATAAN MEDIA :Kawalan Penggunaan Nama dan Gambar Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad, Pemimpin Agung Silat Cekak.
27/12/2025

KENYATAAN MEDIA :
Kawalan Penggunaan Nama dan Gambar Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad, Pemimpin Agung Silat Cekak.

Address

No 55, Jalan AU2A/20, Taman Sri Keramat
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share