Yayasan Kadir & Fatimah

Yayasan Kadir & Fatimah Giving a helping hand to underprivileged school children & rewarding academic excellence.

A non-profit organization incorporated on the 8th of February 1993 by Tan Sri Abdul Kadir Yusof & Tun Fatimah Hj Hashim.

DAULAT TUANKUYayasan Kadir & Fatimah merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia S...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Yayasan Kadir & Fatimah merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku.

Semoga Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, kesejahteraan dan keafiatan.

Daulat Tuanku.

30/05/2026

Happy Wesak Day 🪷

Yayasan Kadir & Fatimah extends its warmest wishes to all Buddhist friends and communities celebrating Wesak Day.

May this special occasion bring peace, happiness, harmony, and well-being to you and your loved ones.

Let us continue to embrace the values of compassion, mutual respect, and unity as we work together towards a more harmonious and inclusive society.

Happy Wesak Day.

BM:-
Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷

Yayasan Kadir & Fatimah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua rakan dan masyarakat yang beragama Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan, kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga tersayang.

Marilah kita terus memupuk nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati, dan perpaduan dalam masyarakat majmuk demi membina masa depan yang lebih harmoni dan sejahtera untuk semua.

Selamat Hari Wesak.

Pengagihan Beras Aidiladha 2026 🌾Alhamdulillah, sebanyak 150 paket beras 5kg telah berjaya diagihkan kepada penduduk kam...
30/05/2026

Pengagihan Beras Aidiladha 2026 🌾

Alhamdulillah, sebanyak 150 paket beras 5kg telah berjaya diagihkan kepada penduduk kampung daripada golongan asnaf di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Yayasan Kadir & Fatimah (YK&F), Free Food Society (FFS), serta Imam dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Tanjung Surat yang telah bertungkus-lumus memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Daripada proses penyediaan dan penghantaran pada waktu malam sehinggalah pengagihan dari rumah ke rumah, usaha ini mencerminkan semangat gotong-royong dan keprihatinan masyarakat dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Semoga sumbangan yang kecil ini dapat meringankan beban penerima serta membawa kegembiraan kepada mereka dan keluarga menjelang Aidiladha.

Yayasan Kadir & Fatimah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain."

EN:-
Aidiladha Rice Distribution 2026 🌾

Alhamdulillah, a total of 150 packs of 5kg rice were successfully distributed to underprivileged families and asnaf beneficiaries in Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor, in conjunction with this year's Aidiladha celebration.

This initiative was made possible through the collaboration between Yayasan Kadir & Fatimah (YK&F), Free Food Society (FFS), and the Imam and Committee Members of Masjid Jamek Tanjung Surat, who worked tirelessly to ensure the aid reached those in need.

From the late-night transportation of supplies to the door-to-door distribution efforts, the programme reflects the spirit of compassion, volunteerism, and community solidarity.

We hope this contribution helps ease the burden of the recipients and brings comfort and joy to them and their families during the Aidiladha season.

Yayasan Kadir & Fatimah extends its heartfelt appreciation to everyone who contributed their time, effort, and support in making this initiative a success.

"The best of people are those who are most beneficial to others."

Ibadah Korban Tong Pelu 2026 🐄Alhamdulillah, sempena Aidiladha tahun ini, seekor lembu korban hasil sumbangan ahli kelua...
30/05/2026

Ibadah Korban Tong Pelu 2026 🐄

Alhamdulillah, sempena Aidiladha tahun ini, seekor lembu korban hasil sumbangan ahli keluarga dan waris Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir serta Allahyarhamah Tun Fatimah Hashim telah berjaya dilaksanakan di Kg Tong Pelu.

Program korban ini merupakan amalan yang diteruskan saban tahun oleh ahli keluarga dan waris sebagai tanda kesyukuran serta usaha berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat. Pada tahun ini, sumbangan yang diberikan adalah seekor lembu korban untuk manfaat penduduk kampung dan waris SKDF.

Sebanyak 140 bungkus daging korban telah disediakan dan diagihkan kepada keluarga serta waris SKDF di Kg Tong Pelu, dengan setiap penerima menerima kira-kira 1 kilogram daging korban.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan, kasih sayang serta semangat kebersamaan dalam komuniti.

Yayasan Kadir & Fatimah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong dan menjayakan program tahunan ini.

EN:-
Tong Pelu Qurban 2026 🐄

Alhamdulillah, this year's Qurban was successfully carried out in Kg Tong Pelu through the generous contribution of the family members and descendants of the late Tan Sri Abdul Kadir and the late Tun Fatimah Hashim.

This annual Qurban initiative has been a longstanding tradition among the family and descendants as a way of expressing gratitude and sharing blessings with the local community. This year, the family contributed one cow for Qurban, benefiting village residents and SKDF descendants.

A total of 140 packs of qurban meat were prepared and distributed, with each recipient receiving approximately 1 kilogram of meat.

May this act of worship be accepted by Allah SWT and continue to strengthen compassion, generosity, and togetherness within the community.

Yayasan Kadir & Fatimah extends its sincere appreciation and gratitude to all contributors who continue to support this meaningful annual initiative.

26/05/2026

Warmest Hari Raya Aidiladha wishes from Yayasan Kadir & Fatimah. ✨

May this blessed occasion bring peace, blessings and happiness to everyone. Aidiladha reminds us of the values of sacrifice, sincerity and compassion, while encouraging us to share with those in need.

May every good deed and act of kindness be rewarded abundantly. Let us continue to nurture the spirit of unity, generosity and care within our communities.

Wishing all Muslims celebrating a meaningful and blessed Eid al-Adha. 🌙🐄

BM:-
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami di Yayasan Kadir & Fatimah. ✨

Semoga Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kasih sayang buat semua. Hari yang penuh kemuliaan ini mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepentingan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

Semoga setiap amal ibadah dan kebaikan yang dilakukan diterima serta diberkati. Marilah kita terus menyemai semangat prihatin, kasih sayang dan perpaduan dalam masyarakat.

Salam Aidiladha buat semua umat Islam yang meraikannya. 🌙🐄

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Muhammad Aqel Ashraf atas kejayaan beliau meraih tempat ketig...
22/05/2026

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Muhammad Aqel Ashraf atas kejayaan beliau meraih tempat ketiga dalam kategori Hafazan Al-Quran di Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Agama Johor Peringkat Daerah Mersing yang berlangsung semalam, 21 Mei 2026 bersamaan 4 Zulhijjah 1447H.

Kami juga turut berbangga dan ingin mengucapkan tahniah kepada para pendidik yang terlibat daripada Sekolah Agama Tan Sri Abdul Kadir, Felda Endau.

Setiap kejayaan, walau sekecil mana sekalipun, wajar diraikan kerana mampu menjadi langkah inspirasi untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas!

EN:-

We would like to extend our heartfelt congratulations to Muhammad Aqel Ashraf for achieving third place in the Quran Memorisation (Hafazan Al-Quran) category at the Johor Religious Schools Quran Recitation Competition (Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Agama Johor), Mersing District Level, held yesterday, 21 May 2026 / 4 Zulhijjah 1447H.

We are also proud to congratulate the dedicated educators from Sekolah Agama Tan Sri Abdul Kadir, Felda Endau, whose guidance and commitment have contributed to this meaningful achievement.

Every success, no matter how small, deserves to be celebrated as it serves as a stepping stone and inspiration towards even greater accomplishments in the future.

Congratulations and well done!

Yayasan Kadir & Fatimah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Sem...
22/05/2026

Yayasan Kadir & Fatimah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Semoga masa cuti ini dapat diluangkan bersama keluarga tercinta dan insan tersayang.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga keselamatan diri, mengamalkan gaya hidup sihat serta meluangkan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

Gunakanlah masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat, positif dan penuh kebaikan.

EN-

Yayasan Kadir & Fatimah would like to wish all primary and secondary school students a wonderful school holiday. May this holiday season be filled with meaningful moments spent together with your beloved families and loved ones.

Do remember to always stay safe, practice a healthy lifestyle, and take some time to revise your studies as well.

Make the most of this holiday by engaging in beneficial, positive and meaningful activities.

Bagi umat Islam, bulan Zulhijjah merupakan bulan yang istimewa kerana ia adalah salah satu daripada bulan haram (mulia) ...
18/05/2026

Bagi umat Islam, bulan Zulhijjah merupakan bulan yang istimewa kerana ia adalah salah satu daripada bulan haram (mulia) serta mempunyai pelbagai kelebihan, terutamanya pada 10 hari terawal bulan tersebut.

Antara amalan yang sangat digalakkan dalam bulan yang mulia ini ialah bersedekah dan menderma, kerana ia merupakan antara amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT.

Di Yayasan Kadir & Fatimah, kami menggalakkan para penderma untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu saudara dan saudari yang memerlukan. Setiap derma daripada tuan puan amatlah dihargai, walau apa jua jumlahnya.

Semoga setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan dalam bulan yang mulia ini diterima oleh-Nya serta membawa keberkatan berpanjangan dalam kehidupan kita semua.

EN:-

For Muslims, the month of Zulhijjah is a special and blessed month, as it is one of the sacred months in Islam and carries many virtues, especially during its first 10 days.

Among the highly encouraged acts during this blessed period are charity and donations, as they are among the deeds most beloved by Allah SWT.

At Yayasan Kadir & Fatimah, we encourage fellow Muslims to come together in extending support to those who are in need. Every contribution, regardless of the amount, is truly appreciated.

May every act of kindness performed in this blessed month be accepted by Him, and may our lives continue to be filled with blessings and barakah.

Projek Kebajikan Pengagihan Beras Bersama YK&F dan FFS – April 2026Sebanyak 150 pek beras 5kg telah berjaya diagihkan ke...
17/05/2026

Projek Kebajikan Pengagihan Beras Bersama YK&F dan FFS – April 2026

Sebanyak 150 pek beras 5kg telah berjaya diagihkan kepada penduduk daripada golongan asnaf di empat buah kampung di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Kampung-kampung tersebut ialah Kg Bintongan, Kg Batu, Kg Pulau Bintongan dan Kg Batu Nunggul.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan YK&F iaitu Free Food Society (FFS), Dr Hisham dan Puan Liza, serta para ketua kampung, amil dan sukarelawan yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan misi ini.

Pengagihan bantuan ke kawasan tersebut yang meliputi keempat-empat kampung ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Terima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan yang diberikan.

EN:-
Rice Distribution Welfare Project with YK&F and FFS – April 2026

A total of 150 packs of 5kg rice were successfully distributed to asnaf families from four villages in the Rembau district, Negeri Sembilan. The villages involved were Kg Bintongan, Kg Batu, Kg Pulau Bintongan and Kg Batu Nunggul.

We would like to express our heartfelt appreciation and sincere gratitude to YK&F’s partners in this initiative, Free Food Society (FFS), Dr Hisham and Puan Liza, as well as the village heads, amil and volunteers who were directly involved in making this mission a success.

The distribution effort across all four villages would not have been possible without the cooperation, support and dedication of everyone involved.

Thank you for your kindness, support and continuous commitment towards helping communities in need. 🤍

16/05/2026

On this meaningful Teacher’s Day, 16th May, Dr Norella Kong was honoured with the Fellowship of the College of Physicians Malaysia (FCoPM) — a prestigious recognition awarded to distinguished medical professionals for their outstanding contributions, leadership, expertise, and dedication to the advancement of medicine and the nurturing of future generations of doctors.

In the medical profession, a “Fellowship” represents one of the highest forms of professional recognition, reflecting a doctor’s experience, knowledge, integrity, and service to both the medical community and society. It is more than a title — it is a symbol of lifelong commitment, excellence, and legacy.

Receiving this honour on Teacher’s Day makes the occasion even more meaningful, as Dr Norella Kong is not only respected as an accomplished physician and nephrologist, but also as an educator, mentor, and guiding figure to many throughout her more than four decades of service.

“A great teacher does not simply share knowledge, but leaves a legacy that shapes the future.”

On behalf of Yayasan Kadir & Fatimah, we extend our heartfelt congratulations to Dr Norella Kong on this well-deserved recognition. May her dedication, wisdom, and service continue to inspire generations to come.

Address

No. 12, Tingkat 2, Jalan Tun Mohd Fuad 2, TTDI
Kuala Lumpur
60000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kadir & Fatimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Kadir & Fatimah:

Featured

Share