12/08/2026
Di sebalik pokok-pokok tinggi di Batu 12, Gombak, ada sekumpulan anak-anak Orang Asli yang baru mengenal huruf Hijaiyyah dan angka 1, 2, 3 buat kali pertama.
Setiap minggu, kami turun ke sini β bukan sekadar mengajar mengaji, tetapi membina asas akademik yang mereka tidak berpeluang dapat di sekolah biasa. Ramai antara mereka datang dari keluarga yang tiada kemampuan untuk beli buku, apatah lagi hantar anak ke kelas tuisyen.
Tapi kami percaya β ilmu adalah hak setiap anak, tidak kira dari mana mereka datang.
Program ini bertahan atas sumbangan orang-orang seperti anda. Setiap RM yang disalurkan bukan sekadar bantu seorang anak baca Al-Quran dengan lancar β ia mungkin jadi punca rezeki dan doa yang mengalir untuk anda, walaupun selepas anda sudah tiada.
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara..." β dan ilmu yang bermanfaat adalah salah satunya.
Jom sama-sama jadi sebahagian daripada perubahan ini. π€²π½
π Kelas Quran & Akademik, Orang Asli Batu 12, Gombak
π Sumbangan/tajaan: www.nhjariyah.org